Assalamualaikum...
Terima kasih yang tinggalkan komen sebelum ini. Hehe semua bijak bistari dapat mengagak spaghetti. Spesifiknya spaghetti bolognese (entah betul entah tidak). Kiranya semua pernah buat kan dan masing-masing ada versi cara memasak.
Takpelah saya kongsi cara buat mana tahu ada yang belum pernah buat. Ni buat untuk 3 orang makan. Jadi pandai-pandai anda semua ubah/tambah/tolak bahan yang nak dipakai. Ini versi pedas atau citarasa rakyat Malaysia. Kiranya spaghetti bolognese versi pedas.
Bahan-bahan
1/2 paket spaghetti Bahan-bahan untuk membuat sos
2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak Seulas bawang putih Setengah biji cili merah 1 sudu besar cili boh 1 biji bawah besar, potong 2 dan hiris halus Tomato puri dalam tin/Sos jenama Prego 1/2 paket daging kisar (seperti dalam gambar guna separuh) 5 biji cendawan butang- hiris Garam- secukup rasa Gula- secukup rasa 1 sudu besar cuka putih (pilihan) 1 sudu kecil lada hitam 1/4 batang lobak merah (boleh guna sayur lain atau tiadakan)- hiris berbentuk panjang Sedikit kobis bunga (boleh guna sayur lain atau tiadakan)
Cara membuat
1. Rebus spaghetti sehingga 'al-dante' 2. Rebus lobak dan kobis bunga sehingga lembut
Untuk kuah
3. Panaskan minyak dalam kuali 4. Masukkan bawang putih bersama cili merah yang ditumbuk, daging kisar dan bawang besar. Kacau sehingga sebati dan daging berubah warna ke kelabu. Masukkan cili boh. Kacau lagi sehingga garing. Api sederhana. 5. Masukkan sos tomato/ sos Prego. Kacau dan kemudian masukkan 1 cawan air. 6. Masukkan lobak dan kobis bunga yang telah direbus bersama cendawan butang yang dihiris. Biarkan ia mendidih seketika. 7. Masukkan bahan perasa seperti cuka, garam, gula dan lada hitam. Kacau 1-2 minit dan tutup api.
Mesti ada buat lain cara kan? Mungkin lagi sedap dan ikut citarasa anda. Hehe.
P.S: Tak sabar nak dapat kad raya daripada para blogger. Pertama kali dapat daripada mereka ni. Terima kasih kerana bermurah hati nak beri. P.S.S: Ambil banyak gak gambar tapi pilih 2 gambar untuk diletakkan di bawah.
|
Spaghetti Bolognese (Versi Pedas) |
|
Spaghetti Bolognese |
|
salam...wah sedap jugak ni wina nanti mama boleh la cuba resepinya...:)
ReplyDelete@Mama Maszull: Ok mama takde masalah
ReplyDeletecam sedap.. heeee......pernha buat..tp men cmpak2 jelah ikut sedap rasa..hahaa
ReplyDeleteoh sangat sedap spageti bolognese ni.
ReplyDeleteschaze mmg suke giler spageti! xP
kalau ade meatball atau cikenball konpem lagi meletopz uol..hihi xP
pandai dia masak...
ReplyDelete@Soly: Ni pun kadang-kadang campak gak
ReplyDelete@Schaze: Suka gak bebola
@Jasman: Ala bolehla benda senang
dap nya
ReplyDelete@Abgghani: Hehe kena rasa baru tahu sedap ke tak :)
ReplyDeletetadaaaaa!
ReplyDeletedah siap..hehehe
akk..x nak wat sendiri
nak akak wat kan eh..hihihi
@Mimito: Camne nak wat Mimi duk jauh :)
ReplyDeletepergh.... nampak sedap!!! nak mintak mak buat la..... huhu~..
ReplyDelete@Gary: Wah bagus tu :)
ReplyDeletewah, nampak sedaplah spaghetti ni
ReplyDeleteSedap kalau buat pedas-pedas. Baru ada kick! :)
ReplyDeleteBetul. Memang popular pos ini. Orang cari versi pedas.
Deletesedapnyaaa kak.. da lme xbuat spaghetti blognese ni :)
ReplyDelete