Thursday, September 29, 2011

Coretan Ini Untuk Awak


 بسم الله الرحمن الرحيم
(Tulisan panjang daripada kebiasaan)

Kehadapan awak yang asyik saya ingati semoga sihat dan berbahagia hendaknya.

Pertemuan kita secara tidak sengaja kan? Saya yang ketika itu teruja untuk bermain roller-coaster Superman Escape di Movie World tapi apakan daya emak dan abah takmo naik. Atas dasar teringin naik (walaupun takut) saya pergi juga sorang-sorang beratur. Tak sangka ramai yang beratur TAPI mereka semua beratur ada kawan. Saya sorang-sorang. Tak boleh bawa apa-apapun hatta beg pun kena simpan dalam loker. Ketika beratur tulah awak datang bersama rakan beratur di belakang. Suara awak macam Gerard Butler telah masuk ke gegendang suara ketika awak berborak dengan rakan awak. Tapi oleh kerana saya rasa gemuruh, saya tumpukan pada diri dan berselawat. Kadang-kadang rasa nak berundur dan keluar daripada barisan apabila kita semakin hampir ke hadapan untuk ke roller-coaster. Jantung saya makin lama makin berdegup kuat. Macam nak terkeluar rasa.

Ya Allah ketika sampai depan pemeriksa perempuan, dia ukur ketinggian. Ok lepas. Dia suruh kosongkan poket (sebab roller-coaster ni sampai menterbalikkan badan). Saya dah kosongkan. Tapi syarat ke-3, suruh buka cermin mata. Oh tidak! Rasa makin pening apabila buka spek. Bertambah rasa takut. Ketika itu ada demo untuk naik roller-coaster tu ada disebutkan mengenai G-Force. Awak teruja bercerita kepada kawan awak. Sungguh saya tertarik mendengar perbualan awak yang sangat berinformatif. Kita bergerak hingga lepas pemeriksaan tiba-tiba perempuan pemeriksa tu bagi saya spek semula sebab hujan lebat pula, operasi Superman Extreme diberhentikan seketika. Saya tak sangka yang saya selalu perhatikan awak dari ekor mata awak dapat tangkap. Pandangan kita bertemu dan awak senyum (masa tu awak dan kawan awak dah selamba duduk tak jauh daripada saya sedangkan saya berdiri seorang ketakutan). Aduh bertambah mahu pengsan.

Silapnya saya sepatutnya membalas senyuman awak tapi sebaliknya saya berpaling tanpa tersenyum pun. Tapi ketahuilah selepas saya berpaling, saya rasa menyesal dan saya tidak berani nak tengok muka awak.

Hujan yang tidak mahu berhenti membuat jiwa saya terseksa kerana terpaksa menunggu untuk naik roller-coaster dan rasa bersalah yang ada. Lama menunggu saya semakin tak keruan maka saya cabut lari dari situ.

Ingatkan sampai di situ sahaja tapi ingatan terhadap awak tak dapat dilupakan apabila saya transit semula ke Gold Coast dan ketika menonton Leap Year di hotel apabila tengok babak antara Anna Brady Declan O'Callaghan, saya teringatkan awak. Lagilah dengan lagu I've Got You macam ada kena-mengena dengan saya.
Saya rasa sebab saya tak layan awak dengan baik saya kena begini (teringatkan awak). Rasa serba-salah. Moga awak pun ingat saya dan maafkan saya. Moga Allah pertemukan kita semula supaya saya dapat minta maaf pada awak.

                     Yang rasa bersalah
                                 -wina1979-




Kat Dalam Superman Escape Tu Kita Jumpa. Abaikan Gambar Abah :(


Nampak Tu Wild Wild West Falls Dari Atas Dijunamkan Kami Ke Dalam Air



P.S: Akhir sekali saya dah pucat lesi main Scooby-Doo. Ya Allah menjerit-jerit masa menjunam. Masa Wild Wild West pun makcik orang putih ni peluk saya waktu dijunamkan ke dalam air. Tak tahulah kalau saya main Superman Extreme. Mungkin saya dah terpeluk awak. Kenangan sungguh di Gold Coast Australia.


18 comments:

  1. ehem3..sape yg dh menambat hati kakwina tuuu? :P

    ReplyDelete
  2. @Kak Limah: Entah silap diri sendiri tak tanya nama.

    ReplyDelete
  3. o0o0o0o...rugi la...knp xajak berborak dulu...klu x skrg ni.....hehe

    ReplyDelete
  4. hayooooooooooo
    sy arap die bace belog ni kak wina
    sungguh terkesan dihati nii
    hee
    sonoknye akak
    dpt jenjalan niii..heee

    ReplyDelete
  5. salam wina...nape wat mcm tu kan dah rasa menyesal...kalau ada jodoh x kemanakn...:)

    ReplyDelete
  6. @Jasman: Silap Kak Wina.

    @Mimito: Hehe Mimito gi Korea pun Kak Wina cemburu gak :P

    @Mama Maszull: Terkejut dengan takut kut masa tu nak naik roller-coaster. Asal dia maafkan Wina cukuplah takut dia bengang kat Wina.

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah satu hari nanti mungkin boleh berjumpa kembali..:D

    ReplyDelete
  8. salam wina...sori semlm mama lupa nak bagitahu yg mama dah tag wina dlm satu segmen kalau sudi jom lah join yer...:)

    ReplyDelete
  9. wahhhh besh3..ahaks..sapakah gerangan jejaka itu..ahaks..:-)

    ReplyDelete
  10. watak awak tu org malaysia atau org putih.

    ReplyDelete
  11. ooo...hati kak wina telah tpaut pde seseorng upenye...hehehe..Insya Allah..klu ade jodoh...pasti akan ketemu lgi...

    p/s..serik da nek mini roller coaster....xpsal2 mngis sbb tkut...ekekeeke...

    ReplyDelete
  12. @Saiazuan: Hehe macam nak terkeluar jantung main roller-coaster.

    @Ezad: Jumpa. Entah dia cam lagi ke tak.

    @Mama Maszull: Dah baca tapi tak memenuhi syarat suruh like fanpage dia. Wina takde FB :)

    @Firdjue: Rupa lelaki yang baik :)

    @Abgjue: Lelaki kulit putih yang tinggi lampai.

    @Atiyyah: Jika diizinkan Allah.

    ReplyDelete
  13. wahh akak hebat. kalau saya, saya pun kecut perut. huhu

    ReplyDelete
  14. @Teha: Yer seronok lepas tu pucat.

    @Fatyn: Memang pun lepas turun tu diam seribu bahasa lepas tu jantung berdegup macam nak keluar. Senak perut.

    ReplyDelete
  15. wahh~ bestnya!^^
    si 'dia' tu mesti hensem kan kak. :D

    ReplyDelete
  16. Iqa: Iqa, maaf terlambat balas komen. Tak perasan tertinggal satu. Aha muka memang hensem.

    ReplyDelete
  17. Siapa geranggan si "AWAK" itu ya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.