Friday, September 30, 2011

Mahu Kriteria Jiran Blog Yang Begini


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Tiba-tiba terfikir lak pasal nak ada jiran blog. Macam seronok pula kan kalau ada jiran blog. Jiran blog ni walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar tapi rasanya sama juga konsep jiran rumah. Kalau boleh naklah ciri-ciri jiran yang baik seperti peramah, baik hati, menyokong, menasihati kalau jiran buat silap dan UTAMANYA ada amalkan selalu saling bertandang/kunjung-mengunjungi antara satu sama lain, bertukar-tukar cerita (dalam blog kata istilah tukar cerita dalam bentuk pos), bertukar-tukar pandangan (melalui komen) dan memerhatikan blog kita apabila kita takde. Lagi markah tinggi kalau jiran tu beri atau saling bertukar-tukar makanan. Itu jiran depan mata yang konkrit dan nyata tapi di alam maya ni jiran yang beri atau tukar-tukar lukisan ke atau apa-apa yang bersesuaian dengan dunia maya.

Apapun saya rasa ni perlukan persetujuan bersama untuk jadi jiran blog. Kalau alam nyata, kita takde pilihan tinggal sebelah sapa kan? Melainkan kita pakat-pakat dengan orang tertentu untuk beli rumah/sewa rumah sebelah-menyebelah.

Ada pandangan/isi nak tambah mengenai ciri-ciri atau kriteria jiran blog yang baik atau apa-apa kaitan mengenai jiran? Boleh juga tinggalkan di ruangan komen.


P.S: Ada berminat nak jadi jiran blog saya yang memenuhi ciri-ciri dinyatakan? :) 

P.S.S: Lepas Maghrib nak pergi KL. Jumpa kemudian.




16 comments:

  1. heeeeee
    hehehe...huhuhu...sukeee la dgn niii
    opkosla kak winaaa
    sokmo suke nak jadi jiran menjiran niii
    yg pntg jiran sesame jiran ni selalu bantu membantu an2 =]

    ReplyDelete
  2. boleh lar jadi jiran iqa pulak.ehehe :)
    tp tak taw lar law cukup syarat..ngee :D

    ReplyDelete
  3. @Iqa: Wah terharu Kak Wina sudi. Kecil tapak tangan nyiru Kak Wina tadahkan.

    ReplyDelete
  4. sudi takk amek kaklimah jadi jiran? ehehe..tp kaklimah xreti melukis, mcm mane nk bg jadi hadiah tukar2? T_T

    ReplyDelete
  5. wahhh jiran blog kak. hehe nak jadi jiran akak jugak la!

    ReplyDelete
  6. salam wina....mama akan sentiasa ingin menjadi jiran terdekat wina yer...semoga silatulrahim antara semua berkekalan kn...:)

    ReplyDelete
  7. same la..sye sudi ajer nk jdi jiran sape2 pun..tp sye neh jiran yg agk bz...buleh ke???hehehee...wah..nk g KL???smoge slamat smpai yer....

    ReplyDelete
  8. dh lama sebenarnya jadi jiran blog wina.

    ReplyDelete
  9. buat segmen bloglist lepas ni...he3

    ReplyDelete
  10. salam;
    kan kita dah berjiran dah ni..mungkin belum rapat agaknya.

    ReplyDelete
  11. @Mama Maszull: Ops tertinggal nama mama lak. Mama rajin datang maka maksud secara tak langsung dah jadi jiran. Moga kita sentiasa berhubung mama.

    ReplyDelete
  12. tukar feed la kak..ataupun buat segmen bloglist..win2 situation kan...:D

    ReplyDelete
  13. @Ezad: Bloglist Kak Wina letak dalam google reader. Letak semua blog yang Kak Wina ikut dan langgan :) Terima kasih kasi cadangan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.