بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Alhamdulillah dah selamat buka akaun Co-Opbank Pertama berhampiran Mydin Mitc. Pertama kali tahu dan nampak. Mak yang cadang suruh melabur di sini.Lepas beli barang di Mydin zas ke sini. Sebenarnya nak beli syer tapi ada senarai menunggu jadi masuk dulu sebagai simpanan. Nanti dia akan beritahu kalau ada bahagian syer. Tanya mak, mak kata tahun lepas tiada senarai menunggu tapi agaknya ASB tahun lepas sikit dividen jadi ramai melabur di sini. Nasib baik sini tak ramai orang. Saya masuk memang takde orang jadi boleh tanya terus pada juruwang. Dapat borang (banyak nak kena isi). Lepas tu jumpa balik tanpa nombor giliran. Mudah.
Sementara diproses duduk dulu. Kemudian dipanggil semula untuk tandatangan salinan kad pengenalan. Kecewa sedikit sebab tak diberi buku akaun. Hanya kertas yang mengandungi nama, no akaun dan lain-lain. Buku cuma diberi pada kanak-kanak dan warga emas sahaja.
Apapun bagi saya mudah prosesnya.
Harap dapat masuk syer. Tak sabar nak dapat dividen tahun depan.
Kaunter Bank |
Sementara diproses duduk dulu. Kemudian dipanggil semula untuk tandatangan salinan kad pengenalan. Kecewa sedikit sebab tak diberi buku akaun. Hanya kertas yang mengandungi nama, no akaun dan lain-lain. Buku cuma diberi pada kanak-kanak dan warga emas sahaja.
Apapun bagi saya mudah prosesnya.
Harap dapat masuk syer. Tak sabar nak dapat dividen tahun depan.
waalaikumussalam. alhamdulillah. saya pun baru tahu pasal ni :D
ReplyDeletepelaburan yg bagus..sekrg ni bank dah tak bagi buku akaun..
ReplyDeleteBaru tau pasal ni 😅😅
ReplyDeleteJuju pun melabur di ASB, tapi bukan buat loan, simpanan sendiri. Baru tahu Co-OpBank Pertama. Wah selamat melabur ya. Nanti kongsi lagi apa kelebihan dia ya. TQ komen di blog juju.
ReplyDeletenever heard of this
ReplyDeletebaru tahu pasal coop bank pertama nih, bagus jugak tu sebab mudah prosesnya ... sekarang memang dah jarang ada dapat buku akaun semua cuma kertas je...
ReplyDeleteBaharu tahu pasal ni. Terima kasih shared
ReplyDeleteTerimankasih atas perkongsian makkumat ni.
ReplyDeleteso kene register online la erk?
ReplyDeleteRegister kat bank.
DeleteMama pun baru Tau pasal bank Ni tq for sharing
ReplyDeleteBaru tahu ada pelaburan co-op bank pertama ni. Tq share
ReplyDeletemungkin nk buat style ASB tanpa buku.. boleh tgk di website
ReplyDelete