Sunday, September 27, 2020

Review: Nasi Ayam Hailam Pak Husin

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kejadian ini berlaku bulan lepas ketika pemakaian penutup muka menjadi wajib. 2 Ogos, Ahad.

Warung di tepi jalan. Masuk sahaja lorong Kampung Bukit Dato B, jalan sedikit nampak warung tidak bernama di kiri jalan.

Nasi Ayam Hailam Pak Huisin


Kedai ini menjual nasi ayam hailam, bakso Champa, pelbagai jenis cendol dan kuih- muih. Ramai yang saya lihat beratur untuk bawa balik cendol dan saya lihat banyak cendol dibeli.

Saya memang teringin hendak makan nasi ayam yang sedap. Alhamdulillah nasi ayam di sini sedap dan muai. Banyak kuantiti nasi dan ayam. Sambal cuka diberi lebih dalam botol kalau tidak cukup.
Harga nasi ayam hailam ialah RM6. Keseluruhan saya beri 4 daripada 5 bintang.

Nasi Ayam Hailam



Panduan harga makanan lain

Bakso- RM5
Nasi Lemak- RM3
Cendol Biasa- RM3
Cendol Pulut, Jagung, Kacang- RM3.50

Bagi mereka yang hendak cuba bolehlah datang ke sini. SOP di amalkan.

Alamat: 
Nasi Ayam Hailam Pak Husin
Batu 7 1/2 Jalan Kampung Bukit Dari B
Tanjung Minyak
75250 Melaka
 013- 628 4234

Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 8.30 pagi hingga 6:30 petang.


Saturday, September 26, 2020

Pemberian: Sejadah Biru

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pin pin. Bunyi hon kenderaan pada lewat petang. Saya tengah khusyuk melayan siri Korea "Madly In Love."

Kawan abah agaknya. Selalu lewat petang kawan abah yang datang. Tetiba terdetik mungkin barang saya. Emel daripada Syazni mengatakan barang telah dihantar daripada Shoppee. Kata kemungkinan sampai 27 September. Mungkin tidak.

Abah sudah keluar. Abah masuk semula membawa bungkusan hitam yang besar. 

Bungkusan Hitam Besar



"Zira punya. Nanti abah hendak whatsapps dia."
Saya tidak sedap hati.  "Abah nanti," Saya ambil dan belek bungkusan.
Bukan Zira punya. Na punya." Semua ingat kalau barang sampai adik saya punya.

Sejadah Biru



Sampai cepat juga. Alhamdulillah. Sejadah yang tebal. Warna kegemaran: biru. Moga saya rajin solat. Terima kasih Syazni kerana pilih saya sebagai pemenang.


Saturday, September 19, 2020

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Esoknya selepas sarapan pagi dalam pukul 9 pagi kami pun bertolak menuju ke Taman Agroteknologi MARDI. Pergi awal pagi sebab emak takut hujan petang. Pagi itu cuaca panas matahari terik tapi nyaman.

Sebelum masuk kami semak suhu dan kemudian ke kaunter tiket. Harga tiket untuk dewasa ialah RM6.50, warga senior RM2 ( tidak silap) dan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. Jadi adik beli 3 tiket dewasa, 2 tiket warga senior. 2 orang anak buah tidak perlukan tiket.

Tiket Masuk



Sebelum masuk kami disapa pepohonan pokok dan teduhan.

Pokok-Pokok Dan Teduhan



Nampak juga gerbang penanda taman yang besar. Matahari memang memancar garang. Jadi ada silau sedikit ketika mengambil gambar.

Tanda Mercu Gerbang Masuk




Memang luas dan dibahagikan pokok ikut kategori. Antaranya: hidroponik, epal, orkid, tanaman dapur dan lain-lain. Ada yang kawasan kosong mungkin tanaman mati. Ada bahagian tidak boleh dilawati seperti kawasan teh.

Tanaman Dapur


Ketika di penghujung terdapat kedai menjual produk seperti coklat strawberi, ubi keledek ungu, teh, sambal hitam dan lain-lain.

Produk Coklat Strawberi Tempatan



Pukul 12 tengahari lebih kami keluar untuk cari sayur-sayur segar dan makan tengahari.

Alamat: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands,
Jalan Dayang Endah,
Tanah Rata, 
39007 Cameron Highlands, Pahang.
No tel: 05- 491 1255/5945
No faks: 05- 491 2170




P.S: Sudah guna pemuka (dashboard) baru. Tidak boleh tukar ke pemuka lama. Pemuka lama punya sudah tiada. Sedih juga semalam.  Korang ada lagi tidak pemuka lama?


Monday, September 14, 2020

200 Seeds Cafe By Abang Strawberry

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selepas berehat dan hujan berhenti pukul 4 petang kami keluar untuk makan petang. 

Maka kami singgah ke 200 Seeds Cafe By Abang Strawberry. Orang masih ramai jadi tunggu sekejap untuk dapatkan tempat duduk. Sudah dapat tempat, kami lihat menu-menu yang ada.


Buku Menu


Asalnya saya hendak makan penkek tapi petang tiada menu tersebut. Setelah berbincang kami makan berat terus. Jadi malam tidak payah keluar lagi untuk makan.


Pancakes (BF03)


Di sini kita tulis berdasarkan apa kita hendak pada kertas dengan tulis kod nombor makanan. Pergi ke kaunter, pesan dan bayar. Nanti pelayan akan hantar ke meja berdasarkn nombor meja yang kita tulis. Saya pilih lasagna dengan kruton. Di sini popular nasi lemak strawberi. Abah dan adik ipar pilih ini.


Nasi Lemak Strawberry Dan Nasi Goreng Strawberry



Pilih Kopi Strawberry



Aneka Minuman Sejuk



Lasagna Dengan Kruton


Makanan oklah, tidaklah sedap sangat. Biasa-biasa. Asalkan sudah cuba.

Menurut adik dibuka sehingga pukul 6 petang.

Alamat: No 27 Tanam Sedia,
               39000  Tanah Rata
               Cameron Highlands 
               Pahang.


Saturday, September 5, 2020

Terima Hadiah Sebagai Pengomen Utama

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selasa sebelum ke Cameron Highlands,  kebetulan baca pos Dana mengenai hadiah diterima. Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi hon. Rupanya van pos laju datang.


Parcel Pos Laju


Memang tidak jangka barang sendiri. Selalu barang kepunyaan adik-adik. Sayalah proksi yang mengambilnya.


Gel Aloe Vera


Masa penghantar sebut nama pun saya tidak perasan. Saya main sebut dia tiada di sini. Jadi penghantar itu tanya nama dan kad pengenalan. Saya belek-belek maklumat yang ada di luar bungkusan. Saya menjerit.  "Eh ini saya punya." Tengok nama penghantar baru teringat saya salah seorang pengomen utama blog Shikin Razali.


Jam Tangan


Gembira dapat jam warna coklat dan gel aloe vera.

Terima kasih daun keladi.



Wednesday, September 2, 2020

Rose Apartment, Cameron Highlands

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Baru sampai di Tanah Rata, Cameron Highlands. Insya Allah saya di sini sampai hari Jumaat. Sekarang hujan lebat jadi terbantut hendak pergi makan dan jalan-jalan.


Alamat apartmen


Kami iaitu emak, abah, adik sekeluarga dan saya duduk di tingkat 5 Rose Apartment, KEA Farm.
4 bilik tidur, 3 bilik air dan dapur.


Dapur


Tangga Ke Tingkat Atas


Salah Satu Bilik Air


Salah Satu Bilik Tidur


Internet laju jadi dapat kemaskini blog.

Jumpa lagi.

Maklumat tambahan.

-Ada nyamuk. Jadi sila bawa ubat nyamuk.

-Memandangkan tuan punya apartmen ini Cina, sila bawa tanah untuk samak alatan memasak.

-Penunjuk kiblat pun tiada. Sila bawa kompas atau aplikasi penentu kiblat.

-Harga RM250 untuk hari biasa. Harga berubah pada cuti umum atau hujung minggu.

-Strategik. Terletak berhampiran KEA Farm. Kalau berminat bolehlah hubungi Airbnb Yene: 012- 461 6200. 

-Alamat: B-5-4, Rose Apartment, KEA Farm, 39000 Cameron Highlands Pahang.