Sunday, October 18, 2020

Kenduri Aqiqah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selalunya setiap minggu akan sibuk menghadiri pelbagai jenis kenduri. Sehari sampai 2-3 kenduri perlu dihadiri.

Sejak PKPB boleh dikira dengan  sebelah tangan. Rasanya 2 kenduri saya hadiri. Kenduri aqiqah pula yang pertama untuk musim ini. Aqiqah ini untuk Aafiyah anak Amirul (3 pupu). Arwah Nek Inap (moyang saya) dan Nenek Busu (moyang Amirul) adik-beradik. Kami berhubung secara rapat. Acara diadakan di rumah Wan Robi di tanah adat. Jadi rumah Uwan dan Wan Robi berdekatan. Untuk pengetahuan tanah adat tidak boleh dipecahkan dan dijual. Hanya boleh diwariskan kepada anak perempuan (selalu anak perempuan pertama) Pelbagai penama jadi boleh tukar penama untuk penama lain. Misalnya rumah Uwan sudah tukar kepada nama emak (anak perempuan). Jadi tanah adat ini memang luas dan saudara-mara duduk berdekatan.

Ok cukup pasal itu. Acara dimulakan dengan marhaban pukul 10 pagi lebih. Selepas itu doa selamat.

Awal-awal makan kuih. Lepas itu pulut kuning untuk sarapan pagi.

Pulut kuning+Sambal+Rendang Daging



Terliur dengan kambing panggang. Makan ini dahulu.

Khemah Kambing Panggang


Sepinggan Kambing Panggang



Selepas itu makan nasi dengan daging masak lemak cili api, ayam goreng berempah, ulam, sambal belacan dan ikan masin. Tidak ambil gambar sebab tidak sempat dan ramai orang.




Kek kukus buah daripada Mak Long Sayang sebagai buah tangan sebelum pulang. Memang sekejap, pukul 12 sudah bersurai.




42 comments:

  1. sekitar uitm kuala pilah ni pun banyak betul rumah atas tanah adat :)

    ReplyDelete
  2. Konsep tanah adat tu sgt bagus, dpt melindungi kebajikan kaum hawa.

    ReplyDelete
  3. Sejak PKP ni dah jarang2 ada kenduri
    Kalau ada kematian baru ada kenduri tahlil

    ReplyDelete
  4. Sedap tu menu kambing bakar. Sisyat suka 😊

    ReplyDelete
  5. menarik cerita tentang tanah adat, mungkin boleh detail lagi

    ReplyDelete
  6. adat perpatih ke tu..

    elok sangat dipertahan supaya tidak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan

    ReplyDelete
  7. Aduh... sedap semua menu yang dihidangkan

    Salam kak, dana nak minta alamat akak
    Nanti email kat dana ye
    norhidana@gmail.com

    ReplyDelete
  8. nasib baik pulut kuning tu tinggal gambar pinggan je. kalau tak mesti meleleh air liur ni. hihihi. take care NA.

    ReplyDelete
  9. Kambing panggang tu memanggil manggil la dengan kuahnya tu nampak sodap.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kambing panggang tu! 🤤

    ReplyDelete
  11. Dulu masa menetap di Pilah, ada beberapa kali hadiri kenduri orang di sana.
    Memang meriah juadahnya. Sedap2.

    ReplyDelete
  12. oooo.... baru tau, admin nie orang Negeri Sembilan...

    ReplyDelete
  13. Sy pun dah rindu sangat nak makan kenduri :(

    ReplyDelete
  14. masih rajin juga KakNA pergi kenduri dan memenuhi jemputan. saya ada juga terima jemputan tapi jauh dan ramai kawan2 pun tunda majlis.. apa2 pun take care..

    ReplyDelete
  15. waduhhhh menggamit selera laa tgk kambing panggang tu hehehehe

    ReplyDelete
  16. p/s kalau tak keberatan boleh tak sy nk minta details sekali lg? yg aritu ounya sy terpublish then sy cpt2 delete. nnt komen kt blog sy ya. terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Biasanya aku tak suka kambing panggang, tapi .. lihat foto disini sepertinya enaaak ..., membuat saya jadi lapar :D

    ReplyDelete
  18. Bestnya kenduri! Dah lama tak pergi kenduri sejak pkp

    ReplyDelete
  19. Betul tanah adat memang takleh usik. Terus dapat kat anak perempuan first. Sedap tu pulut kuning, daging masak lemak cili api.

    ReplyDelete
  20. ummi sejak pkp da xde kenduri dah..hehhe...rindu suasana kenduri makan nasi kenduri..semoga korona terhapus untuk kita sama-sma menikmati kehidupa seperti dahulu

    ReplyDelete
  21. Lama tak pi kenduri sejak pkp 🌹🌹

    ReplyDelete
  22. Sedapnya kambing bakar.

    Pestime dengar tanah adat. Mungkin boleh cerita lebih details. Hehe

    ReplyDelete
  23. Kalau ada kambing bakar...hmmm memang tak gerak ke manalah. Musim covid ni dah jarang-jarang pergi kenduri.

    ReplyDelete
  24. Kambing perap bakar tu NA...sedap! fav shida tau!

    ReplyDelete
  25. saya belum pergi
    mana-mana kenduri lagi
    di musim pkp ni

    ReplyDelete
  26. W'salam NA..
    Itulah antara keunikkan tentang tanah adat di Negeri Sembilan sebab ianya berbeza dengan Kanun Tanah Negara yang biasa digunapakai dalam undang-undang Malaysia.


    ReplyDelete
  27. Alahai. Terasa janggal pula bila baca tentang kenduri. Lama tak bersosial

    ReplyDelete
  28. wah beragam juga ya makanan nya, sama seperti di indonesia kalau pas acara aqiqah😁👏👏

    ReplyDelete
  29. Adat perpatih ek?

    Cik tk ni sepanjang musim pkp ni baru pergi kenduri kahwin sekali.

    ReplyDelete
  30. Terliur tengok kambing panggang. :D

    ReplyDelete
  31. i love kenduri akikah..biasanya makanan kampung yg dihidangkan n i just love the food hehe

    ReplyDelete
  32. Main pkpb ni mmg kurang kenduri. Kalau ada pun berkira gak naknpegi

    ReplyDelete
  33. sungguh lama tak attend kenduri...
    rindu nasi minyak.
    rindu kambing panggang.
    rindu dessert table.
    yg plan nak kawin pun, terpaksa tangguh ekk majlis diorang.
    satu contoh terdekat, anak buah sulung aida (side asben).
    nak bertunang, tup tup PKPB di selangor ari tu. aduhai :(

    ReplyDelete
  34. masih ada kawan2 yg bercadang nk bernikah thn dpn.. harap urusan mereka dipermudahkan allah. nk ke kenduri pun risau lg

    ReplyDelete
  35. Baru tahu warisan tanah adat begitu ye, jadi ada la habuan NA ye, hehe bertanyala pulak, betul kerap kenduri sebelum ni,
    Ada reset sikit sejak pandemik.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.