Saturday, October 10, 2020

Pemberian: Daripada Blogger Anies

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


10 minit lagi ke pukul 4 petang. Kereta menghampiri pagar rumah.
"Tidak payah masuk kereta mengundur." Emak beritahu abah.
Saya mengelamun. Otak fikir bermacam-macam.
"Main campak bungkusan Pos Laju ni, "emak mengomel.
Saya nampak sekali lalu. Tidak pasti. 
Apabila turun daripada kereta, saya tidak nampak pula. Hanya nampak beg hitam untuk tanam pokok.
Mana eh? Monolog sendiri.

Hampir tersentak bungkusan itu di bawah kereta. Rosaklah barang dalam ini. Mana tahu barang mudah pecah. Cakap dalam hati.
Saya angkat. 
"Barang Zira ke?" Mak bertanya. Tidak habis-habis petik nama adik.
"Tidak." Isk kalau tahu baik saya jadi penunggu rumah ambil barang.
"Mak, pasal Pos Laju tidak bawa balik sahaja bungkusan ini? Main baling."






"Bungkusan banyak di Pos Laju."
Belek nama penerima dan nama item. Lega bukan barang mudah pecah. Ia tertulis 'telekung'.






Saya dapat telekung ada piping. Memang pernah berhasrat untuk ada sepasang. Terima kasih blogger Anies. Saya terus guna. Semoga murah rezeki. 
Ucapan ditulis pada  bentuk hati.




P.S: Mencabar tulis pos ini, gambar yang saya masukkan, hilang. Masuk lagi, hilang. Macam gam gambar asyik tercabut, lepas itu hilang.






49 comments:

  1. Alhamdulillah .murah rezeki na☺️

    ReplyDelete
  2. Wah tahniah , betul saya pun kalau nak attach gmbr sikit hilang je menguji kesabaran btul

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah berjaya tepek gambar akhirnya, dan seronoknya dapat hadiah ;)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Seronoknya dapat hadiah 😊

    ReplyDelete
  5. Syukur Alhamdulillah murah rezeki Sis dan moga yang memberi serta penerima akan sentiasa makin murah rezeki. Nasib baik bukan benda mudah pecah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah awak.. semoga awak dan si pemberi dikurniakan rezeki yang melimpah ruah...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah smpi jg... agak tergesa2 menghantarnya... sama2😊👍😊👍😊👍😊👍

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...seronoknya dapat hadiah.

    Senasib la kita bab hilang2 tu, mungkin sebab dashboard baru...masih bermasalah.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah seronoknya dapat hadiah. Ye kak, pos laju sekarang main campak je barang. Mujur lah barang bukan jenis mudah pecah. Dia baca dulu kot kalau kain ke apa dia main campak je.

    ReplyDelete
  10. eh lupa nak sambung komen. betul kak, stress juga kalau update kat handphone. Sudahnya memang guna PC je lah senang.

    ReplyDelete
  11. Uiii gigih tepek gambar walau bermasalah.

    Bestnya dapat hadiah!! Tahniah!! Moga awak dan si pemberi murah rezeki selalu..

    ReplyDelete
  12. Tahniah NA! berguna hadiahnya..kan

    sebelum ni dapat sejadah kan..skg telekung pula..mmg ngam dah :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. cantik telekungnya..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah, dapat pemberian telekung smebahyang. murah rezeki pada yang memberi :-)

    ReplyDelete
  15. wah bestnya dapat hadiah..telekung pulak tu :)

    ReplyDelete
  16. Tahniah cantik telekung ada piping tu :)

    ReplyDelete
  17. tahniah kerana dapat hadiah. Syukurlah pihak PosLaju di tempat sy ni x main campak2 gitu. mereka akan letak depan pintu. Bila balik sek saya nampak n terus ambik je.

    ReplyDelete
  18. bestnya kak, bila guna teringat kawan yang bagi tu... moga ada pahala untuk nya kan

    * kak, dana nak minta alamat rumah akak
    email alamat akak kt sini ye

    norhidana@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah. Bestnya dapat telekung. Moga bertambah murah rezeki Anies.

    ReplyDelete
  20. allahu..telekung di bawah kereta..mujur tiada apa apa..sedih bila jadi macam tu..sebab telekung kan..anyway tahniah dapat hadiah..

    saya pon pernah jd macam tu..letak gambar lepastu hilang..rupany sebab internet saya tak kuat time tuh

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah
    rezeki jangan ditolak
    hehehe

    ReplyDelete
  22. Tahniah! Dpt rezeki yg x dijangka. :D

    ReplyDelete
  23. bloger anies sangat pemurah..

    ramai blogger dapat hadiah daripada beliau..

    membaca perengggan pertama artikel ini menyebabkan saya berdebar-debar juga hehehe

    ReplyDelete
  24. Rezeki jangan di tolak... Orang berbudi, kita berbahasa, Orang memberi kita merasa...

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah rezeki sangat tu.. Kak Anies memang antara yang pemurah. murah rezeki kawan2 bloggers semua selalu. hadiah untuk blog saya hehe saya hold dulu la.. hehehehehe.. banyak sangat urusan takdan focus..

    ReplyDelete
  26. bertabahlah mak dgn gambar yg hilang tuuuh.., ;p

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah rezeki NA.
    Begitulah antara kemanisan berblogging, dapat kenal dengan rakan blogger baik hati walaupun kita tak pernah bersua muka.

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah, cantik telekungnya.

    ReplyDelete
  29. Bagus for hadiah begini.. boleh digunakan

    ReplyDelete
  30. tahniah.. semoga murah rezeki anies

    ReplyDelete
  31. indahnya hadiah tu :)
    rezeki pemberi & penerima.

    ReplyDelete
  32. bestnya dapat telekung baru :) nak beribadat pon mesti nak cantikkan heee. Senang sikit bila nak basuh, ada spare.

    ReplyDelete
  33. mudah2 mudahan anies dpt pahala atas telekung yg dipakai NA.. mudah nk cari pahala

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah dapat telekung, best pemberiannya. Pandai Anies.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.