Saturday, October 3, 2020

Makan Malam Di Restoran TAC, Petik Strawberi Dan Pulang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Mari sambung cerita Cameron Highlands dan habiskan terus tentang percutian ini. Jenuh pula buat banyak bahagian.

Petang itu hujan lebat jadi kami tunggu hujan berhenti. Dalam pukul 6:30 petang hujan berhenti. Maka kami ke arah laluan MARDI sekali lagi untuk makan di Restoran TAC. TAC ialah singkatan Taman Apple Cameron. Kami bercadang untuk makan stim dan panggang. Ambil secara buffet.

Papan Tanda Restoran TAC

Alamat: 891 Persiaran Datang Endah, 39000 Cameron Highlands, Pahang.
No. Tel: 016- 225 0315

Tiada ambil gambar makanan yang ada. Kebiasaan ada pilihan protein seperti daging ayam, lembu, kambing, makanan laut, bebola dan sayur-sayuran. Ambil gambar anak saudara Nuha makan. Itupun bergegar.

Susunan Di Meja Makan



Pilihan makanan memang banyak cuma tiada nasi goreng. Air pula tidak banyak pilihan. Kopi O (black coffee with sugar) tidak pekat, rasa manis kuat. Apapun baguslah air tidak banyak nanti kenyang air sahaja. Aiskrim ada sebagai pencuci mulut. Makanan laut seperti ketam kurang segar macam adik ipar beritahu. Saya tidak makan ketam ketika itu sebab leceh. Lebih banyak makan daging yang dipanggang berbanding makan stim bot.

Secara keseluruhan selesa makan di sini. Kiranya sederhana. Sesuai makan seisi keluarga.

Balik ke apartment. Esoknya pagi-pagi kami sudah berkemas dan daftar keluar untuk ke S Corner sebab anak-anak saudara hendak petik strawberi. Adik hendak beri pengalaman memetik dan menggunting buah. Kami hendak cari sayur pada saat akhir. Jadi kami ucap selamat tinggal kepada adik kerana kami berpecah. Kami akan balik ke Melaka manakala adik ke Rawang.

Gunting Buah Strawberi


Berjaya Gunting Buah Strawberi



Ketika dalam perjalanan, kami singgah beberapa gerai. Emak turun mencari sayur-sayuran dan pesanan daripada makcik yang hendak bunga daisi. Alhamdulillah dapat semua, kami turun dalam 12 tengahari. Singgah R&R untuk solat.

Hasil Belian



Dugaan balik sebab hujan lebat dan lambat di beberapa tempat sebab ada kemalangan. Paling lama ketika hampir di kawasan Seremban.

Kereta Ditarik


Polis Trafik Mengawal Lalu lintas




Kami singgah rumah Uwan hampir Maghrib. Emak beri buah tangan dan makan malam sebelum balik rumah. Penat. Penat dalam kesesakan jalan.

P.S: Berita gempar hari ini- Donald Trumps kena Covid-19.
 

73 comments:

  1. Ooo TAC saya pernah mkn kat situ..tahun lepas
    betul dia serve secara buffet..mudah ambil je nk mkn ape kan :)

    ReplyDelete
  2. seronok sangat perjalanan nih yee😊

    ReplyDelete
  3. saya pun kalau ke sana, selalu ke S corner tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam pertama kali singgah S Corner.

      Delete
  4. beberapa kali pergi CH, makan tempat berbeza....tapi syok klau dapat makan benda panas-panas tempat sejuk begini.

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak pergi S corner...teringin nya nak pergi CH lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah harap ada kesempatan untuk saudara.

      Delete
  6. sedapnya - stim2, panggang2..selalunya ada nasi goreng cina..

    dah lama tk gi cameron..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bukan teringin nasi goreng cuma pelik tiada.
      Hehe ramainya yang lama tidak pergi.

      Delete
  7. Replies
    1. Kalau tidak suka orang ramai, tidak pergi takpe. Asal pernah pergi.

      Delete
  8. Kali terakhir kami ke CH masa Angah dalam perut, sekarang dah 9 tahun umurnya hihi... Lama sungguh tak jejak sana :)

    ReplyDelete
  9. Musim hujan kan... Masa cikbunga pergi pon.. Hujan jew sepanjang highway...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sudahlah jalan berliku. Memang tidak senang duduk CikTim.

      Delete
  10. bestnya bila dapat jln2 ke CH, entah bila lah nak kesana lagi...

    ReplyDelete
  11. Mesti excited budak-budak dapat petik strawberi 😊

    ReplyDelete
  12. Samalah bila cuaca sedap, perut lapar memang tak de gambar makanan yang sempat nak diambil dan teringat nak ambil hehehe...

    ReplyDelete
  13. dah lama ni tah ke CH..last tahun 2015 rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak payah pergi kalau tidak sanggup hadap orang ramai dan jalan sesak.

      Delete
  14. akak bab jem yg tak boleh hadap kalau ke CH...so biasa kesana bln posa,clean and clear hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh bulan puasa tidak ramai orang ya? Bolehlah guna tips Kak Kamsiah. Terima kasih beritahu.

      Delete
  15. memori paling best adalah petik strawberri untuk kanak-kanak.

    mesti mereka happy kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman baru. Orang tua cuma hendak beli strawberi.

      Delete
  16. best ny pergi cameron..ummi lame dah xxpergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok CH kalau suka sayur-sayuran, strawberi atau bunga. Kalau tidak minat tidak kisah kalau tidak pergi.

      Delete
  17. Tak pernah makan kat sini. Turun CH wajib beli bunga dan sayur kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah beli sayur yang akan laku di makan macam cili benggala, cendawan.
      Bunga kiriman makcik.

      Delete
  18. bestnya petik strawberry..
    btw stay safe ya

    ReplyDelete
  19. Boa noite Na. Sou apaixonado por morangos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eu gostaria que morango fosse azedo e doce em vez de apenas azedo e às vezes sem gosto.

      Delete
  20. sy agak je ni. kalau mknn laut x segar brg kali sbb jarak yg jauh. ye lah dr laut nk naik kw gunung. mkn ms jg... sy agak je ni😊😊

    ada lebihan strawberi utk.sy? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun agak begitu.
      Hehe sudah habis. Anak saudara saya suka makan. Sekejap sahaja sudah hilang dari pandangan.

      Delete
  21. Na, nnt bagi akk address ye.
    azie.shukor@gmail.com..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak sangka akak ambil serius. Terima kasih.

      Delete
  22. Teringin nak ke CH. Dulu pergi masa 2012. Lama sangat dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CH ni ramai orang. Pergi hari biasa pun rasa azab.

      Delete
  23. Tapi mak saya tidak minat bunga. Makcik yang suka.

    ReplyDelete
  24. TAC ni terletak berhampiran hotel yang akak duduk masa pergi CH baru2 ni, kira sama tempat parking.
    Tapi akak cuma mencuba scone, ok sedap siap ada cream.

    Sama mcm NA, akak tak gemar makan ketam kat luar sebab leceh kan..haha
    Ada baca review, memang ramai yang komplen makanan laut situ tak segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok boleh cuba scone.
      Tidak nampak hotel Puan waktu malam.

      Delete
  25. wahh sedapnya makan2...
    Cuya tak boleh makan ketam sangat..alergik..sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sedihnya.
      Saya tidaklah minat ketam.

      Delete
  26. Banyaknya tempat yang Tqa baru tau wujud dekat Cameron. Hopefully dapat merasa one day.

    ReplyDelete
  27. 'Apapun baguslah air tidak banyak nanti kenyang air sahaja'. ..., Hahaha betuul .. betuul itu, kak.
    Kalau kebanyakan air malah ngga bisa masuk ke perut tuh makanan 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya rugi bayar kalau banyak minum air sahaja.
      Terima kasih kerana rajin singgah.

      Delete
  28. Saya tak habis lagi ronda-ronda CH. Lain kali nak bermalam di situ, biar puas hati pusing keliling semua tempat! Kalau datang time cuti sekolah... aduuuiiii... banyaknya orang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun tidak habis ronda-ronda di CH.
      Hari biasa pun rasa sesak juga.

      Delete
  29. Seronoknyalaaa tengok orang lain semua jalan2 ;_;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap awak pun dapat jalan-jalan apabila tesis sudah siap buat. Masa itu rasa merdeka dan seronok sangat.

      Delete
  30. Bestnya petik stawbery..iena pernah g cameron tp tak pernah petik strawbery kat sini lagi..dekat genting highland pernah :)

    ReplyDelete
  31. seronok pergi CH ni macam2 tarikan sngt da skrng.. TAC ni saya penah singgah sekali dan time tu hujan lebat juga. tapi sebab too hungry redah jugala. parking seksa sikit.. kena sabar banyak2.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang azab jalan kecil. Memang tiada parking khas.

      Delete
  32. Teman pun baru pegi bercuti kat Cameron selepas PKP hari tu...

    ReplyDelete
  33. Saya dah bertahun-tahun tak ke Cameron. Best juga ye, tengok strawberry, dan bunga-bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah lepas itu cuaca nyaman. Seronok jalan-jalan.

      Delete
  34. Lama x gi Cameron highland. Rindu udara dia nyaman

    ReplyDelete
  35. rindunya nk makan kt tac.. nasi lemak sedap!

    ReplyDelete
  36. TAC ni paling Nina suka dessertnya.. kesemua kek2 hasil idea owner sendiri

    ReplyDelete
  37. Lamanya tak pi CH...bila la covid ni nak berakhir..

    ReplyDelete
  38. Bestnya pergi CH, khusyuk anak buah nuha menikmati makanan. Bawa balik sayur segar. Alhamdulillah dapat juga bunga daisi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.