Friday, January 8, 2021

Lega Dan Tidak Sabar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Buku Pelaburan ASB (tapi sekarang tidak guna buku dah)




Alhamdulillah selesai sudah urusan setiap awal tahun di bank tengok akaun ASB. Kewajipan pun akan dilaksanakan tidak lama lagi. Insya Allah. Terima kasih abah yang tolong. Banyak pahala abah dapat. Hehe esok pun harijadi saya ke-42.  

Abah hendak belanja makan di hotel hari Ahad. Ingatkan saya sekeluarga dengan adik sekeluarga. Rupanya emak ajak Uwan, Mak Lang, Achik Kaya, Uncle Othman dan Wan Nah. 14 orang. Meriah nampaknya harijadi saya. Tidak sabar tunggu. Apa hadiah yang akan saya dapat? Haha. Rasa macam hendak meminta sesuatu pada adik bongsu yang pemurah sesuatu yang saya inginkan sangat. Tidak mahal pun. Paling murah pun minta kek atau coklat.

Tunggu sahajalah wahai diri!


20 comments:

  1. nak wish awal ni..sanah helwah...semoga dapat apa yg diinginkan itu..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Alhamdulillah 😍

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. semoga dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. mesti meriah ramai family celebrate birthday kak wina. Selamat enjoy your day kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Akak tidak lupa doakan untuk Fiza.

      Delete
  5. mudah skrg ni nk check ASB dan simpan duit melalui maybank2u.

    semoga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  6. Wah, dah boleh check ye dividen. Nanti saya nak check online la.
    Meriahnya nanti, makan di hotel. Yay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah senang semak secara talian.
      Tidak daftar lagi secara talian.
      Yay :)

      Delete
  7. wah..nanti kongsila cerita sambutan hari jadi di blog ye

    ReplyDelete
  8. W'salam..
    Alhamdulillah semoga terus diluaskan pintu rezeki.

    ReplyDelete
  9. waaaa... lagi ramai lagi best kan :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah murah rezeki sis 😊

    ReplyDelete
  11. eheee nanti akak jangan lupa update ceritanya yaa =D

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Semoga dimurahkan rezeki sis..

    ReplyDelete
  13. happy birthday, wina.
    moga kekal sihat, ceria & bahagia :)
    thn ni aida 43 thn, in shaa Allah...

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah atas doa2 sahabat blog.. masih menunggu cerita seterusnya

    ReplyDelete
  15. Happy birthday NA. Kita sebaya la.. Masih mude remaja macam 24 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaya rupanya. Itulah rasa macam ke budak-budakan lagi.
      Sama-sama lahir bulan Januari.

      Delete
  16. Happy belated birthday Kak Wina. Semoga sentiasa dilapangkan hati dan berbahagia di samping family tercinta. Sihat selalu tau.:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.