Saturday, January 2, 2021

Pertama Kali Membuat Popia Vietnam

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Apa khabar?

Setelah 2 kali pergi ke Cambodia Sup dan kecewa tidak dapat merasa popia Vietnam, abah bercadang untu membuat. Sebenarnya kami buat bersama-sama. Tolong-menolong. Saya kupas udang, tumbuk bawang putih dan cili api untuk sos.

Watak utama mesti ada iaitu kulit popia yang lutsinar. Bahan untuk inti itu terpulang tapi memandangkan abah suka banyak sayur dan ulam, kami gunakan daun selasih Thai, daun pudina, daun salad, timun dan lobak merah dipotong batang mancis. Unsur protein letak udang yang direbus dan kepingan ketam (crabstik) direbus juga. Tidak lupa suhun yang dicelur.

Kulit Popia Lutsinar



Sos pula cili api dan bawang putih ditumbuk, cuka, sos cili Thai, sos ikan, garam dan gula secukup rasa. Bancuh sedikit tepung gandum (tepung jagung sudah habis) dengan air panas. Campur semua dan kami panaskan dengan ketuhar mikro.


Popia Vietnam



Macam-macam saiz popia. Ada gemuk ada kurus. Pertama kali buat jadi ada try and error. Pertengahan buat abah lupa letak daun salad. Ada itu emak taknak timun. Dapat 6 batang. Cukuplah untuk kami 3 orang. Makan sebatang pun rasa penuh. Kalau makan popia sahaja memang tawar dengan rasa berangin daripada daun pudina dan sedikit pedas daripada daun selasih Thai. Jadi pada pendapat saya kena letak sedikit garam untuk popia. Makan dengan sos memang dapat tutup kekurangan yang dinyatakan.

Takpe boleh buat lagi. Kalau saya buat saya akan cari cara lain. Apapun teringin hendak rasa popia Vietnam di Cambodia Sup.

Jumpa lagi.


41 comments:

  1. Rajinnya dia buat sendiri. Saya kasi thumbs-up untuk NA, dan abahnya dan maknya juga. :)

    ReplyDelete
  2. makanan sihat ni..byk sayuran..

    ReplyDelete
  3. cerita yang menarik..

    saya suka baca

    ReplyDelete
  4. Saya dah lama nak cuba buat popia vietnam ni tapi tak kesampaian lagi. Teringin nak rasa sebab tak pernah rasa lagi. Buat sendiri boleh letak extra apa yang kita suka. First time buat takpe kak wina, pasni boleh buat lagi tambah garam sikit :)

    ReplyDelete
  5. hi, jemput singgah blog, especially kalau berminat nak tambah pendapatan dengan Jamu Tun Teja. Terima kasih =)

    https://241107hh.blogspot.com/2021/01/slip-gaji-yang-sah.html

    ReplyDelete
  6. Ini sangat healthy dan sedap. Zhi suka ni. Dulu pernah selalu buat sampai naik jemu nak makan. Huuhuhu.. ~

    ReplyDelete
  7. Buat sama-sama..terbaik!
    Akak ni makan pun tak pernah, buat lagi la tak pernah. Hehe

    ReplyDelete
  8. aaaa looks yummy. teringin nak buay but mostly my whole family tak gemar hm. ರ╭╮ರ

    ReplyDelete
  9. Rajin awak buat Na.. akak blum berkesempatan nak buat sebab nak cari bahan² tue yang malas..hahahaa😂

    ReplyDelete
  10. popia ni untuk yang suka ulam memang laju, tapi untuk yang tak minat ulaman memang idok la hehehe...

    dana suka beli dgn sorang kwn, dia buat besar makan 2 dah kenyang... tapi nak buat sendiri memang dana tak rajin kak oi heheheh... kang sendiri buat sendiri makan

    ReplyDelete
  11. kenapa tak gi je terus vietnam ? hehehe

    ps. buổi sáng tốt lành

    ReplyDelete
  12. tak pernah buat lagi..takot tak jadi hahaha

    ReplyDelete
  13. Popia Vietnam ni bagi saya sos yang paling penting, buat penyedap..hehe

    ReplyDelete
  14. Boa tarde NA. Confesso que não gosto muito de camarão e frutos do mar. Mais parabéns pela matéria.

    ReplyDelete
  15. kakmim pernah mkn sekali je.. lepas tu tgk je org mkn.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Oh ni our favourite ni.
    Baru buat juga 2 hari lepas.

    ReplyDelete
  17. Belum pernah try buat sendiri lagi.
    Pernah makan beli aje dari officemate ada jugak yang niece buat bolehlah kalau sosnya sedap. Lagi suka popia original krup-krap-krup-krap hehehhee... provide sos kena sedap jugak.

    ReplyDelete
  18. Belum pernah try buat tp pernah mkn sekali. Kwn2 ramai post buat popia ni 😬

    ReplyDelete
  19. Rajinnya. Seronok buat sama-sama dengan famili. Tu yang rupa macam-macam. Popia vietnam ni boleh jadi menu dietyang sihat

    ReplyDelete
  20. i berangan dah lama nak buat. tp tak terbuat2. hehehe

    ReplyDelete
  21. hari tu anak2 abam kie gotong-royong buat popia vietnam ni. sedap dicicah dgn sos lada.

    ReplyDelete
  22. buat sendiri puas hati kak.. letak isi banyak2 kasi gemok..
    hehehe..

    ReplyDelete
  23. Waalaikumussalam. Kak belum pernah buat. Yg tau pun order beli ja. Haha

    ReplyDelete
  24. rajin NA membuatnya.. lama dh tak makan popia vietnam. last di ho chi minh

    nanti sharekan resepinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sedap popia, tawar rasa kalau tiada sos. Insya Allah jumpa rasa yang sedap akan dikongsi resipi.

      Delete
  25. Ada sekali tu akk beli kt taman ni, kat taman akk ni mcm2 ada jual, dia punya sos..wallah sedap sungguh, disbbkan sos yg sedap tulah jadikan popia tu sedap, kalau tak tawar je kan.
    Rajin NA buat ye, oklah tu nak mkn sendiri je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh abah yang hendak. Buat bersama-sama.
      Boleh buat lain kali dengan resipi lain.

      Delete
  26. Tiba2 macam mau makan popia 😋😋

    ReplyDelete
  27. Sedap popia nie kalau dicicah sos..

    ReplyDelete
  28. aida teringin sgt nak buat popia vietnam ni.
    now, order dgn ofismet je, wina :) ha ha ha ha...
    bukan nyer malas ke apa ke.
    yg makan, aida sorang je. asben & anak-anak x gemar.
    hmmm beli aje la 5, sendiri makan. puas!

    ReplyDelete
  29. terima kasih kalau sudi share resepi.. dh pandai buat boleh buat jual.
    susah nk jumpa orang jual musim PKP 2.0. mungkin susah nk dpt stok brg

    ReplyDelete
  30. Suka jugak popia Vietnam nih... Hehe..Selalu kena makan dengan sambal .. takda kuah sambal tu, macam tak kena rasanya..

    ReplyDelete
  31. Puas hati buat sendiri boleh makan byk2

    ReplyDelete
  32. wowww.sedapnya kak.. da lama sy xbuat ni :)

    ReplyDelete
  33. Wah pandai anak beranak buat popia vietnam, nampak sedap, memang makanan sihat ni, nakkan rasa asli, itu yang tiada rasa tapi sedap macammana pun, sebab udang ada rasa tersendiri..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.