Saturday, March 6, 2021

Renungan: Mengenai Sdekah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. 

Salah satu sikap yang ada pada rakyat Malaysia yang bagus ialah sikap pemurah. Oleh itu teruskan.

Saya ingin coretkan tentang sedekah sebagai panduan dan berita gembira untuk semua.

Rasulullah S.A.W. bersabda " Sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan dan sedekah itu ada 4 pembalasannya.

A. Satu sedekah dibalas dengan 10 kali ganda.

B. Satu sedekah dibalas dengan 70 kali ganda.

C. Satu sedekah dibalas dengan 700 kali ganda.

D. Satu sedekah dibalas dengan 1000 kali ganda.

Apapun sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.

Apapun sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga atau sanak-saudara.

Apapun sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada teman-teman.

Apapun sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada pada penuntut ilmu."

Sebiji Buah Tin Sudah Ranum. Tidak Terlalu Manis

20 comments:

  1. Thanks atas perkongsian. Semoga kita jadikan bersedekah ni amalan seharian

    ReplyDelete
  2. sedekah ni manis sebenarnya..hehe

    ReplyDelete
  3. Wah.. semoga kita lebih banyak bersedekah.

    ReplyDelete
  4. Besar ganjaran bersedekah ni kan. Makin banyak kita memberi, makin banyak kita dapat انشاء الله

    ReplyDelete
  5. banyak pahala dan kebaikkan
    insyaAllah sama2 kita sentiasa bersedekah sekadar mampu yg penting iklas

    ReplyDelete
  6. saham akhirat tu NA semoga kita semua akan istiqomah dalam mencari bekalan ke alam abadi, aamiin

    ReplyDelete
  7. Setuju kak. Lagi banyak kita sedekah, insyaAllah, lagi murah rezeki dan pahala kita akan dapat nanti dengan izinNya. Terbaik kak. huhu

    ReplyDelete
  8. Moga kami dan anak cucu kami tergolong sebagai sebahagian tangan yg di atas. Aaminn Ya Robbal Alaminnn.

    ReplyDelete
  9. Thank you sharing this, Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  10. 'sifir' sedekah ni hanya Allah shj yg tahu... sbg manusia kita buat sahaja...

    ReplyDelete
  11. Tidak akan jatuh miskin mereka yang bersedekah. InShaAllah.
    Terima kasih atas perkongsian NA

    ReplyDelete
  12. Terima kasih untuk perkongsian ini 😊

    ReplyDelete
  13. Bersedekah tidak akan memiskin kita, sebaliknya kita akan mendapat balasan yang lebih baik :)

    Setuju sangat kak, orang Malaysia memang rajin bersedekah.

    ReplyDelete
  14. Semoga bermanfaat untuk semua 🤲🤲

    ReplyDelete
  15. Good info kak. Sedekah membawa berkat. Terbaik kak. hihi.

    ReplyDelete
  16. Ya, bersedekahlah walau berapa pun jumlahnya.. Asalkan ikhlas... Terdapat juga adab dalam bersedekah yang perlu dipatuhi.. Kann

    ReplyDelete
  17. kalau berkemampuan sedekah kan juga kepada fakir miskin bkn hanya keluarga

    ReplyDelete
  18. Perbanyakkan sedekah, moga bermanfaat selalu...huhu

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas perkongsian, moga sedekah menjadi amalan. InshaAllah, ada pokok tin ye dah dapat tuai, sini pun ada tak membesar pun.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.