Monday, March 1, 2021

Hello Donut

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Isnin 17 Rehab 1442
Selamat berpuasa sunat semua. Tabik hormat mereka yang lakukan puasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa putih, puasa Rejab. Insya Allah saya akan menyusul. Persediaan mental dan fizikal menyambut Ramadan. Tidak sabar.

Abah bawa balik 2 kotak donut. Terdetik banyak juga kalau seorang satu makan 4 biji. Rupanya abah hendak beri kawan dia sekotak(jiran yang duduk di jalan lain). Ok juga salah satu untuk mendapat pahala membeli-belah ialah menguntukkan sebahagian daripada barang-barang yang dibeli untuk dihadiahkan kepada jiran atau disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Donut Tesco



Bercakap mengenai jiran, saya akan ada jiran sebelah rumah. Abah beri sewa. Alhamdulillah waktu PKP, ada juga orang hendak sewa. Saya tidak boleh ber 'huha' pergi keluar ke sebelah rumah lagi. Selalu saya bebas keluar keliling rumah tanpa tudung. Kini kena berhati-hati.

Ok jumpa lagi.

75 comments:

  1. rezeki dikongsi bersama, alhamdulilah...
    dah lama x makan donut...
    paling suka big apple sbb donutnya lembut gila...

    ReplyDelete
  2. seronok memberi jiran tentangga.... berkongsi rezeki

    moga dapat jiran yang baik dan bertimbang rasa kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Harap dapat jiran sebelah yang baik :)

      Delete
  3. Alhamdulillah..rezeki dikongsi bersama :)

    Syukur ada rumah yang ada penyewa nak sewa. Seronok juga ada jiran baru tu kak. Standby sesiap tudung dan sweater kat pintu :)

    ReplyDelete
  4. Insya Allah. Moga Allah berikan kekuatan untuk berpuas sunat :)

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah cuba donut tesco.
    Alhamdulillah, tambah rezeki, orang sewa rumah sebelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya sama macam Big Apple atau J.Co
      Haah rezeki untuk abah.

      Delete
  6. Kat Penang ni cuaca sangat terik dan bahang walaupun duduk dalam rumah.
    Haus manjang, memang tak mampu saya nak puasa sunat...😅

    Selamat terima jiran baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun belum puasa bulan Rejab. Insya Allah cuba esok. Harap mampu.
      Terima kasih.

      Delete
  7. Saya pun tak sabar menanti kedatangan Ramadhan.

    ReplyDelete
  8. Wah.. Bagus berkongsi rezeki ni.. huhu... Alhamdulillah, ada jiran baruuuu soon... hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasaan bercampur-baur.

      Delete
    2. Samaa.. tapi dah try berkenalan sikit masa renovate rumah.. nampak macam ok jirannyaa.. Hehee..

      Delete
  9. Hello march ! Omg dah lama tak makan donut jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak penting kalau boleh hidup tanpa donut.

      Delete
  10. takkan miskin dengan memberi..
    haa tu la pasni nak keluar rumah pon hati2 ada mata yg memandang hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tidak boleh leka. Kadang-kadang terlupa.

      Delete
  11. I love donut.. tapi yg jenis "kampung" je.
    Bagus kalau ternanti2 ramadhan, Syurga memanggil2 org2 yg sedemikian (org yg suka Ramadhan) kata Ustaz.. emm lupa plk nama.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Harap sangat jadi penghuni syurga.

      Delete
  12. I did ! hehe puasa putih tu... bangun pagi kawan text ckp niat terus la puasa putih ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kawan pun dapat pahala :)

      Delete
  13. ramai yang dah mula puasa sunat kan,alhamdulillah berkongsi rezeki NA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ramai dah puasa sunat. Saya baru ingat mula esok. Insya Allah.

      Delete
  14. Cuaca panas sekarang memang mencabar untuk puasa. Apa pun, swmoga Allah permudahkan dan hadiahkan pahala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe akak hendak cuba dahulu. Amin. Harap dipermudahkan.

      Delete
  15. sedapnya..lama tak makan donut ni..

    ReplyDelete
  16. Boa tarde Na, que vontade de provar essas delícias.

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Kadang ada rasa tamak hendak makan semua donut :)

      Delete
  18. Alhamdulillah
    Nampak sedap donut tu. Anak-anak PH sukalah donut berwarna gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah donat berhias dengan pelbagai bahan.

      Delete
  19. alhamdulillah.. panjang pahala tersebut :)
    my dad selalu cakap kalau sy memasak or buatkan dia air, selama mana dia merasa kenyang, selama itu pahala mengalir :)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum... wah sedapnya donut.... lama SS tak jamah donut. heheh nak makan donut ni, SS biasa tunggu mood sampai dulu hehehe... Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya hendak jadi orang yang rajin memberi.

      Delete
  21. Donut nampak sedap.
    Alhamdulillah berkongsi rezeki amalan mulia.

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah..
    semoga dimurahkan rezeki abah sis.. Aamiin..
    Wah nak dapat jiran baru ye..

    ReplyDelete
  23. Ada yang menyewa..Alhamdulillah rezeki dimusim PKP ni NA :)

    ReplyDelete
  24. betullah, tak sabar nak masuk bulan puasa

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah..semoga dapat jiran yang bertimbang rasa 😎

    ReplyDelete
  26. Sedapnya donut, dah lama tak makan ni.

    ReplyDelete
  27. semoga mendapat penyewa yg baik hati dan friendly...

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah... Cikbunga kalau pi Tesco pun beli donat nie jugak😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setaraf dengan Big Apple.

      P.S: Yeay boleh rentas daerah.

      Delete
  29. dah lama saya tak makan donut, tetiba rasa nak makan pulak

    ReplyDelete
  30. Suka juga beli donut camni. Boleh nikmati pelbagai rasa

    ReplyDelete
  31. Wah, sedap donut tu kak. Makan dengan iced coffee atau air buah sedap juga. hihi

    ReplyDelete
  32. Lama dah tak makan donut Tesco. Saya suka donut yang perasa kopi tu.

    ReplyDelete
  33. lama tak makan donut.. ada juga rezeki penyewa. aurat kena jaga. huhu

    ReplyDelete
  34. Sedap donut tu kak. Wah, murah rezeki ayah akak bagi rakan makan donat juga. Aamin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Tq. Doa kebaikan berbalik untuk GV.

      Delete
  35. Alhamdulillah dapat kongsi rezeki dan dapat penyewa, rezeki PKP. Rindu Ramadhan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.