Thursday, April 8, 2021

Hi-Tea Di Garden Terrace Hotel Swiss Garden Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Alhamdulillah tanggal 3 April, Sabtu dapat pergi makan buffet bersama emak abah di Swiss Garden. Terima kasih Cik Ako atas hadiah ini. Tidak sangka juga sebab ingat hadiah akan dipos memandangkan Cik Ako minta alamat dan nombor telefon. Jadi macam acuh tidak acuh, tunggu sahaja. Sekali Cik Ako WhatsApp beritahu pilihan sama ada tidur di hotel 2H1M atau hi-tea. Cik Ako tanya berapa orang. Terkejut juga dapat hadiah yang sangat besar. Hehe saya minta waktu untuk berunding dengan abah tanya mana dia mahu. Ok dipendekkan cerita maka pilihan hi-tea untuk 3 orang. Untuk mereka yang kurang faham saya menang hadiah apa, boleh klik di sini.

Berdebar juga. Maklumlah jadi ketua kumpulan. Hehe abah pula asyik tanya betul ke ini. Takkan tipu pula. Maka hari ditunggu kami keluar awal juga dalam pukul 11 pagi lebih. Sebelum keluar ada van datang. Pernah cerita di sini tujuan van. Ada urusan abah sedikit itu yang keluar awal. Itupun sampai Hotel Swiss Garden Melaka lambat sedikit sebab cari pintu masuk. 2-3 kali pusing. Tahulah jalan bandar Melaka, jalan sehala. Hehe.

Tempat letak kereta memang di aras 3A. Jadi masuk ambil suhu dan berpecah sama ada ke pusat beli-belah Shore atau ke arah kanan untuk ke Terrace Garden.

Ramai sudah beratur untuk masuk ke kawasan tempat makan. Ambil lagi suhu, kemudian beritahu nama dan jumlah orang yang makan. Gemuruh sungguh. Tengok nama salah eja. Hehe dapat kawasan 3A hujung sekali dekat dengan kawasan kuih-muih, buah-buahan dan kek. Strategik sebab makanan boleh letak atas meja jadi boleh ambil makanan lain tanpa keluar dahulu. Apapun SOP sangat ketat dan dipatuhi. Masuk ikut lorong ditentukan dan keluar ikut lorong lain. Sebelum masuk kawasan buffet, staff akan pastikan kita pakai pelitup muka dan sarung tangan plastik kedua-dua tangan.

Abah posing belakang kawasan pencuci mulut. Dekat antara meja tempat duduk



Alhamdulillah meja tepi tingkap dan dapat pemandangan Sungai Melaka dan Kampung Morten.

Pemandangan Melalui Tingkap: Kampung Morten



Makanan yang menggamit saya untuk ambil ialah sushi dan ladu. Jarang dapat di buffet hotel lain. Ambil sedikit-sedikit untuk rasa. Diakui saya ambil 2-3 kali sushi. 2 kali juga ambil chuka idako. Jeruk dimakan bersama sushi sedap. Minta petugas buat air machiato.

Seleksi Makanan Kami Ambil (Pusingsn Pertama)


Lepas itu tumpu untuk makan. Tidak ingat berapa kali ambil.

Kaunter Sushi Dan Kuih-Muih

Dalam piring putih kecil chuka idako

Kaunter Pencuci Mulut


Ini antara gambar-gambar yang diambil. Lapar katakan. Ambil sekadar cukup syarat. Lagipun mak saya selalu ingatkan nanti habis tidak diganti makanan sama contoh macam ais kacang, saya tidak dapat bahan kelapa laut tapi dapat rasa ais kacang abah yang ada kelapa laut sebab dia ambil itu awal sekali.

Banyak kaunter saya tidak ambil gambar macam kaunter nasi ayam, mihun, salad. Ada dibuat secara panas oleh chef macam sate dibakar ketika diminta, laksa nyonya dibuat chef juga. Tempura digoreng panas-panas. Makan sampai pukul 2.30 petang. Orang pun beransur kurang mengelilingi buffet. Pulang dengan rasa gembira. Mak dan abah ingat hendak datang lagi  pada 11 April untuk sambut ulangtahun perkahwinan tapi tidak dapat sebab adik tidak dapat balik. 

Buffet Ramadhan disediakan juga.

Terima kasih sekali lagi untuk Cik Ako.


38 comments:

  1. wahh..bestnya..dapat bawa parents jamu selera..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa dapat hi tea di hotel. Bukan biasa biasa hadiah kak Ret ni :D
    Kenyang perut dapat makan banyak banyak.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..rezeki sangat dapat hadiah macam ni. Seronok dapat rasa macam macam makanan sedap di hotel. Ada rezeki dapat berkumpul boleh datang lagi kat sini :)

    ReplyDelete
  4. wahhh menu nya sedap2..btw sy tag sis Wina dekat sini ya.. :)

    https://ramaramapendek.blogspot.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..rezeki dikongsi bersama emak ayah..tahniah.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat bawa mak ayah datang sini. Moga tambah rezeki penaja.

    ReplyDelete
  7. wah bestnyaaaa. mesti sedap2 ni :)

    ReplyDelete
  8. besar n mahal juga hadiah tu kan? Biasanya abe kie dpt hadiah biasa2 je bila menang GA. Tahniah ye..

    ReplyDelete
  9. best nyaaaaaaaa... rasa mcm dah lama tak mkn bufet kat hotel waaaaa nak jugakkkk

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah NA... Rezeki dapat share ngan mak abah..

    Semoga panjang umur mak abah..
    Insyalah ada rezeki lg, kita buat GA lagi hahaha.. (klu rajin) 😅 ni tgh cr mood rajin balik nak update blog n blogwalking

    ReplyDelete
  11. ini. kalau atie pergi..mmg tuju tempat dessert saja .. haha

    ReplyDelete
  12. Wah...hadiah besar ni. Siap boleh bawa mak ayah.
    Seronok sungguh gini. Pilihan makanan pun banyak. Puas hati.

    Tahniah Na 👏🏽

    ReplyDelete
  13. Membaca artikel ini membuat saya rindu pada almarhumah Emak.

    ReplyDelete
  14. Bestnya hi-tea kat hotel..hehe..rezeki-rezeki :)

    ReplyDelete
  15. wahh bestnyer makan2 hi tea.. tahniah sekali lagii😅🍵☕🍵☕

    ReplyDelete
  16. Syukur alhamdullilah. murah rezeki akak sekeluarga. lumayan hadiah akak dapat. hihi.bawa sekeluarga makan buffet. terbaik akak. oh, akak suka makan chuka idako ya. mmg betul kak, mmg jarang2x ada buffet sediakan sushi seperti chuka idako. kalau ada pun sushi cam sake, tsubukko, kanikama maki etc jew yg selalu ada.huhu. terbaik kak. hihi. :D

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama ibu ayah lagilah besar maknanya. Pasti ada keberkatan :)

    Tahniah NA!

    ReplyDelete
  18. Hebat hadiah ni. Kalau saya conform tak lunch. Sedapnya sushi. Lama x makan

    ReplyDelete
  19. tak nampak pulak muka penulis nya

    ReplyDelete
  20. Wah! Tahniah Na murah rezeki..sekali dgn pemberinya juga :)
    best sekali skala mkn buffet kan..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.. Hadiah yang lumayan dapat dikongsi bersama mak ayah..

    ReplyDelete
  22. Sampai ATI tunjuk gambar makanan uwaa.. haha gurau aje.. Ramadhan Kareem buat Na sekeluarga semoga Ramadhan Kali ini lebih baik Dari sebelum ni

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah rezeki NA dapat bergumbira bersama parent ya.
    Didoakan cik Ako (Retna) dilimpahi rezeki selalu.

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah
    seronok bwesama family

    SELAMAT BERPUASA Na

    ReplyDelete
  25. sedap nian dish yang terdapat dalam berbagai kaunter...aku jadi ingin tahu yang bagian pencuci mulutnya..looks sweet...

    ReplyDelete
  26. Wah, seronoknya! Alhamdulillah, dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan parents sekali.

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah, rezeki NA. Lumayan hadiah dari Ako. Tumpang seronok tengok gambar makan beshh... :)

    ReplyDelete
  28. bestnya hadiahh
    mesti seronok kan hehe

    ReplyDelete
  29. Selamat berpuasa NA.. Alhamdulillah rezeki.. Kongsi dengan parents bertambah luas pintu rezeki NA.
    Saya pernah juga makan di SG Hotel Melaka, salah satu tempat kegemaran untuk breakfast & hi-tea..
    Juadah pun semua kena dengan citarasa.

    ReplyDelete
  30. org tak boleh rentas negeri ni hanya mampu tgk je waaaaaaa

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah. Rezeki awak dapat bawa emak ayah makan di hotel.

    ReplyDelete
  32. Woaaaahhh! Rezeki yg tak disangka2, besntya. saya pon tak expect ni hadiah dari blogger bila baca title. lamanya tak pergi hotel dan makan buffet :')

    ReplyDelete
  33. Seronok dpt berbuka puasa di hotel. Murah rezeki Ako. Tahniah alhamdulillah rezeki bln puasa

    ReplyDelete
  34. Fuhyoooo... rezeki.. bestnyaaaa .. bersama family gitu

    ReplyDelete
  35. suka juga buffet n kena betoi2 lapar baru pi..
    tapi tahun ni xdak prancangan laa buffet dimana2. mmg banyak dok rumah ja..

    ReplyDelete
  36. MashaAllah rezeki sis NA dan keluarga, syukur alhamdulillah dapat bersantai menikmati view melaka lagi Tahniah..moga dilimpahi rezeki lagi Aameen.

    ReplyDelete
  37. wah ..bukan semua ada kesempatan untuk buat hi tea di hotel

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.