Friday, April 16, 2021

Buat Teh Chai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan ke-4. Tadi berbuka di masjid dan terawih. Sekarang tidak rasa mengantuk pula. Selalu waktu begini sudah pengsan.

Oh saya nak beritahu saya baru tahu resipi teh chai atau chai tea. Itupun tengok rancangan masakan 'Camca' hari Sabtu bersama Chef Nabil. Rupanya untuk buat teh chai guna bunga lawang, buah pelaga dan halia. Bahan-bahan itu ditumbuk untuk keluarkan aroma dan rasa.

Terus buat hari Ahad dan puasa pertama. Saya ikut cara cef masak guna api. 3 bahan disebut dididih bersama serbuk teh. Kemudian masuk gula perang, susu segar (saya guna susu tepung). Rasanya ikut suka kalau hendak guna susu sejat atau susu pekat. Jadi secara ringkas bahan diperlukan

Resipi Teh Chai

* Bunga Lawang
* Buah Pelaga
* Halia
* Serbuk Teh/Uncang Teh
* Gula Perang/Susu Segar/Susu           Tepung/Susu Sejat
* Sedikit garam (pertama kali lupa         letak jadi ia pilihan)

Cubaan Buat Teh Chai



Siap dan saya memang suka rasa  teh chai. Saya kenal teh chai apabila  Pak Busu beri teh chai dalam bentuk uncang dari India. Memang guna sampai habis. Tidak terfikir bahan yang terdapat dalamnya boleh buat sendiri.

Lepas ini boleh buat dan minum sepuas-puasnya. Lagipun buat sendiri boleh tentukan sekuat mana rasa chai melalui 3 bahan yang disebutkan.


44 comments:

  1. My favourite juga ni time winter.. tapi dulu lah.. skg dah beralih ke icced latte. Salam Ramadhan ke 4..NA.

    ReplyDelete
  2. Tengok bahannya macam teh masala juga ye.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah akak berpeluang berbuka dan bertarawih di masjid. Menarik cara pembuatannya. saya pernah tengok orang buat Teh chai ni. memang lagi pekat dan sedap jika teh dimasak menggunakan api dapur gas tu. saya belum cuba lagi teh chai. Nak juga rasa teh dicampur dengan rempah/herba ni.

    ReplyDelete
  4. Ada halia tu...boleh buang angin dlm badan

    ReplyDelete
  5. Camno rasanya teh chai ni kak? bahan-bahan macam herbs je :)

    ReplyDelete
  6. wah! ini satu kelainan dlm minuman teh. pasti akan dicuba...

    ReplyDelete
  7. Eh boleh berbuka di masjid ye kak NA? Kalau kat tempat saya, tak boleh. Just ambik makanan then balikkk rumah semula.
    Teh chai ni first time dengarrr!

    ReplyDelete
  8. First time dengar teh chai. Sedap ehh?

    ReplyDelete
  9. rasa macam mana eh buh bunga lawang tu.. hee nanti nak try la :)

    ReplyDelete
  10. Area rumah saya hanya ajk boleh berbuka di masjid dan surau. Itupun packed food, bukan buffet. Saya tak pernah minum teh chai. Mesti rasa sihat lepas minum sebab ada herba. Menarik. Nak cuba lah

    ReplyDelete
  11. Asik, aku dapat resep teh kesukaanku.
    Bisa bikin sendiri , mengirit beaya membel 😊

    ReplyDelete
  12. Selamat berpuasa, NA. Saya tak pernah minum chai tea. :)

    ReplyDelete
  13. wahhh bahan-bahan dia not sure tekak bole terima ka tidak hehehe
    kena try dlu baru tahu tapi sini takda jual kalau mau buat sendiri tu memang malas hahaha

    ReplyDelete
  14. Husband saya pernah buat teh chai memang sedap. Tak sangka teh susu campur rempah rasa dan aroma dia best..

    ReplyDelete
  15. pernah tengok pasal pembuatan teh ni dalam rancangan masak2 , tapi dana tak berapa minat teh berempah... kalau teh bau buah dana suka

    ReplyDelete
  16. lps minum tu ada buang angin tak?

    ReplyDelete
  17. Menarik cara pembuatannya..boleh cuba nanti..resepi NA dh sharing hehee 😊

    ReplyDelete
  18. Sedap ni... dah lama tak minum.
    NA, nanti boleh tinggalkan alamat surat-menyurat di blog saya?
    Letak je di ruangan komen, saya tak publish. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak saya baru terperasan ada soalan. Saya sudah tinggalkan alamat di komen blog Puan Farrah. Maaf terlepas pandang.

      Delete
  19. anak akak belajar di India, katanya chai tea ni wajib ada di kantin setiap hari.

    ReplyDelete
  20. ASsalamualaikum.
    Waah..saya tak pernah try lagi minum teh chai ni...
    mungkin boleh cuba merasa.

    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  21. yang lain-lain tu boleh telan lagi, bila dengar bunga lawang terus rasa takut pla sebab tak suka bunga lawang haha! BTW thanks sharing. Salam kenal saya blogger dari Sabah. Salam Ramadan :)

    ReplyDelete
  22. dulu kalau ke Dubai memang saya akan lepak minum teh chai dengan kawan-kawan, bila sebut chai tea ni rindu pulak..nampak gaya kena buat sendiri la nanti

    ReplyDelete
  23. Nampak macam best je air teh ni.. Tapi saya kurang minum teh, biasa mengopi je

    ReplyDelete
  24. pernah dengar tapi tak pernah cuba. tapi teh tarik halia tu saya memang suka. mcm best resepi ni, hehe. ringkas pon ye

    ReplyDelete
  25. Rajinnya buat teh. Sementara pantang ni air berangin tak boleh minum

    ReplyDelete
  26. kalau berbuka puasa time tgh hujan dan minum teh ni, mmg layannnn ;-)

    ReplyDelete
  27. pernah minum sekali je...buat sendiri boleh tentukan nak sukatan herbanya..

    ReplyDelete
  28. Wow. baru tahu gak ni . tQ info ye

    ReplyDelete
  29. rasanya macam pernah rasa sekali.. tapi tak pasti adalah merujuk pada benda yang sama. hehe tapi sebab bukan peminat teh susu jadi kurang sikit pada tekak saya..

    ReplyDelete
  30. woww.menarik :) first time dengar teh chai :)

    ReplyDelete
  31. Pandai buat teh ala jamu gitu.. Chai pernah dengar macam teh turki, tapi tak pasti, teringat teh masala pula. Pasti segar dan sedap sebab ada halia.. Alhamdulillah berterawikh dan berbuka di masjid, di sini belum boleh lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.