Monday, April 26, 2021

Perlahan Dan Tetap

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat berpuasa. Lebih seminggu tidak menulis. 

Sebenarnya dalam belenggu dugaan. Dugaan hadir 2 hari sebelum puasa. Ingatkan ujian itu selesai dalam tempoh sekejap rupanya berlarutan hingga kini. Rasa ada batu besar hempap atas kepala sekarang.

Saya menghitung sehingga bila ia akan selesai. Harap tidak berpanjangan hingga bertahun- tahun. Allah tahu saya mampu bertahan hingga ada berbelas tahun ujian saya hadapi hingga selesai 100%. Perlahan dan tetap (slow and steady) sedikit satu-satu selesai.

Lebih baik perlahan dan tetap selesaikan sempurna walaupun ambil bertahun-tahun? Korang pernah hadapi ujian yang ambil masa bertahun-tahun untuk selesai? Lepas sudah selesai rasa macam hendak lompat bintang.

Biasalah rasa tidak sabar untuk ujian selesai.

P.S: Ujian Covid-19 ini pun ujian perlahan dan tetap.

32 comments:

  1. Apa pun ujian, harap menghadapi nya dengan kuat dan tak putus asa k..

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Kadang pening juga kepala bila ujian tak selesai2, tapi benda tu lah yg menguatkan kita lagi dan buat kita belajar banyak benda.

    Kalau utk saya, yg saya boleh fikirkan study je kot. Ramai kawan sebaya dah kerja dah pon, tapi perjalanan saya lambat sikit sbb beberapa masalah. Takpe lah, perancangan Allah tu yg terbaik. Pada pandangan manusia lambat, pd pandangan Allah, itu waktu yg tepat.

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa kak. Semoga ujian yang akak lalui selesai dengan pengakhiran yang baik. Saya doakan akak terus kuat dan sabar meneghadapinya. Yes, slowly but surely akan selesai juga dengan izin Allah :)

    ReplyDelete
  4. ya mmg ada... smpi skrg masih belum selesai... kadang ada terbisik jg kata2 yg jahat suruh give up. tp sy pejam mata dan go on. menangis pun dah x larat...

    harap kita semua jd lbh kuat dgn ujian2 ni...

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan NA. setiap yg susah akan ada jalan penyelesaiannya Inshaa Allah..

    ReplyDelete
  6. Apa pun ujian yang Allah berikan kepada akak, moga akak tabah menghadapinya. Semoga terus kuat dan tabah. Apa apa masalah akan ada penyelesaiannya, antara cepat atau lambat :)

    ReplyDelete
  7. Tiap manusia diuji sesuai dgn tahap kemampuannya..sabar dan insyaAllah ada pengakhiran yg manis utknya

    ReplyDelete
  8. InSyaAllah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
    Yang penting jangan lari dari masalah.
    Semoga dipermudahkan segala urusan NA

    ReplyDelete
  9. Semoga NA sabar hadapi ujian. Saya doakan, semoga ia segera berlalu pergi. Saya juga pernah hadapi ujian yang ambil masa bertahun-tahun. Cuba untuk tidak berfikir sangat, dan tanamkan rasa syukur serta redha.

    ReplyDelete
  10. Smoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  11. Pernah dan masih diuji, mungkin sahaja ujian ini mengekori sampai mati. Saya doakan kak NA tabah menghadapi ujian dan dipermudahkn urusan

    ReplyDelete
  12. moga tabah dan kuat hadapi apa jua ujian, ujian bantu kita lebih kuat dan dekat dgn allah :)
    done follow sini juga :))

    ReplyDelete
  13. Harap baik-baik saja ye NA!
    Take care NA!

    ReplyDelete
  14. Moga selesai dengan jayanya.. Slow and steady gitu... Kita mampu melaluinyaaaa! Hihi

    ReplyDelete
  15. sama jg dengan sy siswina..masih dalam dugaan yang sama n masi dalam penantian bila la agaknya akan berakhir..

    ujian kita mungkin berbeza but i feel u too huhu. semoga kita mampu bertahan dalam sabar dan semoga semua baik baik saja. inshaaAllah

    take care sis!

    ReplyDelete
  16. Miga dipermudahkan segala urusan NA. Ujian tanda Allah sayang. Ada 2 pahala orang yg diuji; satu pahala ujian tersebut, satu lagi pahala sabar dgn ujian tersebut. Moga NA beroleh kedua-duanya 🤲🤲🤲

    ReplyDelete
  17. Apa pun dugaan yang sedang Na lalui, saya doakan semoga Allah beri Na kekuatan dan moga dipermudahkan urusan.
    Insya Allah dengan kesabaran melalui dugaan, meningkatnya darjat Na disisi Allah.

    ReplyDelete
  18. Moga urusan dipermudahkan. Aminn.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,
    Doa saya, semoga Allah meringankan beban yang menghempap kepala tu. in shaa Allah semuanya akan selesai. Percaya pada percaturan Allah. Dugaan yang datang adalah untuk menguji keimanan kita, saya pun pernah alami bebanan hati dan perasaan berpuluh tahun lamanya. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha, akhirnya keluar juga tanpa sedar. Semoga kemanisan ujian ini menjadi milikmu. amiinn.. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  20. tak akan lari kita dari ujian.. memang rasa berat n tak tertanggung tapi insyallah akan hadir jalan keluarnya. semoga semua baik2 saja ya dan dipermudahkan segala urusan =)

    ReplyDelete
  21. semoga dipermudahkan urusan sis ya :)

    ReplyDelete
  22. Tiap yg bermula, ada akhirannya. Begitu juga ujian hidup. Ia umpama terowong gelap, di hujung jalan pasti ada lampu2 terang menunggu. Ada la tu nanti titik nokhtahnya. Moga Allah permudahkan. Aamiin.

    ReplyDelete
  23. semoga selalu dalam keadaan sehat dan dimudahkan segala urisan ya kak..

    salam persahabatan dari Indonesia ^^

    ReplyDelete
  24. semoga di permudahkan semuanya buat akak

    ReplyDelete
  25. manusia perlukan ujian utk terus hidup... tanpa ujian tiadalah makna kehidupan...

    ReplyDelete
  26. Segalanya telah tertulis dan ia adalah qada'dan qadar Allah SWT.

    ReplyDelete
  27. dah selesai ke? moga dipermudahkan kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum :(
      Amin. Itu yang akak perlukan iaitu kemudahan.

      Delete
  28. Moga dipermudah segala kesukaran dalam setiap urusan. Jangan putus asa ya. Insya-Allah, NA akan mampu hadap semuanya 😊

    ReplyDelete
  29. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

    ReplyDelete
  30. InshaAllah dengan baca surah Al-Insyiraah (Kelapangan), dapat menrungkaikan situasi. Ayat 5, Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. InshaAllah, rasanya dah selesai kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.