Wednesday, July 14, 2021

Hadiah Daripada Pemilik Blog Titian Perjalanan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur pada Allah bungkusan ini cepat dan selamat sampai. Puan Ujie ada beritahu bungkusan sudah dipos dan diberi nombor rujukan. Memang tidak payah kesan di mana barang ini, ia sudah sampai depan pagar pada waktu tengahari ketika menonton #Qurantime. Jadi keterujaan untuk membuka kena tunggu habis siaran tv.

Saya buka berhati-hati. Apabila dibuka ada bungkusan lutsinar. Ternampak tulisan 'Living Traveling Share From Yours Nice To Meet You'. Wah sejak-menjak ini bloggers suka beri barang dengan kata-kata indah dah puitis.

Bungkusan Lutsinar Dengan Tulisan Living Traveling Share



Apabila dibuka ternampak beg sandang kecil warna biru denim bahkan gunakan kain denim. Siap ada tali panjang beserta rantai kunci nama saya dan buku terjemahan daripada Hamka bertajuk 'Margaretta Gauthier'. Siapakah Margaretta Gauthier? Tidak sabar hendak baca.

Buku Margaretta Gauthier, Rantai Kunci.
Belakang: Beg Sandang



Terima kasih Puan Ujie atau nama penuh ialah Fauziah Othman yang sekarang berkelana di Simpang Empat, Pulau Pinang. Pemilik blog Titian Perjalanan. Seronok baca pengembaraan hidup meneroka tempat baru di Pulau Pinang atau tempat-tempat dilalui/singgah. Tidak lupa ulasan buku, masakan dan pelbagai isu. Seronok baca, ada aura positif apabila baca. Kalau berminat boleh layari ujieothman.blogspot.com

Terima kasih beri hadiah. Ia akan menjadi kenangan manis ketika berblogging. Terima kasih juga menulis sesuatu yang kadang-kadang menyentuh hati saya. Insya Allah. Sempena ulang tahun ke-10 blog, saya ucapkan tahniah dan semoga Puan Ujie akan terus menulis dalam blog nanti walaupun blog tidak popular seperti media lain. Amin. Selamat maju jaya.


30 comments:

  1. W'salam NA..
    Alhamdulillah rezeki NA, you deserve it.
    Tumpang happy tengok NA dapat hadiah :)

    ReplyDelete
  2. Wah tahniah. Mmg murah rezeki na.. Rajin singgah blog org.. Semoga akan terus menulis ya..

    ReplyDelete
  3. Nice.. hadiah bag dan buku. Tahniah, NA.
    Bertuah NA ni, selalu dapat hadiah. :)

    ReplyDelete
  4. Alahmdulillah rezeki NA.
    Setuju tu kenangan manis berblog bila dapat hadiah dari rakan blogger walaupun sekadar kenal di alam maya.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah cepat sampai tu. Tahniah kak. Menarik hadiah kiriman kak Ujie tu. Selamat membaca :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, murah rezeki akak :)
    Semoga akak terus semangat dan konsisten dalam dunia blogging ya ;)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, tahniah..selamat sampai hadiahnya..
    selamat membaca bukunya..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Semoga ukhwah berkekalan hingga ke akhirnya.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki NA dapat hadiah

    ReplyDelete
  10. Terima kasih jugak untuk Na yang rajin singgah di blog saya ❤️
    Selamat menikmati kisah Margaretta Gauthier.

    Btw Na, nama blog tu ada silap sikit. Bukan Titian Kehidupan, tapi Titian Perjalanan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tengah baca.
      Terima kasih tegur, saya sudah betulkan.

      Delete
  11. Alhamdulillah. Congrats!.
    Menarik semua hadiah.

    ReplyDelete
  12. Tahniah NA!
    Selamat membaca. Nanti boleh buat ulasan.

    ReplyDelete
  13. Tahniahhhh.. baru lepas singgah dari sana.. huhu..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, rezeki tidak salah alamat...

    ReplyDelete
  15. Tahniah! Rezeki memang x salah alamat...

    ReplyDelete
  16. tahniah kak, comel lah beg jeans tuh

    ReplyDelete
  17. Tahniah... Hadiah semua comel2. Selamat membaca. Lama tak bw blog kak Ujie

    ReplyDelete
  18. atie dpt jugaaa !! hehehe Tahniah NA :)

    ReplyDelete
  19. Tahniah! rezeki NA..cantik bag tu kaler biru lg heheee

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah NA, cantik begnya..

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah rezeki NA lagi... dpt beg baru nk g jln2 mn tu nnt? ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.