بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Cuaca sangat cerah dan panas sangat cantik untuk jemur baju. Kalian buat apa itu?
Isnin lepas adik perempuan saya suruh tengok stok minyak pati (eo) yang masih tinggal dalam bilik untuk diiklankan untuk dijual. Jadi saya senaraikan pati yang ada. Memandangkan hampir setahun lebih dia dan keluarga tidak dapat balik.
Alang-alang sebelum itu saya sudah tanya boleh ke habiskan stok makanan yang dia simpan dalam bilik dia juga. Maklum simpan lama-lama pun tidak elok.
Jadi saya keluarkan dahulu sapuan Lotus Biscoff, biskut Lotus Biscoff yang popular dan teh hitam Ceylon bersama bergamot jenama English Tea Shop. Haha nampaknya rezeki untuk perut saya. Saya perasan waktu kena kurung penuh ini stok makanan yang lama-lama akan cuba dihabiskan segera. Bagus juga sebab nanti boleh cari stok-stok baru.
Teruja juga hendak tahu rasa bergamot. Terus buat teh tapi kecewa sebab tidak dapat tangkap rasa bergamot itu.
Korang macam mana? Habiskan stok makanan lama ketika ini atau tidak habis?
P.S: Saya sudah habis baca buku Margaretta Gauthier.
Kat rumah k ret mmg slalu je makanan abs.. Hehe susah nk simpan stok 😂
ReplyDeleteBagusnya cepat habiskan stok.
DeleteAlhamdulilllah rezeki akak habiskan stok makanan adik hahaha.
ReplyDeleteKalau saya, saya habiskan jugak stok makanan sedia ada, barulah beli yang lain :D
Itulah akak punya memang akak akan cepat-cepat habiskan tapi adik punya sebab lambat lagi dia boleh balik sini baru makan dia punya. Hehe apapun kena minta kebenaran.
Deletetak pernag lagi rasa lotus biscoff tu
ReplyDeleteHarap dapat satu hari nanti. Insya Allah.
DeleteSedapnya sapuan lotus dan biskut lotus biscoff tu kak. Tak pernah rasa bergamot. Bagus juga belek belek stok habiskan apa yang ada, boleh makan sebelum expired. Saya tak ada stok makanan lama. yang baru beli je lah ada :)
ReplyDeleteEntah tidak rasa ada bergamot dalam teh ini. Mungkin rasanya tidak kuat.
DeleteRumah saya ni pun, beli makanan kadang-kadang letak dalam kabinet sampai lupa nak makan.
ReplyDeleteHaah sebab tersembunyi.
DeleteHabiskan stok makanan yang ada dulu.
ReplyDeleteTahniah sudah habis baca Margaretta Gauthier.
Hehe sebab susah keluar, barulah korek stok yang ada.
DeleteAlhamdulillah terima kasih.
Habaiskan sebelum tamat tempuh
ReplyDeleteAda juga terlebih tempoh ini. Hehe.
DeleteSaya pun lega harini cuaca panas, boleh keringkan baju. Dah beberapa hari mendung/hujan.
ReplyDeleteWah..Na dah habis baca Margaretta. Pantas!
Saya punya masih menunggu Q untuk dibaca…hehe
Hehe tidak banyak muka surat. Oh banyak buku Puan Ujie tunggu giliran untuk dibaca.
DeleteAda 2 botol lg sapuan biscoff ni kat rumah. Mungkin anak ai terlupa cek stok (stock take) sebelum beli.
ReplyDeleteSama juga abah beli lagi sos ikan.
DeleteManis tak lotus biscoff tu
ReplyDeleteManis juga. Makan sedikit-sedikit.
DeleteFist time jejak sini. Salam perkenalan! #Staysafe
ReplyDeleteSudah balas jejak. Terima kasih.
DeleteSAma dengan saya. seboleh-bolehnya saya akan habiskan stok2 makanan di rumah, baru puas hati nk renew stok baru. tak lah rasa membazir sgt selama ni tak terusik stok2 tu.
ReplyDeleteHehe tapi ini stok adik. Tolong habiskan.
DeleteSimpan lama-lama pun kadang bisa kadaluarsa dan tak bagus
ReplyDeleteBetul itu.
DeleteMemang kena habiskan stok makanan, sebab nanti expired pulak.
ReplyDeleteSapuan lotus biscoff? Wow... boleh buat minum petang, kan, dengan earl grey tea tu.
Haah ada terfikir buat Nur sarankan. Buat masa ini saya makan sapuan Lotus Biscoff masa sarapan. Minum teh petang.
DeleteBetul tu, mana yang lama kami cuba habiskan. Kalau tak nanti dah expired, sendiri yang rugi. Tapi lately ni, kami cuba beli bahan makanan yang boleh tahan lama. Yang mana tak tahan lama tu, kami masak dan froze kan. Nak makan nanti panaskan je macam Lasagna, buat 2-3 pan, potong kecik2 then bekukan, senang nanti nak makan hehe
ReplyDeleteSuka lasagna. Oh saya pernah masak kuah banyak-banyak sos bolognese. Hendak makan panas semula dan celur spaghetti.
Deleteatie tak sempat lagi nak baca buku Margaretta Gauthier.
ReplyDeleteAtie pun dapat buku Margaretta juga ya? Selamat membaca nanti.
DeleteNA, shida kan plg takut kalau beli brg pastu terperap last2 tarikh luput dah ^_^ nk beli kena berpada2..lepas ni hehee
ReplyDeleteSamalah beli takut terperap/lupa sampai luput.
DeleteSalam Aidil Adha, ampun dan maaf, jika ada silap dan salah NA, mesti sedap sapuan biscoff tu, tak pernah nampk pun. Betul tu kadang barang dibeli tak perasan tersimpn j. Bagus minat membaca.
ReplyDeleteItulah membazir kalau tidak guna.
DeleteSelamat Hari Raya Aidil Adha babypose.
Hehe lama tidak baca buku baru.
Sama la na.. kdg2 tu boleh plak terjumpa sampai yg dh expjred tau. Adehh
ReplyDeleteItulah banyak sangat stok.
Deletedulu rajin simpan stok. tp sy cuba ubah perangai tu. beli benda yg cpt abis. sy x kisah keluar byk kali utk beli belah janji x semak dgn stok mknn kt umah hehehe...
ReplyDeleteamboiii kemain gituuu ala2 omputeh NA ni hehehehe
Mama kalau nak habiskan senang aje.. bawak ke opis haha gerenti habis
ReplyDelete