Sunday, July 18, 2021

Menu Berbuka Hari Tarwiyah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Alhamdulillah selamat berbuka dengan nasi beriani Arab guna rempah Al-Hexa. 

Rempah Nasi Beriani Arab Al-Hexa


Digandingkan dengan kambing perap beserta kuah lada hitam. Sekarang ini semua mudah dan segera jadi tidak perlu beli rempah untuk perap daging dan tidak perlu beli lada hitam dan segala bahan untuk pencicah. Jenama Pak Mat Western dengan slogan 'Citarasa Hotel Harga Warung'. Berat 150 gram harga RM35. Murah tidak? Tidak pasti. Rasa sedap dan daging lembut. 

Kambing Perap Pak Mat Western Bersama Kuah Lada Hitam


Tidak sangka puasa hari ini tapi emak kata hari ini hari tarwiyah. Pertama kali dengar nama hari tersebut. Memandangkan rasa penat dan bosan hendak makan jadi eloklah puasa hari ini. Jadi alhamdulillah puasa dengan jayanya.

Esok puasa hari Arafah pula. Esok menu apa ya hendak makan? Haha kalau tidak berbuka sahajalah menu tadi tidak habis semua. Malas hendak makan Jumpa lagi.

27 comments:

  1. Selamat berbuka hari Tarwyah, dan selamat berpuasa hari Arafah.

    ReplyDelete
  2. Wah kalau bosan nak makan apa, akak puasa eh? Bagusnyaaaaa!
    Selamat berpuasa sunat arafah esok akak! :)

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalani ibadah puasa sunat

    ReplyDelete
  4. Sedap dagimg kambing Pak Man Western.. Anak buah saya ejennya..

    ReplyDelete
  5. Sedap tu..nasi beriani & kambing perap..selamat berpuasa sunat Arafah..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah.. Sama la igt nak puasa gak esok tp sbb br cucuk vaksin arini takut badan tak sihat plak esok..

    ReplyDelete
  7. menyelerakan sungguh la daging tu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..senang bila dah semua serba serbi ready to eat ready to use. Tak perasan pulak rempah al hexa tu kak. nanti nak cari lah. Jenama pak mat western saya tak pernah tahu kak, jadi tak tahu harga tu murah ke tak atau standard jualan. Selamat berpuasa sunat Arafah esok :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah diberi izinNya utk berpuasa..akak ni tak mampu,suami ja puasa esok..

    ReplyDelete
  10. Selamat berbuka ..dan slmat berpuasa hari Arafah..sedap baryani arab..sy pun suka brnd hexa ni

    ReplyDelete
  11. Murah RM35. Selamat berpuasa & Selamat hari raya

    ReplyDelete
  12. Janganlah malas nak makan kak.. Jaga kesihatan. Hehe. Harga tu ok lah, banyak bahan yang terlibat untuk jadikan rempah tu

    ReplyDelete
  13. Semalam saya tak sempat, baru hari ni boleh puasa. Memang standard harga kambing perap macam tu. Saya tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, alhamdulillah ada rezeki berpuasa. Sedap tu menu berbuka..

    ReplyDelete
  15. Salam Aidil Adha buat NA sekeluarga :)

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya Aidiladha buat NA sekeluarga :)

    ReplyDelete
  17. sedap tu menu nasi beriani arab...husband pn masak guna rempah al-hexa juga tp yg rempah ayam mandy

    ReplyDelete
  18. Kambing tu nampak menggodanya lahai

    ReplyDelete
  19. wahh tahniahnyer dpt duit raya rm50 tuuh.,. ;p

    ReplyDelete
  20. Menu camni senang..simple dan laju masaknya..hehe

    ReplyDelete
  21. wahhhh best tu berbuka nasi beriyani arab... tp utk sy mana? hehehe

    ReplyDelete
  22. Bumbu instan begini, benarlah useful sangat untuk orang2 yang tak bisa masak kayak saya :p. Lagi senang, tinggal mix bumbu dan nasi atau lauk, jadi juga kan nasi briyani enak ala resto ;)

    ReplyDelete
  23. Alahai tetiba nak makan Kambing perap la pulak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.