Thursday, September 2, 2021

Nasi Kukus Tonggek

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali dengar nama Nasi Kukus Tonggek. Nama yang sangat menangkap.

Kotak makanan dengan slogan yang boleh kita tersenyum. 'Make Nasi Kukus Tonggek Great Again.'

Kotak Pembungkusan Nasi Kukus Tonggek Versi Merdeka



Pertama kali  juga merasa Nasi Kukus Tonggek Pece Lele. Ia disertakan sambal (dalam kotak) dan kari kosong. Rasa bolehlah. Tiadalah sedap sangat sebab pernah makan lagi sedap. Sambal pun tidak pedas dan nasi kukus itu pun macam tiada beza makan nasi biasa.

Nasi Kukus+ Pece Lele+ Sambal (Terlindung Di Sebalik Pece Lele) Dan Timun

Bolehlah sesiapa hendak cuba. Rupanya popular dan banyak outlet Nasi Kukus Tonggek. Siapa pernah makan?

34 comments:

  1. Nasi Kukus ikan keli kan tu macam Wong Solo ek. Tonggek tu biasa untuk rojak tonggek walaupun belum pernah cuba rojak tonggek tapi betul la berdiri kat food truck tu, posisi seakan, kan hehe

    ReplyDelete
  2. Kat kl ada tp x pernah rasa lagi hehe.. Tonggek tu sempena apa la agaknya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tengok ikan keli itu tiada terangkat(tonggek) Mungkin untuk pemasaran sahaja, tarik perhatian sebab perkataan itu macam provokatif.

      Delete
  3. Oh! Memang tonggek ye... ingatkan salah eja tenggek.

    ReplyDelete
  4. macam-macam cara nak menjual produk ya. teringin jugak nak tau maksud 'tonggek' tu atau bak kata kak NA, sekadar nak menarik perhatian

    ReplyDelete
  5. Kat perlis ada juga nasi lemak tonggek ni . Dah cuba rasa memang sedap

    ReplyDelete
  6. Kalau kt utara ni popular dgn rojak tonggek..

    ReplyDelete
  7. lelenya dibungkus tepungkah kak...nampak menggugah selera untuk makan siang ^^

    ReplyDelete
  8. Huhuhu..sepatutnya bagi la nama yg sopan sikit...

    ReplyDelete
  9. Ini first time saya dengar pasal nasi ni. Nampak sedap lah pulak sebab saya dah sebulan tak makan nasi. hmm....

    ReplyDelete
  10. ada nampak outlet ni di foodcourt Sogo..

    tak pernah rasa lg..

    ReplyDelete
  11. tk pernh rasa sbb baca review pedas so sbb tk tahan pedas tkde la nk cuba

    ReplyDelete
  12. Dulu kt Sg Petani, ada rojak tonggek. Dapat nama tu sebab makan sambil menonggek, hehehe.

    ReplyDelete
  13. Pernah dengar nama nasi ayam tonggek dan rojak tonggek. Sekarang macam dah banyak nama makanan ada perkataan tonggek tu rupanya. Rojak tonggek tu saya pernah nampak orang share video kenapa nama dia tonggek. Sebab masa makan rojak di gerai tu mesti kena membongkok macam tu. Sebab tu namanya rojak tonggek. kalau nasi pun ada tonggek, tak tahulah sebabnya kenapa. Tapi nasi kukus memang sedap makan dengan lauk bergoreng dan sambal.

    ReplyDelete
  14. Macam-macam nama makannya.. Hehe

    ReplyDelete
  15. tak pernah makan. biasa tgk brand ni.

    ReplyDelete
  16. Macam pernah nampak nama makanan tonggek ni tapi tak pasti makanan apa. Kalau nasi kukus tonggek, tak pernah lagi makannn. Rasa lucu jap bila tengok nama nasi kukus tonggek ni hehehe.

    ReplyDelete
  17. saya pun baru pertama sekali dengar ..

    teringin juga nak cuba

    ReplyDelete
  18. Baru tahu ada nasi kukus tonggek. He he

    ReplyDelete
  19. selalu nmpk kat dlm JJ tp x penah try

    ReplyDelete
  20. Biasa dengar tapi belum pernah beli. Sama macam nasi kak wok dan seangkatannya - ada nasi, sambal, kuah kari, timun.

    ReplyDelete
  21. Tacodddd nama dia haha unik sangat. Tak pernah dengar ni pertama kali. Kalau di penang ada rojak tonggek

    ReplyDelete
  22. xpernah try lg nasi kukus tonggek..
    biasa mkn yg xtonggek aje.. haha

    ReplyDelete
  23. Macam-macam nama orang guna sebagai strategi pemasaran sekarang ni. Tetapi, produk pun mestilah hebat sama supaya orang terus hendak beli pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  24. Dah byk org jual kan..rasa pun berbeza-beza..ada sedap ada xsedap..normal lah..asal berbaloi kuantiti dgn harga :)

    ReplyDelete
  25. Penah beli dulu kat Aron. Sedap juga rasanya

    ReplyDelete
  26. pernah makan di KL..tapi nasi kukus tonggeknya lain..nasinya dibubuh dalam bekas silinder tinggi..nak makan kena tanggalkan silinder tu keluar, maka nampak lah nasinya seakan tertonggek atas pinggan tu hahahaha

    ReplyDelete
  27. Tak pernah makan lg nasi ni. Menarik nama menu ni. Hidangan pun simple

    ReplyDelete
  28. Penah beli kat aeon shah alam.. sedap gak

    ReplyDelete
  29. kalau pergi JJ kena pergi dgn perut kosong so bolehlah singgah kedai ni nanti hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.