Sunday, May 22, 2022

Makan-Makan Hujung Minggu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pejam celik sudah Ahad petang. Hujung minggu bermula semalam makan buffet tengahari di La Crista Hotel. Tidak ramai orang malah kami orang terawal masuk untuk makan. Malahan tempat dibuka lewat iaitu dalam 12:30 tengahari. Sambil tunggu di ruang tengah, ambil gambar hadapan.

Hadapan Cafe Stad#



Masuk sahaja tengok makanan yang ada. Ada yang sama tidak berubah seperti salad, kerabu, aiskrim, air panas dan sejuk, piza dan spagheti, daging panggang, pencuci mulut. Ada berbeza menu seperti nasi hujan panas dan lauk-pauk seperti ayam masak merah, dalca ,daging masak hitam dan lain-lain.  Daging masak hitam paling sedap bagi saya. 

Lauk Paling Sedap Bagi Saya

Ada makanan raya juga seperti ketupat, lemang dan rendang. Ada bertih jagung.Sesuatu yang baru. Makanan berkuah seperti laksa nyonya pun ada.

Biasalah ada makanan tepati selera ada tidak.

Dekorasi Raya Dengan Kain Bercorak Timbul



Hari ini pula ada jamuan raya taman perumahan  yang dibuat dibuat di padang, kawasan berbuka. Julung-julung kali dibuat untuk saling kenal-mengenali. Pakai sticker tulis nama lekat padabaju. Macam pakai 'name tag'. Cakap terus-terang saya tidak kenal semua. Hehe teruk kan? Tapi ada yang kenal saya tanya mengapa saya tidak jalan laju waktu petang lagi. Uiks dia kenal saya. Saya bagitahu cuaca panas sangat petang sebab kadang-kadang saya macam bingung lepas jalan laju. Segan hendak tanya balik dia duduk mana. Balik rumah tanya emak, doktor itu (yang tanya) duduk mana. Mak beritahu rumah yang mana. Patutlah tahu sebab saya selalu lalu tepi rumahnya. Sebenarnya saya suka rumahnya sebab laman tepi besar, ada pergola, pokok bunga dalam pasu tersusun dan bersih Selalu berangan hendak rumah seperti puan itu. Apapun gembira dia cam saya walaupun saya jalan laju pakai pelitup muka. Ada sebuah rumah saya suka juga rumah putih 2 tingkat moden guna papan temu kasih. Selalu saya terkesima perhati. Ini saya suka dapurnya terbuka ke luar. Macam rumah cara Barat, dapur terbuka ke kawasan luar. Kira boleh makan di luar. Buat hiburan tetamu datang dan ambil angin luar.
Ini tuan rumah tidak jumpa lagi. Harap dia cam saya. Boleh kenal-kenal nanti. 

Eh melalut ke cerita lain. Pasal makanan. Di sini dihidangkan nasi beriani, ayam masak merah dan acar. Lain-lain masing-masing bawa makanan dan minuman secara potluck. Emak bawa nasi impit. Banyak betul makanan sampai balik masing-masing tapau. Alhamdulillah rezeki.

Rekod masih tidak sentuh kopi lagi. Harap masih boleh bertahan. Esok kembali puasa. Tinggal 2 hari lagi.

Jumpa lagi.

20 comments:

  1. alhmadaulillah masih kesempetan untuk beraya lagi...itu mennang yang terbaik


    Selamt sambung semula berpuasa...in sha AAlah boleh berjaya tu

    ReplyDelete
  2. wah... lps raya ni mmg aktiviti mkn² je kan?

    ReplyDelete
  3. Bagus buat acara jamuan makan kawasan setempat..boleh kenal2..best kalau buat pot luck..

    ReplyDelete
  4. Kita rasa, menu di Lacrista ni, dari zaman nama Avillion Legacy sampai dah tukar nama, menu dan susun atur, tak pernah berubah, hihi.

    ReplyDelete
  5. SA banyak kali makan lauk daging masak hitam tapi x jumpa lagi yang betul2 kena dengan selera macam yang SA pernah makan dulu...

    ReplyDelete
  6. Seronok dapat beramah mesra dengan jiran2 bila ada acara makan2 gini. Masa ni lah nak kenal2.

    ReplyDelete
  7. Bagus ada jamuan makan di kawasan perumahan, boleh kenal jiran tetangga. Kawasan lama saya duduk ada, sekarang ni, nan ado. Hehe..
    Selamat berpuasa, NA.

    ReplyDelete
  8. asal hujung minggu ramai yg buat open house...meriah la sbb lama tk beraya kn..minggu ni pn makan2 juga kami nanti kt opis ada jamuan raya

    ReplyDelete
  9. tak kisah klo makan semua boleh hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah masih beraya. Kat sini dah abis.

    ReplyDelete
  11. Seronok beraya ke open house...sana sini meriah

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, rezeki Syawal.
    Menarik idea dapur di luar tu..
    Nanti dah berkenalan dgn owner-nya, boleh minta izin berkongsi gambar ye NA :)

    ReplyDelete
  13. Selamat melengkapkan ibadah puasa.

    ReplyDelete
  14. puasa saya tinggal 3 hari lagi. comelnya jamuan makan taman perumahan pakai 'nametag'. biasalah kalau jiran ramai tak mampu nak kenal semua

    ReplyDelete
  15. Dapat berkumpul sambil makan memang best.

    ReplyDelete
  16. Wahh lunch kat Hotel. Banyak pilihan boleh makan macam-macam. Bagus jugak idea tu. Boleh kenal kenal dengan nama sekali. Saya pun tak kenal jiran sangat melainkan kiri kanan je. heehe..teruk jugaklah saya kan. Jarang keluar rumah sebenarnya.

    ReplyDelete
  17. seronok sesekali joint aktiviti macam ni..boleh kenal-kenal dengan jiran tetangga..paling seronok makan..penuh perut dengan macam-macam jenis makanan..hehe...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.