بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Kegembiraan berpuasa ialah ketika berbuka.
Inilah makanan berbuka saya semalam. Nasi kerabu bukan biru. Pertama kali juga makan nasi kerabu bukan biru di gerai yang selalu pergi. Inipun menu baru gerai ini. Makin bertambah menu baru selain laksa, mi kari, laksa, soto, lontong, laksam dan nasi dagang. Di samping menu biasa jumpa iaitu nasi lemak, mi/minum goreng selain kuih-muih. Asal beroperasi di gerai kecil tapi banjir tahun lepas maka berpindah ke deretan kedai berhampiran pasar Durian Tunggal.
Kuantiti memang banyak. Diasingkan gulai, sambal budu, kerisik dan ulam. Manakala dalam kertas coklat berisi nasi bukan biru, keropok, ayam goreng dan telur masin. Sayang keropok tidak garing.
Harga RM6.50. Rasa memang sedap tapi sayang tiada lada solok. Makan 2 kali. Ketika berbuka dan sarapan.
Kenyang betul. Alhamdulillah.
feveret ni..kekdg mcm x best kalau nasi tak kaler biru...hehe..tapi rasa sama je..
ReplyDeletepernah ada kawan wat nasi kerabu color kuning..mcm makan pulut kuning pun ada . rasa samanya plus bahan2 semua...but feeling tu kureng.. solok lada is a must !
ReplyDeleteNak biru pun takpe asalkan sedap
ReplyDeleteMesti banyak sungguh sampai boleh buat makan dua kali nih.
ReplyDeleteDah biasa makan warna biru, mungkin saya susah sikit nak terima yang tak biru 😁
Keropok ikan wajib ada baru best.
ReplyDeletewarna memang kasi sedap mata memandang jer
ReplyDeleteNampak sedikit ganjil bila nasinya bukan berwarna biru :)
ReplyDeleteJika ada solok Lada, lagi ngam tu NA.
mari ganu makan nasi kerabu mhi
ReplyDeletemcm x best je sbb x biru.. hehehe
ReplyDeleteBesar portion tu boleh makan 2 kali
ReplyDeleteSampai makan 2 kali, mesti banyak portion-nya.
ReplyDeleteSolok lada, kena tambah lagi singgit. :)
Di Restoran Yati Ayam Percik, KB.. nasi kerabunya pun tak biru.
ReplyDeleteHai NA, moga sihat baik baik sahaja 🌹🌹
ReplyDeleteNasi kerabu ni saya suka makan dengan ayam percik, budu lebih hehe.
ReplyDeleteSedapkan makan nasi kerabu kalau ada solok lada.
ReplyDeletePernah makan kaler kuning.. sy ok je asalkan yang lain tu rasanya sedap.. solok lada kalau takda, biasanya tak beli ler... kena ada baru syok 🤗
ReplyDeletesekali sekali cari jga nasi kerabu tp ciknur tak suka ada budu he hee
ReplyDeleteMenarik juga nasinya macam nasi hujan panas. Bagus asingkan ulaman. Sayangnya tak ada solok lada pulak. Harga okaylah macam harga standard nasi kerabu.
ReplyDeletesedap2..my favourite tooo nasi kerabu ni..paling suka solok lada dia tu..baru umppph gitu bila makan nasi kerabu...
ReplyDelete