Sunday, October 30, 2022

Perancangan Tidak Menjadi, Hijau Pudina Lembut Dan Popia Thailand!

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca. Hujung minggu ini perancangan mengejut atau saat akhir semalam. Balik kampung selepas Zohor selepas adik-beradik emak beritahu mereka lepak di Desa Permai, rumah sementara Uwan apabila berkumpul beramai-ramai. Malamnya ada perbincangan tentang tema baju untuk majlis belah lelaki yang sebelum ini majlis nikah buat di Jeli. Mereka sepakat pilih warna hijau pudina. Saya sudah berkerut dahi sebab susah cari warna tersebut. Lagipun warna cerah ini cepat kotor. Aduh kena cari tudung sama juga. Jadi konon pelan dengan emak cari kain atau baju di Tampin sebelum pulang ke Melaka esoknya.

Hasrat mencari kain atau baju tidak kesampaian sebab abah telefon dia sudah sampai di stesen bas Melaka Sentral. Memang tidak bagitahu awal-awal dia sudah bertolak dari Thailand. Oh!Ya, lepas abah selamat pulang dari Madrid pada pagi, selepas Maghrib bertolak naik bas ke Kedah dan seterusnya masuk Thailand. Ada mesyuarat pasal telaga wakaf. 

Maka selepas solat Subuh kami terus cabut ke Melaka Sentral. 

Ambil abah dalam pukul 7 pagi lebih. Kemudian singgah sarapan pagi nasi lemak paru(tidak ingat ambil gambar) di Peringgit depan klinik kesihatan Peringgit. Ramai orang tapau. Kemudian ke Mydin MITC Ayer Keroh untuk beli barang. Tiada rancangan lagi cari kain/baju sebab awal pagi. Kedai belum buka.

Nampak sebelum itu abah ada bawa buah tangan. Salah satunya  nampak ada salad butterhead dalam bekas lutsinar. Abah kata dia dapat percuma. Alhamdulillah.

Apabila dibuka rupanya ada 6 keping popia seperti popia Vietnam. Bezanya persembahannya daun salad butter head terjulur keluar daripada popia selain cicahannya yang berwarna hijau pudina. Dalam popia selain salad, ada kepingan isi ketam dan hirisan halus lobak merah.

Rasa cicahannya seperti ada rasa mustard dan biji sawi dan masam yang menyegarkan. Saya makan sekeping. Lepas itu teringat hendak ambil gambar. 

Popia Thailand Dengan Cicahan



Sedap. Beri idea pada saya untuk cuba kalau rajin.

Oklah itu sahaja hendak cerita. Jumpa lagi.

P.S: Pernah pening cari tudung warna salmon. Juling mata sebab lama-lama tengok macam sama warna. Hehe tengok-tengok tidak berapa kena warnanya dengan baju kurung.Lantak di situ.

23 comments:

  1. Hijau pudina tu, orang sekarang panggil warna mint, kan. Senang jugak tu, baju ready made pun banyak jual warna mint, tapi banyaknya yang polos. Tapi, biasanya untuk majlis kahwin, memang sesuai warna polos, kan.

    ReplyDelete
  2. Saya pernah terbeli tudung warna salmon secara online. Entah ke mana pergi tudung tu sebab tak sepadan warna dengan baju-baju yang lain.

    ReplyDelete
  3. biasa mkn popia vietnam ye. yg ni popia thailand pula. mcm sdap sos cicah tu ^_^

    assalammualaikum. apa khbr? =)

    ReplyDelete
  4. Warna cerah tu la yg risau kalau terkena kotoran.. kan... Saya kalau pening, terus order Shopee je.. search pudina punya warna... hahaa.. kadang x sure warna sbnnrya warna cemana.. tudung Salmon.. sy adaa.. pakai ngn warna itamm

    ReplyDelete
  5. kalau ciknur bab tudung memang juling mataa he hee kaler susah nk pilih last2 kena yg sama bila dah beli emmm

    ReplyDelete
  6. yelah kak warna hijau pudina tu agak payah jumpa jugak.... paling lemah kalau nk cari baju yg sama color semua tu. Lainla kalau beli 1 kayu tu sama je semua senang cerita tinggal bayar je.

    nampak sedap vietnames roll tu kak, dana pernah makan orang jual kuahnya hijau camtu, sedap ada rasa ketumbar yg kuat masam manis masin

    ReplyDelete
  7. hujung tahun ni ramai duk mencari baju untuk macam2 event kan..koleksi baju kurung kerja saya paling banyak warna hijau pudina,saya memang peminat warna soft color sampai tak perasaan rupanya dah banyak koleksi warna mint..

    ReplyDelete
  8. makkk aiii mn nk cr tu hijau pudina... kn menapak byk kedai. cr online tkt x sama nnt

    ReplyDelete
  9. Warna hijau mint memang tak jadi kegemaran saya walaupun saya suka pada warna hijau. Sebab utama ianya cepat nampak kotor..

    Wahh, adakah ianya sama rasa dengan vietnam roll?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rasa cepat kotor. Kenalah jadi patung tidak tolong sangat buat kerja.
      Haah rasa sama cuma pencicah berbeza.

      Delete
  10. aihh jenuh tu nak cari hijau pudina..macam susah nak cari warna tu..kdg nak cari warna2 ni, sampai naik berpinar mata tengok..haha

    ReplyDelete
  11. Hebat abah akak, sampai dari Eropah terus ke Thailand pulak. Unik popia Thailand tu. Kalau popia vietnam pakai rice paper sahaja. Semoga dipermudahkan urusan cari baju

    ReplyDelete
  12. Alamak warna hijau pudina, warna baju yang cheq akan elak. Tapi kalau terpaksa pakai juga, cheq akan cari kat online di Shopee saja, mudah kerja 😅

    ReplyDelete
  13. Asalkan ada sikit sikit warna tu kira mengikut tema jugaklah kan. Warna susah nak cari juga tu. Menarik idea salad butterhead terkeluar macam tu. Kreatif juga.

    ReplyDelete
  14. color hijau pudina. moga dpt memenuhi tema nti hehe. wahhh popia thailand! belum pernah rasa hehe

    ReplyDelete
  15. Eh..sama warna tema reunion saya hujung Nov ni. Saya tengah pening cari baju la ni, cadangnya nak pakai blouse. Tudungnya kami padankan warna nude atau cream.

    Semoga kita sama2 cepat jumpa warna dicari 😄

    ReplyDelete
  16. baru saya nampak penulisan yang agak panjang hehehe

    ReplyDelete
  17. first time nampak makanan ni.. mcm manisan ke.. eh tak dpt bayang la rasa dia

    ReplyDelete
  18. Dapat warna yang lebih kurang pun, ok, NA.
    Uniknya popia Thailand tu.

    ReplyDelete
  19. Hijau pudina itu warna hijau yg seperti puding lumut kah kak? Sayapun suka bingung kalo disuruh pakai baju atau apapun dengan wrna tertentu. Kalo warnanya gampang dicari ga masalah. Terkadang mereka minta warna2 yg pelik lah 😅.bikin bingung cari di mana

    Nampak sedap popianya.. saya Snack popia macam tuh. Biasa sering beli di resto Vietnam . Yg ala Thailand nih blm coba lagi

    ReplyDelete
  20. cantik kaler hijau pudina, naik seri..
    first time tengok popia thai..

    ReplyDelete
  21. hijau pudina tak pernah tahu warna apa.. rasanya hijau terang. hehe
    memang susah nk cari warna tu. alhamdulillah rezeki dpt cuba popia thai

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.