Friday, November 18, 2022

Review: McD Spicy McCrispy Chicken Burger

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Isnin lepas adik perempuan bertanya saya hendak apa dari McD. Saya kata burger yang pedas. Adik saya tunjuk beberapa jenis burger dan kombo. Saya pilih burger selapis Spicy McCrispy Chicken Burger dengan kombo sundae coklat. Sundae ini anak buah sebat makan.

Apabila terima bungkusan, tertera nama dan saiznya sedikit panjang.

McDonald's Spicy McCrispy Chicken Burger



Apabila buka rupa paras seperti GCB kerana ada kobis. Berbeza sedikit sos mayonis berwarna oren yang banyak. Mula-mula ingat hendak letak sos cili tapi fikir baik rasa asalnya bagaimana.

Pandangan Tepi McDonald's Spicy McCrispy Chicken Burger



Rasanya pedas sedikit. Tiadalah sampai memerlukan air. Juga tidak perlukan sos cilipun. Seperti namanya, kepingan ayamnya memang rangup walaupun dilapisi mayonis. 

Rasanya memang sedap. Tiada rasa untuk ubah apa-apa. Saya selalu kalau rasa ada kurang, saya akan ubah ikut tunas rasa saya. Boleh ulang makanan ini. Untuk saya beli: TIDAK? Hehe sebab ada burger lain yang lagi sedap.

Jadi penilaian saya.

RASA: 4/5
HARGA: 3/5
KEBERBALOIAN: 3/5

Harga kombo dengan sundae coklat ialah RM9.99. Terima kasih adik perempuan saya kerana belanja.

P.S: Blog walking blog perlahan seperti siput. Perlahan tapi sampai insya Allah.

18 comments:

  1. saya pun dah rasa macam dah tak berbaloi beli McD sbb dah jumpa yang lagi sedap kan

    ReplyDelete
  2. Cuba NA bagi review burger yg paling sedap NA pernah makan :)

    ReplyDelete
  3. tetiba teringin nak mkn big mac...

    ReplyDelete
  4. tk try lg yg ni...biasa kalo ke mc d order big mac or mc chicken...chocolate sundae pn fav...murah juga la ada set combo tu

    ReplyDelete
  5. Owh.. okay eh rasa dia.. Nak beli juga hari tu tapi risau tak best.. hehehe

    ReplyDelete
  6. okey boleh try nnt. tp lps dapat gaji laa heheh

    ReplyDelete
  7. Baru ni Dania belanja GCB..sedap gak..amik yang x spicy tu...yang ni beli untuk Uwan dia...Uwan makan suku je...hehehehe

    ReplyDelete
  8. Yang ni belum rasa lagi. Tak kisah pedas ke tidak saya tetap letak sos cili. hehe...

    ReplyDelete
  9. sedap juga yg ini kalau letak banyak sayur

    ReplyDelete
  10. boleh la layan sekali sekala burger ini...selalu sangat tidak bagus juga unyuk kesihatan

    ReplyDelete
  11. Ada gak makan kadang kadang... Ikut mood..hehee

    ReplyDelete
  12. Jujurnya saya tak berapa suka burger McD nih. Dimakan sekali saja udahlah cukup. Betul kak, ada banyak burger yg jauh lebih enak dari burger mcd. Di Indonesia yg paling laku dari mcd tuh sundae ice cream nya, lainnya biasa aja. Fried chicken nya pun kalah dari KFC . Itu kalo yg di sini Yaa. Ntahlah kalo Malaysia. Saat saya masih sekolah di Penang, sering jugak beli mcd dengan teman2. Dan rasanya beda dengan mcd indonesia. Lebih sedap Malaysia punya 😄.

    ReplyDelete
  13. Sesekali saya layan juga burger McD, tapi di LD tak ada McD. Kalau ke KK atau Tawau memang tak lepas peluanglah.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah rezeki. samalah Yaya pun kalau nak beli sdri mmg tidakla haha. kalau org nak belanja InsyaAllah la makan hehe
    sebab lama da xmkn burger MCD ni.biasa makan yg tepi jalan tu . itupun layan benjo jee..lain memang xmkn.. ^,^

    ReplyDelete
  15. sekali-sekala ada jg beli burge Mekdi..yg ni x pernah rasa..GCB pedas betul sbb sos lada hitam..

    ReplyDelete
  16. okey boleh masuk dlm list terbaru untuk cuba..akak selalu amik spicy chicken mcdeluxe...

    ReplyDelete
  17. Burger apa yang lebih sedap dari McD ye? Hehe.. Saya lebih suka Burger King. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.