Monday, November 14, 2022

Menjadi Sibuk

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Setelah lebih 2 tahun, adik perempuan nombor 2 pulang awal hampir ke Subuh dengan 6 orang anak yang masih kecil. 12 tahun dan ke bawah. Dicampur adik lelaki yang bongsu yang bawa anak-anaknya untuk bertemu mereka.

Sebahagian Budak-Budak Ribena. Lincah Dan 'Pengemas' Rumah



Back adik nombor 2 kata rumah sudah seperti nurseri.

Kecoh dan riuh. Rumahpun sudah huru-hara bersepah. Saya sudah merasakan kepenatan dan membayangkan lagi penat dan pening apabila adik nombor 2 tinggal lama di rumah ini.

Saya kena sabar banyak-banyak dan biarkan sahaja ada sepah. Tidak dapat kemas 100%. Nampaknya masa 'me time' saya sudah berakhir.


26 comments:

  1. NA kena me time di cafe sambil hirup kopi la gayanya rumah dah penuh dengan kanak-kanak ribena tu hihi

    ReplyDelete
  2. heheheh sabar kak, gitulah bila ada ramai anak kecil di rumah. Nanti mereka dah balik semula ke rumah mereka dapatla akak me time semula

    ReplyDelete
  3. Tergelak pun ada, kesian pun ada, baca entri NA ni. Meriah, meriah. :D

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum cik na

    hehe sabar je la cik na ui...kemas je la yang mana boleh. sama mcm kat rumah kiter ni.xdan nak kemas selalu sepah balik, maless nak kemas dah..haahha bg kat kakak kemas lebih =p

    ReplyDelete
  5. Meriah apabila ada ramai anak-anak kecil di rumah. Memang rasa rimas, tapi setelah mereka tiada, rasa sunyi dan sepi pula.

    ReplyDelete
  6. Mesti bebudak tu happy dpt berkumpul dgn sepupu2. Dah mcm family day.

    ReplyDelete
  7. Bertabahlah :D
    Insha Allah banyak memori indah akan tercipta nanti.

    ReplyDelete
  8. Lebih 6 orang kanak-kanak, memang sangat meriah. Dan memang tak perlu kemas beria, nanti stres tengok bersepah semula.

    ReplyDelete
  9. Mak oi mmg dh mcm nurseri.. mmg x payahlah kemas.. biar diorg sendiri kemaskn lps bermain.. pasni byk la gambar aktiviti kanak2 ribena ni kt sini

    ReplyDelete
  10. Tukang nyepah bertambah ramai
    Penatlah tukang ngemas

    ReplyDelete
  11. jom NA kite mengopi sesama dpt kan blk me time tu😀

    ReplyDelete
  12. hihihi meriah dan ramai tapi asyik ya kak na...sehat selalu berkumpul dengan anak anaknya adik kak na ^^

    ReplyDelete
  13. Sesekali meriah rumah akak bila ramai balik berkumpul. Kemeriahan nanti yang akan dirindui bila mereka dah balik rumah masing masing. Selamat melayan anak anak buah akak :)

    ReplyDelete
  14. Hahaha ini seperti rumah mama, kalo semua anak2 nya pulang bawa semua cucu 🤣🤣. Untungnya mama sabar. Dan kebanyakan cucunya pun dah besar, jadi ga terlalu bikin rumah besepah 😄.

    ReplyDelete
  15. Bertahanlah sementara ramai kanak-kanak ni. Saya selalu rasa begitu bila anak-anak buah balik

    ReplyDelete
  16. huhu faham sgt perasaan tu, kemas2 sekejap je bersepah balik. kena me time di luar rumah la nampaknya.

    ReplyDelete
  17. rmi la ank2 buah kt umh tu..bab bersepah kena bertabah ngan ank2 kecil

    ReplyDelete
  18. Semoga bertabah ye.. Bila ramai kanak-kanak, memang tak adalah istilah kemas tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  19. Meriah ramai ramai...jom la ajak SA keluar lepak2 me time..kupi kupi ke...SA sudi aje...

    ReplyDelete
  20. sekali-sekala berkumpul ramai sekali, meriah...

    ReplyDelete
  21. wah dpt bayangkan betapa meriahnya budak2 ni seronoknya

    ReplyDelete
  22. haha..sabar yea..nak me time kopi2 kat luar...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.