بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Syukur kepada Allah diberi nafas dan peluang menulis lagi. Alhamdulillah juga saya terima hadiah sebagai tukang komen utama bulan Oktober semalam. Cepat juga terima nombor rekod parcel J&T pada hari Khamis daripada Puan Fieza Sani (www.fiezasani.xyz). Mungkin sebab bukan PKP lagi.
Alhamdulillah terima hadiah telekung berbunga tanah putih tapi kain dan hujung telekung warna gandaria. Bertambah koleksi dan insya Allah akan digunakan dengan sebaik-baiknya.
Terima kasih Puan Fieza Sani. Asal-asal saya singgah sekali-sekala ke blognya untuk cari maklumat. Mula-mula baca, tinggalkan komen sekali-sekala. Cuma bulan lepas rajin komen. Banyak maklumat tentang kecantikan, tempat makan, tempat dilawati dan kisah-kisah seharian yang dilalui. Seronok baca. Semoga ukhuwah di dalam dunia siber berterusan.
P.S: Untuk makluman warna gandaria ialah warna ungu muda. Terima kasih pada pos tulisan Azhafizah (https://www.azhafizah.com/2022/11/nama-nama-warna-dalam-bahasa-melayu.html) yang kenalkan nama-nama warna dalam Bahasa Melayu klasik. Saya rujuk pada posnya untuk sebutan/tulisan setiap warna.
Alhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki untuk NA.
Alhamdulillah..tahniah kak. Cantik telekungnya berbunga dengan warna gandaria. Best pulak baca nama warna ni kan :)
ReplyDeleteooh, kat jakarta ni ada satu mall nama dia Gandaria City Mall., hehehe
ReplyDeleteTahniah. Rezeki NA
ReplyDeleteCantik telekung yang diberi. Semoga pemberi dan penerima keduanya dimurahkan rezeki
ReplyDeletetahniah NA👍 mmg cantik warnanya boleh guna utk tarawih thn dpn😀
ReplyDeletealhamdulillah... rezeki NA selalu komen dpt hadiah pulak
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah sampai hadiah...
ReplyDeleteAlhamdulillah…tahniah NA.
ReplyDeleteSedap nama warna gandaria.
Tahniah kak
ReplyDeletewah rezeki tak disangka-sangka ni
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah NA...first time dgr warna gandaria..
ReplyDeleteCantik, telekung. Tahniah, NA! :)
ReplyDeletesemoga berkah
ReplyDeleteitulah nama unik rupanya warna ungu lembut atau inggerisnya lilac
ReplyDeleteAna pun suka baca terutama berkenaan sejarah & jenis nama klasik mcm Gandaria hehehe
ReplyDeletecantik la warna Gandaria...lembut jer
ReplyDeletewah sweet aje warna gandaria ni.. tahniah NA
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki
ReplyDeletecantik
ReplyDeleteCantiiik warnanya.. saya pun fav sangat warna ungu kak. Ungu dan merah 😄. Rasa makin confident kalo pakai 2 warna nih
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Cantik warnanya..
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah...
ReplyDelete