Monday, November 7, 2022

Kenduri Kahwin Masakan Negeri Sembilan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam (Ahad, 6 November) kami menghadiri majlis resepsi sebelah lelaki kenalan abah dan emak ketika ke Maghribi/Sepanyol baru-baru ini. Nama bangunannya memang unik iaitu d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Tempatnya besar dan eksklusif. Banyak bahagian boleh buat acara khas dan terdapat fasiliti seperti kolam renang dan padang golf, spa, tempat makan. Maaf gambar tempat tiada sebab terus masuk dewan Halia dan Serai.

Salam tuan rumah terus diberi cenderahati. Terus ke tempat buffet tengok ada 2 jenis nasi. Nasi putih dan nasi minyak dengan lauk. Saya ternampak lauk masak lemak terus ambil nasi putih sahaja. Ada masak lemak ayam, masak lemak cendawan telinga kerana, masak lemak tempoyak lauk kayu dan petai, dendeng daging, ulam timun, sambal belacan dan sambal belacan. Ini yang saya ambil. Lain seperti ayam masak merah dan paceri (kalau tidak silap sebab tidak belek-belek) saya tidak ambil.

Pinggan Saya



Semua sedap, berasa tapi tidaklah pedas sangat lauknya. Dendeng daging itu ada bahagian liat. Biasalah. Apapun persekitaran makan memang selera. Dalam ini air sejuk sahaja (sirap ais dan air sejuk) dan air biasa. Saya cuma minum air biasa.

Kemudian keluar ke tempat pencuci mulut. Sini saya makan cendol songkok tinggi, apam balik nipis dari Paroi. Ada kuih-muih seperti kaswi, tapai, cucur badak. Air panas pula kopi o dan teh tarik<--- Ini semua saya tidak makan dan minum.

Balik buka beg kertas cenderahati ada 2 kotak. Kek coklat dan kuih bakar. Pertama kali dapat kuih bakar. 

Kuih Bakar



Bertolak keluar dari tempat ini tepat-tepat pukul 1 tengahari.

P.S: Seronok makan makanan kenduri.

29 comments:

  1. saya paling suka lauk kenduri taktau la kenapa rasa sedapnya hahaha
    cendol songkok tinggi tu famous kan..

    ReplyDelete
  2. kalau dana pun akan tuju yang masakan kampung kak, sedapnya menu dia tu.... siap ada cendawan telinga kera lagi...

    ReplyDelete
  3. Mmg seronok mkn lauk kenduri especially kalau lama dah x kenduri

    ReplyDelete
  4. d'tempat country club memang macam-macam ada NA.
    Kalau Mrs. A pergi wedding lebih suka pilih nasi minyak hehehee...

    ReplyDelete
  5. Oh, datang2 terus dapat cenderahati ya. Sy suka dapat makanan macam ni, balik boelh sambung ngeteh, haha.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya masakan kampung, jarang jumpa lauk kenduri mcm ni..

    ReplyDelete
  7. Memang best makan kenduri kawin ni.
    Sikitnya NA makan. :)

    ReplyDelete
  8. Bagusnya ada dua pilihan nasi. Yang tak makan nasi beraroma, bolehlah pilih nasi putih. Lauknya pun sedapp-sedap pula tu.

    ReplyDelete
  9. makanan lokal memang dari dulu hingga sekarang tetap lebih nikmat dan lezat daripada makanan luar

    ReplyDelete
  10. Kalau di JDT ni, kenduri kendara dah buat hari sabtu sebab hari ahad hari bekerja

    ReplyDelete
  11. BAGUS gift kuih bakar, dpt mkn. KALAU majlis kawen ni bg ciknur elok dan suka gift berupa mknan , blk rumah blh mkn he hew

    ReplyDelete
  12. makan kenduri di negeri lain2 ni mmg jumpa kelainan dr segi masakan dan gift kenduri.

    ReplyDelete
  13. Kalau ada lauk kenduri kadang tak tahu nak pilih nasi putih atau nasi minyak. Nasi putih memang sesuai dengan lauk pauk kampung. Sedap tu ada masakan lemak dan sambal daun kayu. Mesti cepat habis tu. Pemanis mulut cendol songkok tinggi memang terkenal di Negeri Sembilan terutamanya Serembanlah.

    ReplyDelete
  14. Kalau sy pun pilih menu lauk-pauk ala kampung tu... Suka masak lemak semua tu...

    ReplyDelete
  15. orang kenduri memmng bab makan best..

    lebih-lebih kagi tuan punya rumah orang berada

    ReplyDelete
  16. Sedap menunya. Paling saya suka - tempoyak daun kayu dan dendeng.
    Cenderahati yang menarik dan pasti habis di makan. Bijak tuan majlis.

    ReplyDelete
  17. sy pula kalau pergi kenduri, akan rasa serba sikit hehehe

    ReplyDelete
  18. Saya pun lagi suka lauk kampung berbanding nasi minyak. Tapi tulah tak tahan pedas masakan N9

    ReplyDelete
  19. akak pun kalau ada lauk masak lemak, confirm ambil yg ni je..tambah ada ulam + sambal belacan..tak pandang lauk lain..hehe...

    ReplyDelete
  20. best nya lauk pauk mcm ni... mmg berselera dibuatnya

    ReplyDelete
  21. sudah trend skrg buat kenduri di hotel atau dewan restoran. cuma kat tempat sy di Kelate ni masih byk buat di rumah lagi.

    ReplyDelete
  22. penah pergi dulu kenduri kat nogori 9, first time try rendang pucuk paku sedap oo

    ReplyDelete
  23. lama dah zaty tak pergi kenduri. tak ada sesiapa nak jemput ke huhuhuuu XD

    ReplyDelete
  24. sedap makan ...Alhamdulillah..
    hehe

    ReplyDelete
  25. kalau setiap kenduri mcm ni perghhh nikmattt

    ReplyDelete
  26. Sebelum pandemi saya sering dapat undangan menghadiri wedding teman. Tapi skr nih dah jarang, Krn kebanyakan teman dah menikah. Yg belum nikah, rasanya dah memutuskan tak menikah 😅. Rindu juga hadir di wedding event begini, bisa mencicipi menu2 buffetnya..

    ReplyDelete
  27. Meria menu makanannya.. Pencuci mulutnya pun menarik semuanya..

    ReplyDelete
  28. Lama plak x pi kenduri kawen...eh xde yang nak kawen ke bulan 12 ni erk..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.