Thursday, March 23, 2023

Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selesai 1 Ramadan. Bagaimana ibadah puasa kalian hari ini? 

Ini saya hendak kongsi mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa melibatkan ubat. Terima kasih kepada adik bongsu yang kongsi.

Ubat Yang Membatalkan Puasa

  • Ubat Kunyah/Telan
  • Ubat Minum
  • Pesari
  • Supositori/ Enema

Ubat Yang Membatalkan Puasa


Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa

  • Ubat Suntikan
  • Ubat Sapu
  • Ubat Kumur
  • Ubat Titis (Tidak Sampai Gegendang Telinga)
  • Ubat Sembur Hidung
Sebelum ini saya ingat tidak boleh guna ubat sembur hidung.

Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa



Bagaimana Pula Dengan Penggunaan Inhaler? Terdapat 2 Pendapat:

BATAL

  • Dianggap Membatalkan Kerana Bahan Inhaler Sampai Ke Perut.
  • Teknik Penggunaan Inhaler Yang Salah Menyebabkan Ubat Masuk Ke Perut

TIDAK BATAL
  • Dianggap Tidak Batal Sebagai Qiyas Hukum Berkumur, Mencuci Rongga Hidung Dan Gosok Gigi
  • Guna Teknik Betul, Ubat Sampai Ke Paru-Paru.

2 Pendapat Penggunaan Inhaler



Jadi berhati-hati lebih-lebih lagi ubat telinga dengan inhaler. Saya tidak tahu cara guna inhaler dengan betul tapi harap mereka yang bergantung dengan inhaler guna cara yang betul. Saya baru tahu ada cara rupanya. Selamat beramal

Wednesday, March 22, 2023

Menjelang Ramadhan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasa makin malas untuk kemaskini blog pada bulan Mac. Cuaca semakin panas membahang, angin sejuk makin kurang. Kelmarin (Isnin) rumah disambar petir. Innalillahiwainnailahirajiun. Kena lewat petang pukul 5 petang. Orang datang baiki lepas Maghrib. Sempat bergelap di tingkat bawah dan tiada elektrik 100%. Tingkat 2 dan 3 ada sebahagian. Lepas semak panel dalam rumah, kena tukar panel depan rumah. Dia datang esok pagi
 Itupun ada tidak dapat baiki. Memang tingkat bawah ada lampu, pintu pagar automatik, loceng rumah yang tidak berfungsi. Memang nampak banyak petir dan kuat betul bunyinya. Ada sekali macam petir itu macam kena bilik saya. Alhamdulillah kali ini tiada. Dahulu kena waktu raya PKP. Haha tiada lampu bilik. Harap lampu tidur sahaja. 2 tahun lepas (2021) pula biawak kena renjatan elektrik masuk panel elektrik luar. Lagi teruk berapi lampu. Saya tengok macam ada kebakaran. Fobia. Itu lagi teruk satu rumah tiada elektrik dan panel luar memang kena tukar dan buat baru. Masa itu hampir bulan puasa. Kasihan orang yang buat elektrik buat kerja luar kena korek tanah untuk ganti wayar-wayar baru. 2-3 hari juga untuk tukar wayar. Lepas itu baiki soket dan lampu yang terbakar. Rasa seminggu masa itu. Allah, moga kami diampunkan dosa atas ujian ini.

Hari ini sarapan luar istimewa di Klebang iaitu di Warung Hajah Robiah. Saya pernah cerita makan di sini. Sayang banyak gerai tutup jadi mood makan tidak seronok sebab makanan dihajati tiada. Saya makan kacang pool.

Harap Ramadhan baik-baik dan saya dapat beribadah dengan sempurna. Amin. Betul-betul jaga diri supaya tidak sakit. Insya Allah. Apapun Allah tentukan segalanya. Maaf atas salah silap saya jika ada komen saya kurang menyenangkan.

Jumpa lagi. Insya Allah.

Friday, March 17, 2023

Harap Dapat Sampel Daripada Sproutme: Mi Sedaap Goreng Ayam Bakar Limau

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pagi-pagi Subuh dapat emel daripada Sproutme pasal sampel Mi Sedaap Goreng Ayam Bakar Limau. Pergilah masuk laman untuk daftar. Tengok- tengok tiada. Ingat sudah habis sampel jadi pasrah. Tengok iklan dalam suratkhabar ada sudah masuk pasaran jadi baru tadi pergi Mydin beli barang. Cari juga tiada. Malah yang saya suka Mi Sedaap  Goreng Korea Pedas pun tiada jadi belilah sos pedas Korea jenama Adabi buat makan. Haha terfikir waktu puasa makan bertambah gastrik perut. Saya tidak hadapi gastrik sebab puasa tapi gastrik makan benda pedas dan masam.

Mi Sedap Goreng Ayam Bakar Limau


Balik rumah buka balik emel, klik pada laman Sproutme. Eh! Ada pula sampel diingini. Daftar. Harap dapat masa puasa. Haha apalah makan mi segera untuk makan tengah malam buta. Selalu sahur minum air putih sahaja. Tahu puasa ini saya jadi kelawar tidur lewat. Eloklah qiamulail malam. Tahun ini rasa malas terawih di masjid. Kita tengok keadaan ya.

Tidak sabar cuba sampel ini.

P.S: Ada yang berminat untuk dapat sampel seperti saya? Tinggalkan komen.
Sebelum ini saya ada dapat sampel lain seperti dalam pos ini.

Wednesday, March 15, 2023

Tiba-Tiba Sudah Sampai - Moga Dirahmati Dan Disayangi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Berjumpa kembali setelah seminggu pos terakhir. Biasalah ada turun naik dalam menulis. Kadang-kadang rajin, kadang-kadang kurang rajin.

Tiba-tiba selamat tiba hadiah yang dikatakan status 'Pending' dalam sistem. Buat lawak ke apa ingat belum proses lagi. Alhamdulillah dapat kotak hitam yang tertulis di atasnya 'Moga Dirahmati Dan Disayangi'.

Kotak Hitam Dengan Tulisan ' Moga Dirahmati Dan Disayangi'


Buka sahaja ada penanda kalendar 2023 dan ucapan. Dalam kotak terdapat tasbih 100 biji warna-warna lembut tapi warna utama biru muda dan merah jambu. Hadiah untuk pengomen utama bulan Januari dan Februari 2023. Maka 5 kali berturut-turut. 

Tasbih 100 Biji Dengan Nama Sendiri☺



Terima kasih kepada pemilik blog fiezasani.xyz (unik hujung domain xyz ini, tertanya-tanya juga dalam hati mengapa pilih xyz) atas hadiah tasbih siap ada nama lagi . Ini suruh saya rajin zikir selalu. Hehe. Insya Allah doakan saya rajin siang malam baca zikir.

Jumpa lagi.

Tuesday, March 7, 2023

You Make My Day. Thank You Adda

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Terasa bahagia tiba-tiba dapat Whatsapps daripada Adda tunjuk bungkusan Ninjavan pada Jumaat lepas. Ingatkan Adda masih bercuti lagi. Senyap sunyi blognya. 

Alhamdulillah barang sampai Sabtu tengahari ketika menonton #Qurantime 2.0. Hati terus berbunga terima dan rasa berat bungkusannya. Tidak segera buka kerana masih menonton tv dan buka hari ini. Haha sanggup buka lewat sebab hendak pandang bugkusan dahulu. Isi sudah boleh diagak.

Luar Bungkusan Hitam Daripada Ninjavan. Bungkusan Berbunga Dalamnya Ada Perlindungan Gelembung



Melebihi jangkaan saya terima lebih apa saya minta. Kalau ingat saya berjaya tangkap nombor di blog www.mamapipie.com. Jadi saya menang RM35. Saya dapat idea untuk minta Adda belikan coklat Whittaker's Almonds Gold, Cadbury Fruit & Nut dan Kinder Bueno. Masukkan bayaran pos dan upah Adda. Itupun saya tanya Adda dahulu kalau sudi tolong belikan. Alhamdulillah tiada masalah dan Addapun tidak minta upah beli. 

Inilah barang-barang saya dapat selain coklat, saya dapat magnet peti sejuk Langkawi, tasbih digital dan sejadah mini. Ini memang tidak sangka. Alhamdulillah barang selamat dan coklat tidak cair.

Bawah Sekali: Sejadah Mini
Dari Kiri Atas: Tasbih Digital, Magnet Peti Sejuk, Whittaker's Almond Gold, Cadbury Dairy Mulk Fruit & Nut Dan Kinder Bueno



Terima kasih Adda kerana tolong beli. Moga Allah mudahkan urusan Adda dan murah rezeki. Pray day and night for you! You make my day.

Macam mana saya tahu dia pergi Langkawi? Daripada bloglah. Terliur masa dua cerita beli coklat murah di Pulau Pangkor dan kata akan beli lagi di Langkawi.

Hari ini malam Nisfu Syaaban.


Wednesday, March 1, 2023

Permulaan Mac

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

1 Mac disambut dengan hujan dari petang semalam sampai sekarang. Hujan pula tidak tunjuk akan reda atau berkurangan.

Malam dan awwal pagi rasa sakit kepala sebab angin. Adakah kerana makan pil kesihatan waktu petang ketika perut kosong? Mungkin patut makan sekali sahaja pilih tersebut selepas makan. Alhamdulillah rasa ok sedikit selepas sarapan oat.
Oh!Ya, bulan Februari bulan saya ambil pilih untuk kesihatan untuk kawal kolesterol, tekanan darah dan gula.

Jumpa lagi. Ini luahan sahaja.