Thursday, March 23, 2023

Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selesai 1 Ramadan. Bagaimana ibadah puasa kalian hari ini? 

Ini saya hendak kongsi mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa melibatkan ubat. Terima kasih kepada adik bongsu yang kongsi.

Ubat Yang Membatalkan Puasa

  • Ubat Kunyah/Telan
  • Ubat Minum
  • Pesari
  • Supositori/ Enema

Ubat Yang Membatalkan Puasa


Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa

  • Ubat Suntikan
  • Ubat Sapu
  • Ubat Kumur
  • Ubat Titis (Tidak Sampai Gegendang Telinga)
  • Ubat Sembur Hidung
Sebelum ini saya ingat tidak boleh guna ubat sembur hidung.

Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa



Bagaimana Pula Dengan Penggunaan Inhaler? Terdapat 2 Pendapat:

BATAL

  • Dianggap Membatalkan Kerana Bahan Inhaler Sampai Ke Perut.
  • Teknik Penggunaan Inhaler Yang Salah Menyebabkan Ubat Masuk Ke Perut

TIDAK BATAL
  • Dianggap Tidak Batal Sebagai Qiyas Hukum Berkumur, Mencuci Rongga Hidung Dan Gosok Gigi
  • Guna Teknik Betul, Ubat Sampai Ke Paru-Paru.

2 Pendapat Penggunaan Inhaler



Jadi berhati-hati lebih-lebih lagi ubat telinga dengan inhaler. Saya tidak tahu cara guna inhaler dengan betul tapi harap mereka yang bergantung dengan inhaler guna cara yang betul. Saya baru tahu ada cara rupanya. Selamat beramal

22 comments:

  1. inhaler tu dana pun dah lama tak guna tak ingat sangat dah... tapi memang kalau betul kita rasa lega tu sampai ke dada kita

    ReplyDelete
  2. aha tu la baru nak tanya macam mana dengan inhaler tadi..

    ReplyDelete
  3. semoga NA sihat2 saja n dpt meneruskan ibadah puasa tanpa halangan...

    ReplyDelete
  4. ... bahan inhaler smpi ke perut... maknanya sm laa kan mcm menelan sesuatu..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang baik 👍🏽

    1 Ramadan saya sibuk ke sana sini, Alhamdulillah dapat dilalui dengan baik.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah hari ni dah puasa yang ketiga.
    Selamat berpuasa NA. Moga Allah permudahkan segala ibadah.

    ReplyDelete
  7. Saya baru tau ttg inhaler ini kak. Selama ini taunya boleh dipakai. Ternyata kalo dipakai dengan teknik yg salah, juga bisa membatalkan Yaa 🫢

    ReplyDelete
  8. ssemoga informasi ini bermanfaat kepada mereka yang memmerlukan

    ReplyDelete
  9. this is so beneficial! zaty baru tahu yang ubat sembur hidung tak batalkan puasa pun. thank u! <3

    ReplyDelete
  10. ingatkan semua ubat boleh membatalkan puasa.. terima kasih kongsi NA

    ReplyDelete
  11. Terima kasih, share tentang benda ni. Anak saya ada guna nasal spray.
    Dulu, saya ingat, inhaler batalkan puasa. Tapi 4-5 tahun lepas, ada ustaz cakap boleh, baru saya guna. Tu pun bukan selalu di bulan puasa. Contoh macam aritu ujan lewat petang, sejuk, baru guna. Yang biasa guna, tak ada masalah, sekali je pam, dah rasa lega, tanda ubat masuk ke paru-paru.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian baik, alhamdulillah sampai skrg belum ambik apa2 ubat lagi cara tetap..🥰 moga berterusan mcm ni....

    ReplyDelete
  13. terima kasih kak sudah disarikan jadi mbul tahu mana yang tak boleh, dan yang tak bikin batal termasuk gosok gigi...^^

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas perkongsian. selalu juga tengok kawan-kawan yang menggunakan inhaler berpuasa sahaja macam biasa. mungkin ada mufti pernah keluarkan fatwa. kita kot terlepas pandang

    ReplyDelete
  15. Tq for sharing NA.
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  16. ooo good sharing..baru tahu terutama ubat yang tidak membatalkan puasa...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.