بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Lama menghilang. Hehe sibuk benda lain jadi blog sendiri terabai. Ada juga jalan-jalan di blog tapi kurang sedikit.
Alhamdulillah sudah Ramadan ke-10. Saya seorang di rumah! Akhirnya dapat buat apa-apa disukai. Sebelum ini rumah ini banyak dikuasai anak-anak buah. Penat dengan mereka juga. Kecoh dan bising budak-budak tidak puasa dan yang baru belajar puasa dan yang sudah biasa berpuasa. 6 orang anak buah daripada umur 12 hingga 2 tahun. Apapun seronok juga ajar banyak buah yang baru berpuasa untuk niat setiap malam. Baca doa buka dan makan bersama-sama. Buat masa ini saya belum buka di masjid hanya mak dan abah buka di sana. Lagipun entah tahun ini saya seronok buka di rumah sebab boleh tentukan bila saya solat Maghrib. Kadang-kadang makan sedikit dahulu baru solat Maghrib dan kadang-kadang habiskan makanan baru solat Maghrib. Kebanyakan buka dengan nasi sebab seorang anak buah yang istimewa (baru belajar puasa) minta nasi lepas itu mesti kena ada sambal atau masak asam atau kuah tomyam. Layankan sahaja kehendak dia. Semalam kain sedikit iaitu soto nasi. Saya ok sahaja. Dah tua makan nasi waktu buka tidak macam ketika budak-budak minta makanan yang bukan nasi.
Sahur saya cuma air putih atau kadang-kadang minum air Quaker Oat Blueberryv 3 dalam 1 campur serbuk koko. Itu sahaja. Semalam timbang berat badan adik saya gelak berat saya 47.05 kg. Memang saya ambil berat pasal berat badan. Rasa oklah ini. Waktu di universiti berat 39 kg sahaja lagi teruk.
Apapun seronok baca korang punya menu berbuka dan sahur. Alhamdulillah atas nikmatnya. Jumpa lagi. Insya Allah.
P.S: Pada perkara lain, alhamdulillah sudah setahun berlalu. Harap tiada lagi gangguan mesej.
Rindu berat badan mcm NA tu :D Apa yang berlaku setahun lepas?
ReplyDeleteTiada lagi apa?
ReplyDeleteAduhhh.. ringannya berat kamu.
Tiada lagi gangguan. Tergantung pula. Nanti saya edit.
DeleteMoga dipermudahkan urusan ibadat puasa sepanjang Ramadan ini.
ReplyDeleteLayan karenah budak² seronok, tapi kena banyak sabar haha ...
ReplyDelete47kilo tu kira ramping la kann., hehe
ReplyDeletesalam ramadhan
W'salam NA..
ReplyDeleteBaca tajuk teringat 30 Mac 2023 genap 3 tahun berlalu arwah abah LZ kembali ke rahmatullah tapi masih terasa baru semalam ..
Dah setahun ya mereka stay bersama NA? Lama jugak tu.
ReplyDelete47 kg? Pergh…kurus! Itu berat saya sebelum umur 30-an.
Oh! Bukan mereka tapi gangguan emel dan mesej daripada orang luar.
Deletedah tinggal seorang ni jgn cuba2 bukak periuk ya😂 #gurau
ReplyDeletemeh laa amik lemak2 sy ni. kasi tambah sikit berat bdn tu genapkan 50kg🤭🤭
quaker seperti itu saya belom pernah coba
ReplyDeleteRingannya NA, 47 kg sahaja. Itu berat saya, masa masih bujang. Hehe.
ReplyDeleteTak pernah pula saya jumpa quaker oat blueberry.
sekali-sekala nak juga bersendiri kan. semoga 'gangguan' itu tak muncul-muncul lagi ye. kurus juga kak NA. tak apalah, asalkan sihat
ReplyDeleteberbuka di rumah mmg best, boleh ikut pace kita..tak terkejar-kejar..mesti NA ni kecik orangnya, berat less than 50kg..
ReplyDeleteAlhamdulillah, tiada gangguan lg...
Teringinlah badan saya nak balik ke 47 kayak kak Na 😄😄. Tapi yang penting sehat ya kak.
ReplyDeleteSaya pun selama ramadhan ini tak sholat di mesjid. Prefer di rumah dulu. Jadi biasanya hanya suami yg sholat di mesjid.
Selamat berpuasa NA. Semoga sihat selalu ye. Ibu pun skrg update blog kejap tenggelam timbul. Hihihihi!
ReplyDeleteslim tu..lama tk timbang berat ...bila buka puasa kt umh, lebih selesa kan..tkde la terkejar2 masa sgt nk solat
ReplyDeletebiasa time sahur tak berapa nak selera sangat..minum quaker oat pun okey juga...simple...
ReplyDeletemasa di Uni berat NA 39kg saja? fuhhhhhh ringan betol tu hehe
ReplyDeletesemoga ramadhan tahun ni yang baik baik aje :)
ReplyDeletewishing you a blessing Ramadhan. <3
ReplyDeleteseru and challenging ya akak na bisa mengajarkan para anak anak dari berbagai umur untuk berlatih puasa ^^
ReplyDeletesy pun makin slim slps 16 hari berpuasa.. x mkn mana sbb x selera n x sihat skrg.
ReplyDeleteSaya pula kalau bersaur nak makan nasi tapi berbuka cukup kuih dan air.. Oat blueberry tu sedap..
ReplyDeleteseronoknya melayan kerenah bebudak kan. 47.05 kg?? awat ringan nau ni meh kite derma sket lelemak 4-5 kilo
ReplyDeletewaduhh sernoknya berat 47.05 kg!
ReplyDeleteehemm~ apa berlaku setahun lepas? hehe =P