بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Orang lain sudah lama pergi. Saya baru hari ini tergerak masuk. Asalnya ke kawasan Mydin MITC untuk ke Medifeet beli kasut sama macam saya pakai. Sayang masih tidak sampai stok kasut yang saya hendak warna hitam. Merah adalah tapi saya tidak mahu.
Kemudian tidak tahu hendak pergi ke mana. Masuk pasaraya Mydin rasa malas sebab tiada benda hendak beli. Mula-mula jengah Marrybrown baru buka depan Mydin MITC. Tengok senarai menu. Ada fish and chips. Teringat ada baca blog ada menu fish and chips di Richiamo. Pergi ke sana. Tidak jadi pesan di Marrybrown sebab ramai tengah buat pesanan (waktu makan tengahari).
Richiamo tidak jauh sangat daripada Marrybrown. Orangpun tidak ramai beratur. Masuk tengok menu di papan tapi tidak jumpa menu berat. Minta buku menu. Kecewa tiada. Jadi pesan pai cendawan ayam sahaja. Menu lain menu Melayu macam rasa baik makan kedai biasa. Lasagnapun tiada. Spageti bolognese ada tapi macam ala semalam ada menu ini di rumah. Haha.
Harga memang standard kafe. Beli keselesaan dan nyaman. Memang lepak lama di sini sebab panas dan haus. Airpun pesan air mangga smoothie. Lama sedut air sebab kasi air tidak sejuk sangat. Lagipun takut minum air sejuk waktu badan panas nanti demam.
Oklah servis laju. Saya suka sebab buat pesanan di kaunter. Apabila pesanan dah bayar, diberi resit dan alat getaran. Tidak lama tunggu.
Mushroom Chicken Pie= RM7.90 Pesanan siap.
Pai macam kurang memuaskan. Tahap macam beli di bakeri. Inti kering dan kurang. Air bolehlah, guna kordial mangga. Ingat guna buah betul. Air tidak habis bawa balik.
Ulang lagi? Tidak. Asal sudah cuba. Leoas ini kita cuba Kafe Chamek depan Richiamo Coffee MITC pula. Ada tipikal rasa lebih kurang. Jadi kita kurangkan pengharapan.
saya pun tk pernah masuk Richiamo Cafe..2-3x dah jumpa cafe ni, maybe boleh try lepas ni ..
ReplyDeletePernah nampak Richiamo Cafe, terima kasih atas reviewnya.
ReplyDeleteKat sini, langsung takde Richiamo Coffee.
ReplyDeleteTak pernah lagi cuba Richiamo Cafe ni sebab di area saya ni takde cawangan. Tengok gambar air tak macam smoothie pun.
ReplyDeleteSy pula suka Richiamo...tekak lain² hehe...
ReplyDeleteSaya belum pernah masuk sini.
ReplyDeleteBiarlah org lain cerita ttg Richiamo, saya nak komen pasal kasut Medifeet tu plak. Sedap kan kasut tu, nak try beli juga lah one day. I love red.
ReplyDeleteharga juga berpatutan dan ini bagus keselesaan poket hehehe
ReplyDeleteAir mango yg manis tuhh.. huhu
ReplyDeletejadi pingin..namun apa daya letaknya sangat jauh dari sini..
ReplyDeletebyk jugak branch richiamo ni yer.. MA pun pernah try sekali dulu.
ReplyDeleteSha pernah beli sekali je, itupun kopi..
ReplyDeletehmmm sedap kalau membayangkan spageti bologness hangat kak...terlebih ditutup juice mango
ReplyDeleteakak, dana lagi la tak pernah masuk...biasa lalu je hehehhe
ReplyDeletesemalam masa singgah membeli keperluan si bujang asrama di Mr. DIY kat area Mydin tu pun ammi perasan Chamek Kafe & Richiamo ni. tp sebab anak-anak tekak nak makan sushi makanya taklah menyinggah.
ReplyDeleteTak pernah masuk jugak
ReplyDeletepenah try bli sekali je. sedap jg laa machiato dia... tp x leh selalu😂
ReplyDeleteSekali sekala nak merasa tu ok jugak kan ..
ReplyDeletepenah beli kat petronas kuala kangsar dulu mcm ok..
ReplyDeleteokey la sesekali mencuba..dah cuba baru kita tahu. tak cuba tak tahu, yea tak..hehe...
ReplyDeleteBelum pernah lagi masuk Richiamo. Teringin juga nak cuba dan kupi kupi. Richiamo ni macam cafe lepak lepak santai okay sangat sebab nampak selesa kan. Air kalau guna kordial macam tak best. Lebih baik guna buah sebenar, baru berbaloi sedap dan kena dengan harga cafe. Kann...
ReplyDelete