بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Rasa ralat dan kecewa masalah data mobil tidak keluar. Inilah buat serik untuk beli data Hotlink Maxis. Konon masa raya, ramai guna internet. Sebelum ini saya pakai internet adik saya pasang letak dalam modem sejak 2020.
Beli sebab hendak elak kongsi. Ingat bertambah baik internet Hotlink. Mentang-mentang pra-bayar. Bersangka baik. Haha Allah uji adakah saya boleh bersabar. Aduh, rasa gerak hatipun tumpul. Kalau gerak hati tajam mesti rasa tidak seronok langgan. Sebulan langgan.
Kita tengok sampai bila akan ok. Akan coretkan di blog tapi pos kebelakang. Tidak kisah orang baca tapi ini untuk ingatan pada saya. Kali terakhir langgan tidak silap 2019.
P.S:Sebelum ini isi (topup) hidupkan talian sahaja, tiada langgan data internet. Harapkan wi-fi. Ia saya banyak guna di rumah bukan di luar.
Nota tambahan: Masalah selesai apabila pergi ke Pusat Maxis pada 29 Mei (Isnin). Rupanya talian kena aktif juga. Maka aktifkan setahun sampai 28 Mei 2024. Lepas ini boleh fokus beli data internet. Terima kasih kepada Fiza juga sebenarnya. Cuma tidak tahu buat. Tulis sekadar ingatan. Taip *100#. Kemudian pilih My Account, lepas itu Validity. Kena RM33 untuk setahun. Tambah RM20 sebab dalam akaun dah ada RM17.88
Semoga semakin ok la, bagi NA, dipermudahkan segalanya.
ReplyDeleteSaya dulu guna Hotlink juga, prepaid. Tapi sudah tukar ke Digi, masih prepaid. Nombor kekal nombor sama.
Kalau rajin NA call la centre. Tapi itulah, nanti panjang cerita dia mintak kita try itu ini.
ReplyDeleteAtau terus je buat aduan di MCMC. Kita dah bayar, rugi pulak tak boleh guna.
Moga Allah permudahkan urusan NA ya.
Setakat ni guna Celcom puas hati. Tapi tengok tempat jugak kot.
ReplyDeletecall center je NA. kalu x diorg tak tahu or at least diorg boleh bantu apa2 yg kita x mampu nak selesaikan sendiri
ReplyDeleteRugi pulak bila bayar tapi tak boleh guna .. Kalau sehari dua boleh diterima .. Kalau banyak hari tu kita sebagai pengguna pun naik marah .
ReplyDeleteMungkin coverage maxis x brp OK disana.. semoga dipermudahkan urusan NA..
ReplyDeletesaya juga pengguna Maxis dan selalu langgan data..
ReplyDeleteyang pasti data sangat cepat habis dan ini menyebabkan rasa tidak puas hati memanjang
udah try call call centre tak na
ReplyDeleteAduh.. Geram juga bila dah beli tapi x ada coverage..
ReplyDeleteGeram bila jadi macam ni,kan..dah beli tapi tak boleh nak guna sbb line tak cun..
ReplyDeleteInternet kalau ramai guna memang slow kaedahnya. Lagi lagi time raya kan. Saya pun banyak guna wifi kat rumah je. Lepas ni kalau nak subscribe data kena pastikan line aktif juga.
ReplyDeleteSama-sama kak. Maaf tak membantu sangat pun. Saya share apa yang tahu je :)