بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sabtu kelmarin sebelum pergi rumah terbuka Uncle Mamat di Kuala Selangor, jiran hujung rumah minta abah daun pisang. Tanpa teragak abah beri. Balik sampai pukul 9 malam lebih. Teruk kesesakan jalan raya di sana.
Esoknya atau semalam, awal pagi jiran beri satu bekas jernih bulat yang ada 6 bungkus nasi lemak daun pisang.
Wah rajin betul jiran ini buat sarapan bungkus nasi lemak dalam daun pisang. Kalau kami hanya masak nasi lemak tanpa bungkus dengan daun pisang.
Nasi lemak lengkap dengan sekeping ayam goreng tepung, separuh telur separuh masak, ikan bilis dan kacang yang rangup dan sambal yang sedikit manis tapi boleh ditelan. Tidak pedas.
Isi Separuh Masuk Pinggan. Cara Saya Makan Separuh Takut Tidak Habis. Ini Nasi Lemak Memang Sedap Maka Habiskan Semua |
Menjadi rebutan anak-anak buah. Maka tengaharinya mak saya buat nasi lemak dengan ayam goreng tepung, sambal pedas dan telur goreng. Hehe lebihan sambal jiran beri ada lagi. Nasib baik diasingkan letak dalam bekas lain.
Alhamdulillah terima kasih jiran hujung rumah. Rajin buat bungkus dengan daun pisang. Kami yang banyak daun pisang tidak pula guna.
P.S: Bengang tidak boleh layari internet dengan data Hotlink. Seminggu berlalu. Masih terpaksa guna adik bongsu punya.
Alhamdulillah rezeki wangi nasi lemak dibungkus daun pisang, sedap juga letak ayam goreng tepung, telur separuh masak. Moga silaturahim dengan jiran berpanjangan.
ReplyDeleteada orang memang rajin bertingkek-tingkek... tp kalau ammi yg bertingkek2 tu cuma lemak dan kemalasan aje.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteOrang memberi kita merasa
Sedap aroma nasi lemak berbungkus daun pisang. Memang lebih berselera.
ReplyDeleteBiasanya gitulah kan, kalau benda ada banyak di rumah kita, tak rasa nak guna selalu 😁
Memang geram bab internet ni. Kita dah bayar, tapi tak dapat servis sepatutnya.
Jadi satu kerja nak call buat aduan.
Nasi lemak bungkus dengan daun pisang bila makan feeling dia tu lain hehehee...
ReplyDeleteRumah jika ada pokok pisang mmg best. Selain dpt berbakti utk org atau pun mcm2 menu favourite kita boleh buat nanti.
ReplyDeletewaduhh xleh harap hotlink ni, kesian kt awak ye., kene cepat2 tukar simcard lain nih., skrg zaman internet mana boleh asek problem je kann., huhu
ReplyDeleteHa ah, yek. Rajin buat nasi lemak bungkus daun pisang. Tapi harum dan sedap bila makan. :)
ReplyDeleteKalau tidak cun...gunalah U-mobile.
ReplyDeleteharga Rahmah dan laju juga untuk aktiviti online
rajin betul jiran NA membungkus nasi lemak... ke... dia ada bisnes nasi lemak?
ReplyDeleteNasi lemak yang super mantap
ReplyDeletekalau di kampung saya namanya nasi kucing
Sedap aroma nasi lemak bila dibungkus dgn daun pisang . Wangi
ReplyDeleteSedapnya nasi lemak daun pisang.. mungkin jiran tu buat utk bagi pd jiran tetangga..
ReplyDeletearoma daun pisang tu yg lg ummppp bila mkn nasi lemak..
ReplyDeleteRezeki Allah!
ReplyDeletealhamdulillah rezeki.. sedap nasi lemak daun pisang ada arma yg x sama kalau makan kat pinggan
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki.. wangi nasi bila dibungkus dalam daun pisang..
ReplyDeleteKak Na ini bikin saya tak sabar ke Malaysia akhir bulan nih 😄😄. Paliiiing suka liat nasi lemak kalo dibungkus daun macam tuh, wangiii aromanya 😍😍. Di KL dan Melaka nanti, saya dah sengaja pesan hotel tak dengan breakfast Krn nak hunting sarapan nasi lemak di luar 😄
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki..Rajin betul jiran siap bungkus pakai daun pisang...Kalau akak pun tak rajin..hehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah..Rezeki. Orang memberi kita merasa. Kira sistem barter ni lah. Sedap nasi lemak bungkus daun pisang. Untung juga jiran bagi sambal lebih. Tinggal masak nasi je.
ReplyDelete