بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sejak akhir-akhir ini selalu kena perut pedih atau gastrik. Sakit itu mengganggu perasaan juga. Jadi apa kata buat sendiri air madu dan serbuk kulit kayu manis suam. Syukurlah ada madu tualang yang abah beli dan adik ada beli madu asli organik. Serbuk kayu kulit manispun ada dalam simpanan sebab dahulu rajin buat pai epal. Daripada terbiar serbuk kayu manis itu, kita masuk sekali.
Anggaran 1/8 cawan sukatan dengan sama anggaran serbuk kulit kayu manis untuk satu termos kecil (guna termos Puan Fieza Sani beri). Kalau kuat sangat rasa kayu manis, kurangkan. Macam kali pertama buat ikut sama sukatan madu dan kulit kayu manis itu rasa berserbuk sangat.
Simpan dalam termos boleh minum bila-bila. Tidak teguk habis sekali minum. Minum sedikit-sedikit. Jangan lupa baca surah al-Fatihah. Insya Allah tidak sakit.
Alhamdulillah ok sudah perut. Kena rajin buat sahaja.
banyak khasiat lain juga kan NA air ni..boleh buat awet muda juga ni..jaga makan ye Na
ReplyDeleteAlhamdulillah, mujarab..
ReplyDeleteDah 2 hari ni saya rasa pedih perut bila lapar. Kalau setakat lapar, itu biasa. Tapi bila pedih perut ni, mengganggu jugaklah kan sebab sakit. Mungkin saya patut cuba buat minuman madu+serbuk kulit kayu manis jugak. Dua2 bahan tu ada di rumah.
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi. Moga NA sembuh sepenuhnya.
Terima kasih kongsi petua untuk pedih perut dan gastrik ni. Nampak senang untuk dicuba.
ReplyDeletePetua yang bagus. Terima kasih, share, NA. Alhamdulillah, perut sudah ok, ye.
ReplyDeletetq NA boleh kak ana try nanti, kak ana ni gastrik memang teruk kalau kena attack adoiyai..
ReplyDeletemadu + kulit kayu manis, sedap tu... dan berkhasiat
ReplyDeleteThanks for sharing. Kita ubatan sakit2 biasa secara alami. Kalau boleh x nak makan ubat hospital.
ReplyDeletetq na atas petua.. jaga makan jgn biar perut kosong
ReplyDeletelepas minum ni kerap g toilet tak? (membuang)
ReplyDeleteSaya tak ada gangguan gastric sebenernya. Tapi resep Kaka brguna nih, semisal ada teman atau keluarga saya yang mengalami, bisa saya bagitahu resep ini 👍.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih berkongsi disini..
ReplyDeleteSedap minum air suam-suam ni. Bagus juga buat air dalam thermos boleh minum air suam suam tanpa perlu habiskan sekaligus.
ReplyDeleteoo ni petua utk perut pedih/gastrik ke?baru tau..good sharing NA...betul NA, kadang bahan dh ada kat rumah, dari terbuang je baik lah kita guna...tak membazir..
ReplyDelete