Saturday, June 17, 2023

Rasa Bahagia

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hehe tajuk tidak menahan. Gembira hari ini seorang di rumah. Kuasai rumah, masak apa yang teringin. Akhirnya setelah minggu lepas tidak dapat. Sebenarnya dari semalam lepas solat Jumaat budak-budak, adik dan emak abah ke Cyberjaya. Buat parti harijadi Aafiya di pusat permainan di sana. Saya macam biasalah kena jaga rumah. Lagipun tidak muat kereta dengan orang dan barang.

10 Pagi - 3 Petang

Tema Hello Kitty



Hehe dapatlah tengok tv dengan aman. Kalau tidak itu adalah yang gaduh, minta itu, suruh ambil makanan. Huru-hara sedikit rumah. Alhamdulillah dapat tengok keputusan pemenang Majlis Tilawah Dan Hafazan Peringkat Kebangsaan.

Korang buat apa hari ini?

P.S: Makin kuat sikap introvert saya.

20 comments:

  1. bestnya, dapat me time puas2.. tau2 dah petang kan

    ReplyDelete
  2. Orang introvert memang begini. Paling bahagia bila dapat ruang untuk diri-sendiri je tanpa gangguan. Tapi kalau family travel lama2 mesti rindu kan? hehe.

    ReplyDelete
  3. Sy waktu anak³ ke sekolah dapatlah conquer TV hehe...

    ReplyDelete
  4. Dok rumah sorang-sorang memang best. Sama kita, introvert. :)

    ReplyDelete
  5. hari ni hari jln2 tambah lemak😁

    ReplyDelete
  6. best juga layan diri seorang diri....memang bahagia jika kena pada masanya

    ReplyDelete
  7. hari ini mbul ngaso di rumah kak na...kemaren 2 hari berturut turut baru aktivitas jalan ke luar...jadi mau recharge energi biar always 'on' hihi...

    mbul juga introvert ^^

    ReplyDelete
  8. saya pun perasan, makin lama makin terserlah sikap intovert.
    Saya lebih suka suasana sunyi. Agaknya sebab berpuluh tahun hidup cuma berdua di rumah dan tak keluar kerja.
    Tapi saya rasa happy dan banyak mulut juga bila sesekali berkumpul dengan keluarga dan kawan.

    ReplyDelete
  9. Jarang dapat keseorangan la ni. Kadang tu sengaja tidur lewat sebab nak termenung sorang². Sorang² ni syok, dapat recharge.

    ReplyDelete
  10. gunakan masa berseorangan itu dengan sebaik mungkin...pasti akan rasa puas hati...

    ReplyDelete
  11. Saya kerja seperti biasa..Me time biasa bila dah balik kerja..Hoho..

    ReplyDelete
  12. Hari ini saya keluar sekejap dgn umi ayah

    ReplyDelete
  13. ooo NA bermaharajalela sekejap ya kat rumah😁

    ReplyDelete
  14. Sayapun kalo sedang tak traveling, lebih suka Di rumah kak 😄. Lebih spesifik, di kamar 🤣. Hidupkan Aircon, pasang Netflix 😂. Dah nyaman sangat, drpd pergi2 kluar 😅

    ReplyDelete
  15. Seronok bila dapat 'me time' memang rasa terbahagia

    ReplyDelete
  16. Bukan senang nak dapat masa berseorangan macam ini..

    ReplyDelete
  17. Dapat juga ber'me time' seketika. Sesekali merasa sunyi.

    ReplyDelete
  18. Kadang2 dapat Me Time kat rumah mcm ni pun best..paling syok boleh layan TV, tgk citer apa yang kita nak..Kalau ada orang lain, berebut..haha..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.