Friday, September 15, 2023

9 September: Youtube Dr. Jeffrey Lang Menginsafkan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasa kecamuk dan mimpi buat saya sedih. Maka mencarilah ceramah agama untuk hilangkan rasa serabut. Mula-mula terpacul untuk tengok Ustaz Dato' Badlishah. Kebetulan hangat pilihanraya, maka topiknya berkaitan itu dan ada juga ceramah lain. Ustaz Dato' Badlishah kata dengar semua penceramah. Maka baiklah saya cari penceramah lain dalam Dr. Maza. Cerita pasal agama Islam. Pendengar ada yang bukan Islam. Dakwahlah ini. Tengok pada komen ada yang komen yang pandai berdebat dan bersyarah ada seorang mualaf Cina (maaf lupa nama), Dr. Zakir Naik dan Ahmad Deedat.

Mula-mula cari ceramah mualaf. Menarik. Kemudian Dr. Zakir Naik. Bolehlah tapi slang itu mengganggu. Ok tengok gurunya, Ahmad Deedat. Memang menarik. Debat dengan orang Kristian. Tapi tidak seronoknya dalam komen, Islam kena kutuk. Rasa tidak seronok juga.

Lepas itu cari video lain. Ada ditulis yang debat dengan Ahmad Deedat seorang profesor Matematik (tidak silqp, seorang ateis) masuk Islam. Masuklah video klip itu tapi bukan tengok perdebatan itu tapi orang cerita pasal profesor itu.

Dalam komen ada orang tanya jika ada yang macam profesor itu. Cadangan salah seorang tukang komen suruh tengok Dr. Jeffrey Lang, profesor Matematik Universiti Kansas. Memeluk Islam pada tahun 1982. Video klip yang dicadangkan ' The Purpose Of Life'. Masa itu ada nampak cadangan Youtube tapi masa itu musykil ini ceramah tentang agama Islam ke? Sebab ada campur video klip yang masuk Kristian sebab apalah. 

Apapun pilih tengok video klip Jeffrey Lang yang pendek dahulu sebab takut tidak faham atau bosan. Memeranjatkan menarik. Hehe. Terus cari video klip 'The Purpose Of Life' berdurasi lebih sejam setengah. Menariklah. Bahasa Inggerisnya mudah difahami. Kalau yang baru masuk Islam atau yang belumpun boleh faham. Ada tengok dia bersyarah pada yang ateis, altruistic, Kristian. Tenang sahaja jawab soalan. Kalau saya gelabah soalan-soalan aras tinggi. Sebenarnya saya tahu jawapan tapikan sebab sudah lama dan persoalan itu bukan soalan-soalan orang yang sudah lama bergelar Muslim.

Oklah sebab dia (Dr. Jeffrey Lang) dibesarkan dalam keluarga Kristian. Sekolah lagi di sekolah Kristian. Tapi masalahnya soalan-soalan yang ditanya pada clergy tidak dapat dijawab baik. Lepas itu jadi ateis (tidak percaya tuhan) masa umur 16/17 tahun. Ya, dia ada kelukaan. Jadi child abuse. Minta pada Tuhan supaya bapa dia mati tapi bapa dia tidak mati.

Huh panjang cerita tapi ceritanya meruntun jiwa. Kalau sesiapa berminat boleh cari youtube Dr.Jeffrey Lang. Video klip yang ada itu lama masa saya tingkatan 3 tahun 1994. 12 tahun setelah memeluk Islam. Ada juga dia cakap terfikir hendak tinggalkan Islam (dalam video klip lain. Saya simpulkan kebanyakan video klip saya tengok). Selepas dia masuk Islam, dia hadapi cabaran mencabar daripada komuniti Islam. Pada pendapat saya masa itu tiada yang membimbing mualaf dengan betul. Ada dia cakap awal ketika Islam dia jadi ekstrem. Nasib baik dia sedar awal. Masa itu dia rasa solatnya kosong, kurang rasa seronok. Tidak seperti mula-mula dia Muslim. Jadi dia buat pencarian jiwa. Hijrah ke tempat lain untuk kebaikan. Jadi alhamdulillah dia bertahan tapi kawan-kawan Amerika yang dia cerita Grant dengan Matthew kecundang. Mereka tinggalkan Islam. Masa saya dengar itu, saya berhenti sekejap dan menangis. Boleh bayang lagi sedih Dr. Jeffrey hadapi secara depan. Dia ini nasib baik sebab masuk Islam dengan sebab yang kuat. Dia cakap dia tidak sanggup tinggalkan Allah. Kalau dia tinggalkan Allah, dia tiada apa-apa.

Oklah itu hendak ulas. Simpan dalam blog. Mana tahu saya ditanya soalan mencabar tentang Islam oleh bukan Muslim boleh rujuk balik.

P.S: Insaf dan rasa bertuah dilahirkan Muslim tanpa hadapi masalah jadi minoriti. 

27 comments:

  1. pasti banyak sekali ilmu dan nilai nilai baik yang didapat setelah melihat youtubenya ya kak

    ReplyDelete
  2. Interesting! Nanti sy cuba dengar juga 👍

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, hidayah Allah dipegang kuat oleh Dr Jeffrey...sepatutnya komuniti Islam memberi sokongan kpd mualaf..

    ReplyDelete
  4. Banyak kena belajar tentang Islam... takut bila non muslim bertanya, kita tersilap jawab ke apa kn...

    ReplyDelete
  5. Video beginilah bagus untuk mengubat hati yang lara dan duka

    ReplyDelete
  6. betul tu bila tengok video perkongsian yg mcmm tu, rasa sedih bila golongan minoriti terpaksa berdepan cabaran.. syukur juga lahir sbg Islam di bumi yg bkn minoriti.

    ReplyDelete
  7. ada kelapangan nanti sy nak tengok jugalah. menarik kalau perkongsian ni dibuat oleh seorang mualaf. barulah kita tahu cabaran dan ujian yg mereka hadapi utk bertahan dengan iman dan tauhid

    ReplyDelete
  8. Apabila kita menghayati kisah insan hebat begini, kita jadi malu dan mula sedar diri di mana tahap keimanan kita terhadap Allah. Bagus kan bila tonton video begini, sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  9. Saya tak boleh tengok video Dr. Zakir Naik, kalau takde subtitles, tak paham, slang dia. Nanti boleh cari, video Dr. Jeffrey pula. Thanks for sharing, NA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tidak faham sangat slang Dr. Zakir Naik jadi kurang pemahaman.
      Nanti kalau sudah tengok Dr. Jeffrey jangan lupa bagi pandangan. Mana tahu pendapat tidak sama. Dia ada lawak-lawak sinis sedikit. Mungkin ada orang tidak berapa suka.

      Delete
  10. Sebelum ni sis pun ada tengok YT Dr. Zakir Naik dan tuan guru beliau, Ahmad Deedat tapi sekadar ilmu, perdebatan tentang fahaman so penghayatan agak kurang.. Selain tu sis suka tengok dari penceramah tempatan.

    Next boleh cari Dr. Jeffrey Lang seperti yang NA cerita di sini.. So terima kasih atas perkongsian ini, kalau tak memang tak tahu nama Dr JL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa bagi pandangan kalau sudah tengok Dr. JL

      Delete
  11. Video yutub memang byk sekali yg memberikan ilmu-ilmu bermanfaat, tergantung kita yang memilihnya

    ReplyDelete
  12. Menarik.. nanti SHa nak cari juga untuk dnegar.. tq share..

    ReplyDelete
  13. Teman saya ada beberapa yg mualaf. Saudara bahkan ada beberapa, karena dalam keluarga saya memang ada yg Nasrani, tak semuanya muslim. Sebagian ada yang masuk Islam ketika menikah, tapi banyak juga yg tetap bertahan dalam kepercayaannya.

    Naah mereka yg mualaf ini, juga pernah komen ke saya, kalo mereka bersyukur jadi mualaf di Indonesia, yg mana mayoritas memang Islam. Krn pasti lebih susah saat mualaf di negara yg bukan muslim majority.

    Apalagi sepupu saya ini menikah dengan wanita Amerika, dan istrinya juga bilang, lebih mudah buat dia mempelajari Islam di Indonesia.

    Tapi sedihnya ada teman yang masuk Islam karena menikah, tapi suaminya samasekali tidak mensupport dan menunjukkan jadi imam yang baik bagi istri. Akhirnya teman saya kembali Nasrani. Dia kata, 'saya masuk Islam tapi tak ada bimbingan dari orang terdekat. Suami saya tak sholat, tak puasa, lalu untuk apa saya Islam. Lebih bagus saya kembali ke agama saya yg lama. At least saya paham ajarannya '

    Sedih saat dengar. Tapi memang susah kalau suami yang seharusnya jadi imam malah tidak mau membimbing istrinya yg mualaf :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya di sana ada yang masih tetap dengan agama Nasrani kalau bernikah dengan Muslim.
      Di sini kena sama-sama Islam untuk bernikah.

      Delete
  14. Ada tetangga dekat saya yang mualaf..awalnya kehidupan dia biasa"saja.. alhamdullilah sekarang hidupnya lebih baik dari sebelumnya.mungkin karena ketaatan dia.

    ReplyDelete
  15. Semuanya orang2 hebat tu. Berani berdakwah terang2an.

    ReplyDelete
  16. NA, saya sudah tengok video tajuk the Purpose of Life. Kesian juga cara hidup dia masa dibesarkan, ye. Tapi tengok dia end up jadi macamana. Bukan macam kita, yang lahir Islam, take life for granted. Saya rasa dia lebih dekat dengan Quran, banding kita. Eh, banding saya. Logik dia punya talk, yang dia cakap tentang intellect, choice and suffering tu. Rasa malu pun ada. Sebab dia orang baru, lebih faham. Saya nak harap tadabbur, baca setiap hari pun malas. Astaghfirullahalazim... bagus la. Nanti bila free, boleh layan video lain pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Video lain ada juga cerita sedikit pasal dia masuk Islam tapi ada perincian lain. Haha sebab orang selalu tanya bagaimana dia menjadi Muslim jadi dia cerita pasal baca al-Quran dan tambahan maklumat baru. Ada ketika dia cerita pasal baru masuk Islam, atau cabaran dia dalam buat ibadah dan dalam komuniti Islam. Ikut topik syarahan.
      Tq sebab tengok.

      Delete
  17. Menarik...Nanti nak tengok lah...

    Nona Haritu terbaca satu blog Ateis..Dari Islam, terus keluar Islam..soalan Utama dia..pasal Palestin..Kenapa Tuhan x tolong Palestin..Dia ckp kt situ.. semua jwpn yg diberi tak memuaskan..ramai suruh dia jmpe Dr Zakir dab..Baca kat Komen..ramai jugak yg marah tapi ada jugak yang sokong... terpanggil je nak komen..tapi risau tersalah jawapan..

    ReplyDelete
  18. dan alhamdulillah kita dilahirkan sebagai Muslim di negara Islam..bila duduk Korea ni, rasa awkward sebab kita adalah minoriti..kadang kurang selesa dengan pandangan orang lalu-lalang dekat luar..buat kita rasa tak nak keluar time orang ramai...

    ReplyDelete
  19. saya juga kemaren sempat ngobrol dengan bapak2 mualaf,
    dari beberapa kali ngobrol juga banyak hal baru yang saya tau,

    ReplyDelete
  20. Itulah nikmat terbesar yang ramai tak syukuri.

    ReplyDelete
  21. skrg byk dgr ceramah2 dr ustaz di dalam tiktok saja. ilmu dihujung jari saja

    ReplyDelete
  22. tq NA share ttg jeffrey lang, boleh la nak dgr nnti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.