بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah produk selamat sampai dalam kotak dan dalam plastik gelembung. Memang teringin untuk cuba produk yang Ustaz Hanafi Malek jadi duta tapi itulah harga sebotol itu buat fikir banyak kali.
Apabila ada tawaran harga sempena Hari Malaysia dari 16 September-30 September dapatlah cuba. Lagilah ada barang-barang percuma. Terus rambang mata. Hehe siapa yang tidak suka barang percuma.
Saya beli GNI Sacha Inchi Oil 3 botol x 60 kapsul lembut percuma 1 botol x 60 kapsul lembut ( jadi 4 botol). Percuma 2 sachet Kopi Sacha Inchi + Ashwagandha KSM-66 dan 1 Sabun 9 Herba dengan Ekstrak Sacha Inchi.
Harga RM250. Kos COD RM10. Beli masa main Candy Crush Saga ada keluar iklannya.
Satu usaha untuk jaga kesihatan jantung dan kawal supaya kolestrol jahat tidak melebihi maksima. Bagus untuk mata, otak, tulang, sendi. Supaya cergas dan cerdas. Sebelum ini saya makan minyak Omega (minyak ikan) jadi nampak kesan baik. Cuma minyak ikan ini hanyir. Makanan kesihatan memang tidak sedap. Hehe ini hendak rasa minyak sancha ini bagaimana rasanya. Tapi ini dalam gel lembut memang tidak rasa secara langsung.
P.S: Lega botolnya plastik.
##############
Kemaskini Januari 2024-Habis makan pada 10 Januari 2024. Objektif untuk saya tidak tercapai. Masih ada insiden sakit perut tidak hilang dan sengal di bahagian tapak kaki masih tidak hilang tapi berkurangan. Cari solusi lain. Terima kasih dapat mencuba. Mungkin ada kesan baik dalaman yang saya tidak tahu.
boleh tahan juga ya harganya. sebotol tu boleh tahan berapa lama NA? ada pantang tak once kita dah consume?
ReplyDeleteKalau benda yang tak urgent, memang saya tunggu bila ada promosi baru membeli 😁
ReplyDeleteSaya belum pernah try sacha inchi, nanti NA buatlah review tentang rasanya ya.
Saya amalkan fish oil jenama Blackmores dalam kapsul, oklah makan tak hanyir tapi kadang kalau sendawa rasa la tak sedap macam hanyir 😅
Beli ini karena muncul waktu main game candy crash
ReplyDeleteYa betul. Mengganggu fikiran betul.
DeleteSemoga berkesan produknya. Lepas guna boleh buat review.
ReplyDeleteHerbal ya...semoga bermanfaat buat kesehatan,semakin prima.
ReplyDeleteKalo dlm gel, saya masih nak makan. Tapi kalo cair, dah laah tak nak langsung, apalagi kalo hanyir kak. Jadi ingat minyak ikan zaman kecil dulu, yg warna putih, baunya astaghfirullah 🤣🤣🤣🤣. Saya masih trauma liat botolnya hahahahah. Untung setelah tuh ada tipe kapsulnya 😅
ReplyDeleteBaru dengar nih minyak sancha. Ada kopinya juga yaa 👍
boleh share beli di mana sbb yg MIL punya sudah habis
ReplyDeletesemoga berkesan & serasi dgn NA..alternatif kpd protein haiwan..
ReplyDeleteNanti NA review ye, apa perubahan amalkan sacha inchi oil ni.
ReplyDeleteOoo... main candy crush ye. :D
Ok insya Allah. Buat masa ini rasa biasa sahaja. Haha.
DeleteHaah sudah tahap 7 000.
Oooo... gitu. Mana tahu, kot makan sacha inchi oil tu, rasa kuat dan tenaga bertambah. Hehe..
ReplyDeleteWow, terernya NA, level tinggi tuu.... :D
Ada perubahan nanti bagitahu. Stok 4 bulan itu.
DeleteHehe tahap tinggi sebab selalu Candy Crush Saga buat pertandingan. Sedar-sedar dah lebih 7 000.
bagus juga makan sacha ichi ni. dulu penah makan lepas kena covid, mmg ada perubahan
ReplyDeleteProduk kesihatab memang rata-dat segegitu....memang tdaik edap
ReplyDelete