بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Saya hendak cakap satu perkara pasal diri ini. Kalau orang sudah sakitkan hati saya sangat, saya akan serahkan urusan tersebut pada Allah. Ketika itu biar Allah buat dan tentukan. Dia Maha Adil dan Bijaksana.
Pada ketika itu, saya tidak endahkan orang itu dalam apa cara sekalipun. Pada saya urusan kita telah diberi pada Allah. Jadi saya tidak mahu ada kaitan. Sila merayu pada Allah. Analoginya seperti saya serahkan hal pada mahkamah dan saya minta pada hakim untuk buat pengadilan. Saya cuma akan selesaikan jika dia ikut syarat-syarat diikuti. Tiada istilah tarik saman. Sorry, you have to ask Allah yourself what should you do to amend your mistakes.
Apa syarat-syarat saya? Dia kena tanya pada Allah. Selagi tidak betul-betul ikhlas, dia tidak akan dapat tahu apa saya minta. Selagi itu saya tidak akan layan untuk berkomunikasi.
Nampak kejam? Tidak. Pengajaran pada orang itu supaya jangan buat pada orang lain. Jangan sewenang-wenangnya sakitkan hati orang.
Kalau tidak faham juga, I rest my case. Tidak dapat tolong selain diri sendiri yang dapat buat.
Lagi teruk kena kalau saya jadi orang teraniaya. Penalti lagi tinggi. Ia bukan sebab dendam. Ini untuk pengajaran supaya tidak buat lagi dan orang lain tidak terkena. Ia sangat meyakitkan. Hati-hati berkata-kata dan jaga tingkah laku.
Kemaskini 1 Ogos 2024: Hati rasa tenang. Forgive but not forget. Cuma terfikir kalau buat lagi pada diri ini atau pada orang lain padahnya 2 kali ganda. No jokes.
Semoga yang baik2 aje datangnya
ReplyDeleteHati2 sangaaaat untuk tidak menyakiti orang lain. Karena doa orang yg dizolimi itu makbul 😭. Jangan sampai kita kena doa dari mereka yg tersakiti.
ReplyDeleteMemang dah benar, serahkan semua ke Allah kak Na 🤗. Tak usahlah kita panaskan hati utk mikirin orang yang seperti itu. Biar nanti urusannya dengan yang di Atas.
Bersabarlah kerana sabar itu separuh daripada iman...mungin segala ujina yang kita dapat itu juga termasuk dalam rezeki
ReplyDeletesemoga baik2 aja NA..
ReplyDeleteSerah pada Allah, itu yang terbaik kerana Allah Maha Tahu dan Maha Adil.
ReplyDeleteYa, kita harus bertegas dalam menjaga perasaan sendiri.
Bila kita berserah pada Allah, rasa aman sikit hati, kan. Sebab Dia tahu apa yang kita tak tahu. Pasti ada hikmah di sebaliknya.
ReplyDeleteBetul tue kak NA.. Pada Allah jua kita mengadu dan Allah Maha Adil kak.. Kifarah tue ada, biar Allah saja yang adili semua tue.. semoga akak memperolehi kesabaran yang tinggi..
ReplyDeleteberdoa semoga hari2 yg mendatang dipermudahkan urusan oleh Allah
ReplyDeletekesalahan sesama manusialah yg paling susah nak dicari kemaafan tapi kalau si yang dianiaya sudah maafkan alangkah indahnya hati dia
ReplyDelete