Tuesday, September 5, 2023

Hari Ini: Adik-Beradik

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ini abah ada temujanji di Hospital Melaka. Masih tidak dapat buat tapak di pergelangan tangan. Maka dialisis di leher lagi.

Hari ini 4 orang adik-adik perempuan emak pergi umrah. Ikutkan emak patut sertai tapi itulah tiada rezeki. Jadi 7 orang pergi termasuk 2 orang adik ipar emak dan anak saudara emak.

Uncle Othman, Cik Ya, Mak Lang, Auntie Nani, Mimok, Uncle Duan Dan Awie(Sepupu Saya)





Hari ini juga adik-adik abah datang. Makcik Minah dan Pak Busu Ali. Datang bersama pasangan masing-masing. Tanya khabar abah dan rupanya wakil  Mak Uda untuk jemput ke majlis persandingan anak lelaki sepupu. Wah tidak sangka ada anak lelaki sepupu sudah kahwin.

Simpan tarikh 1 Oktober di dewan TTDI. Insya Allah akan menyusul nanti.


25 comments:

  1. Abah tak dapat buat tapak kat lengan tu sebab kondisi blm stabil lagi ke?

    Belum ada rezeki lagi mak ye nak gi umrah ngan adik beradik dia.. mungkin akan datang ada la rezekinya tu nanti insyallah..

    wah sepupu dah kawen.. giliran NA bila lagi hehhe?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abah dah stabil tapi tidak jumpa urat dan tempat bahagian pergelangan tangan. Kena cari juga kawasan tersebut.
      Hehe sepupu dah kahwin. Ini anak sepupu. Lagilah jauh hendak kejar.
      Doakan saya jumpa jodoh. Hehe.

      Delete
  2. Insha Allah ada rezeki lebih baik menanti mak. Semoga urusan dialisis abah NA dipermudahkan dan urusan keluarga yang lain pun berjalan dengan lancar, Ameen YRA 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. Bukan rezeki mak NA kali ni. Mudah-mudahan Allah gantikan dgn yg lebih baik 🤲
    Moga Abah NA juga kuat & sihat selalu hendaknya

    ReplyDelete
  4. ayah saya sebelum CAPD pernah beberapa kali juga dialisis di peha..yang tengok ni pun dah rasa sakitnya apatah lagi orang yang lalui...insyaAllah dipermudahkan urusan abah dengan berkat doa adik2 mak di Mekah

    ReplyDelete
  5. insyaallah ada rezeki mak NA nanti
    seronokk tgk org KE Mekah

    ReplyDelete
  6. Seronoknya tengok adik-beradik sama-sama buat umrah. InsyaAllah lain kali ada rezeki mak NA pergi dengan mereka.

    Moga Allah mudahkan urusan rawatan abah NA.

    ReplyDelete
  7. Insyallah moga2 dimurahkan rezeki utk mak menunaikam umrah amin..

    ReplyDelete
  8. Untung ada rezeki untuk buat umrah

    ReplyDelete
  9. takpe insyallah ada rezeki mak akak ke Tanah Suci nanti tu. Keadaan tak mengizinkan skrg ni kan. Moga di permudahkan urusan kesihatan abah akak juga ya

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Sedara-mara sering dtg melawat abah Na yg sdg sakit tu. Paling tidak dpt menceriakan suasana...

    ReplyDelete
  11. Moga abah NA semakin sihat.
    In syaa Allah, ada rezeki lebih baik untuk emak NA.

    ReplyDelete
  12. semoga umrahnya dilancarkan dan untuk abah kak na teriring doa dari Mbul supaya segera dipulihkan kesehatannya, amin...

    ReplyDelete
  13. Alhamdullilah bisa melaksanakan umroh, moga nanti ada kesempatan lagi buat kedua orang tua

    ReplyDelete
  14. Semoga adik2 dari emak lancar ibadahnya di tanah suci ya kak ... Mak pun bisa menyusul kalo nanti ada kesempatan dan rezekinya. Yang terpenting, urusan perobatan Abah lancar dan mudah. ☺️

    ReplyDelete
  15. Semoga dipermudahkan urusan bakal pengantin nanti... Moga Rezeki mak Na kemudian hari..Yela, nak pergi tapi hati tak tenang nak tglkan ayah dalam keadaan gitu..kan..

    ReplyDelete
  16. alahai seronoknya buat umrah sama2, insya allah ada rezeki lain buat mak na nnti

    ReplyDelete
  17. InsyaAllah akan adarezeki mak sis nanti..
    Semoga dipermuda urusan ayah sis.. Aamiin..

    ReplyDelete
  18. wahhhh best nyaaaa dapat jadi tetamu Allah...

    abah NA apa khabar hari ni?

    so mai KL laa nanti ya 1hb?

    ReplyDelete
  19. takpa moga ada rezeki mak & abah Na pula ke tanah suci nanti. moga diberi kesembuhan & kesihatan yang baik utk Abah Na aminnnnn

    ReplyDelete
  20. Allah..Moga yang baik2 je untuk ayah NA..Semoga cepat sembuh..Untuk mak NA, x pe ada rezeki nanti...

    ReplyDelete
  21. Semoga dipermudah urusan perawatan bapa NA.

    ReplyDelete
  22. Pertama kali baca tapak dialisis di leher. Pernah baca, orang buat kat peha. Mesti sakit.
    Seronoknya, adik beradik emak NA, dapat pergi umrah sama-sama.
    Wah, sudah ada yang menjemput, kenduri kawin. Semoga giliran NA pula tak lama lagi. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.