Tuesday, September 26, 2023

Upah Lagi- Vochelle Mixed Berries "Cham" Berry

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lepas dapat produk Sacha Inchi Oil, ikut abah ke Mydin sebab makanan kucing sudah habis. Lagi satu untuk penuhi janji untuk bagi budak-budak kemas balik mainan. 

Hehe kali ini pilihan saya. Tidak boleh gummies lagi. Benda saya pilih mestilah coklat. Apapun ada tolak ansur. Ingat mereka suka merah jambu. Jadi ambil masa pilih-pilih.

Alhamdulillah saya berkenan dengan Vochelle Mixed Berries. Strawberi dan kranberi disalut dengan coklat hitam. Kotakpun cantik macam kotak dapat masa cendera mata kenduri kahwin. Hargapun murah. Tengah ada tawaran harga: RM4.99.

Vochelle Mixed Berries "Cham Berry"



Ini nasib pilih sebiji sama ada dapat kranberi atau strawberi.

Esok harijadi Azim tapi Abah bawa ke kedai cermin mata untuk tukar bingkainya yang patah. Kira haduah harijadi juga. Dapat voucher sepotong kek Secret Resipe secara percuma. Boleh pilih mana-mana. Azim pilih Milo Cheesecake. Bagus dia kongsi dengan kakak-kakak dan adik-adiknya apabila balik. Dia tawarkan pada Mak Longnya juga (saya) tapi saya menolak. 

Seorang lagi saya belikan aiskrim rasberi untuk anak buah yang umur 2 tahun lebih. Upah dia sebut Mak Long. Walaupun ada pelat. Susah betul dia hendak panggil nama orang. Mak cakap jenis malas cakap. Tapi sebut aiskrim dan strawberi punyalah rajin sebut.


18 comments:

  1. lama betul tk mkn coklat vochelle..nmpk menarikmixed berries tu

    ReplyDelete
  2. Rajin Mak Long nya bagi upah dekat anak2 buah hihi. Dah lama tak makan coklat Vochelle.

    ReplyDelete
  3. Geli hati baca ayat last tu 😂

    Tentu anak buah sayang mak longnya..rajin bagi upah.

    ReplyDelete
  4. Legend chocolate ni sampai lupa masih wujud.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Sukaaaa kalo coklat di dalamnya ada buah seperti ini. Tapi saya blm coba vouchelle. Lihat dari kotak, nampak sedap 👍. Saya kok jarang lihat atau mungkin tak pernah lihat coklat ini tiap ke Malaysia yaa. Baru tahu setelah baca tulisan kak Na

    ReplyDelete
  6. baiknyaaaa maklong dia niiii

    happy birthday azim!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...masing-masing ada hadiah

    ReplyDelete
  8. Hehe.. terhibur gelagat anak-anak buah ye, NA.

    ReplyDelete
  9. bagus sacha tu sbb mak mertua pun makan.. boleh tahan murah coklat tu, nampak sedap bila tgk packaging

    ReplyDelete
  10. tak jumpa lagi laa NA coklat ni... hmm... kena cari lagi!🤭

    ReplyDelete
  11. yummy semuanya...hihi..ada upah panggil Mak Long..

    ReplyDelete
  12. Tak pernah beli Dan try yg ni 😍

    ReplyDelete
  13. belum pernah jumpa lgi yg ini.. zaman makan coklat dah berlalu bila usia meningkat huhuu :D

    ReplyDelete
  14. wah untungnya sebut maklong je dpt hadiah

    ReplyDelete
  15. moga makin lebat rezeki mak long belanja kat anak-anak buah...hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.