بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selalunya saya tidak teracun dengan iklan tudung masa main Candy Crush Saga tapi entah mengapa ada satu malam tertarik dengan satu jenis tudung ini. Mungkin promosi harga atau saya pernah terpakai tudung adik ipar masa keluar ambil parcel. Rasa selesa dan saya cam jenis kainnya. Masalahnya saya tidak suka tudung sarung tapi kemudahannya ialah mudah dan terus sarung tapi tidak buatkan rupa saya comel. Bolehlah buat duduk rumah yang kalau ada orang datang terus pakai. Juga terfikir Ramadan hampir tiba. Boleh guna waktu solat Terawih. Saya guna ya tudung dalam telekung waktu solat.
Maka atas alasan itu sayapun membeli. Pejam mata harga RM100 dan kos pos RM10. 6 helai pula itu. Takpelah sedapkan hati untuk cantik mengadap Allah. Sebenarnya ada 3 set tapi saya pilih set Jelita. Tudung jenis Ribbed (berjalur timbul) Pilih sebab hendak warna hitam dan hijau zamrud. Lain itu tidak kisah. Tidak boleh pilih. Ini beli di hijabees.com
Saya ini lemah kain jenis berkotak-kotak, geometri, garis lurus. Biasa saya cari kain lepas itu hantar jahit tepi buat tudung. Tudung kegemaran tudung 4 segi. Nantilah tunjuk contoh tudung kegemaran yang dihantar jahit tepi atau beli sedia ada. Pakai tudung ini memang buat saya nampak ok. Tapi itulah keburukannya tudung itu jenis kena pin dan seterika.
Alhamdulillah selamat sampai tadi.
|
6 HelaI Tudung Dalam Beg Berzip |
|
6 Warna Berbeza- Hitam,Hijau Zamrud, Kelabu, Koko, Gula-Gula, Merah Muka |
|
Set Jelita - Black, Candy, Coco, Emerald, Grey, Blush |
Terus buka dan cuba warna hitam. Longgar sedikit tapi itu lebih baik daripada ketat. Tidak sabar guna untuk solat dan buat basahan untuk keluar rumah ambil barang, buang sampah, pergi jalan laju. Hehe saya tiada lagi tudung untuk bersenam.
|
Rasmikan Tudung Warna Hitam |
Lepas itu saya dapat kupon RM10. Kalau korang hendak promo kod boleh komen. Siapa komen hendak itu saya bagi atau siapa yang hendak beli tudung. Korang boleh belek. Kalau ada berkenan untuk beli boleh komen minta promo kupon RM10. Bolehlah jimat RM10. Promo ini sampai 4 Februari 2024.
|
Cepat Sampai Dengan Ninja Van |
P.S: Semangat beli untuk terawih.
Janganlah beli lagi lepas ini.
Kemaskini 1 Mei: Kain jahit tepi berbulu selepas dibasuh beberapa kali.
Kemaskini 4 Mei: Tudung mula ada berbulu. Jadi iklannya tidak berapa tepat. Rasa hendak bagi sahaja yang belum pakai pada orang kain.