Monday, November 17, 2025

Hadiah Misteri Tiba

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, parcel terima dengan selamat dalam peti surat semalam (Ahad). Masa itu saya tiada di rumah.

Sampai rumah hampir Maghrib, hujan lebat pula. Jadi lepas solat Isyak baru keluar ambil tapi tengok tiada. Cuak juga. Rupanya Abah tolong ambilkan awal-awal. 

Hari ini baru dapat buka bungkusan.

Hadiah Dalam Sampul Surat Coklat



Alhamdulillah saya dapat 2 buku nota bersaiz A4 dan kecil. Dalamnya kosong tiada garisan. Bolehlah guna untuk tulis perkara-perkara penting.

2 Buku Nota. Tulisan Mek Yuhhh Pada Buku Nota A4



Terima kasih Mek Yuhhh sebab anjurkan peraduan pemberian.

Saya hargai pemberian daripada bloggers. Guna sesuatu akan ingat bloggers tersebut. Terima kasih semua yang pernah beri pada saya.


Sunday, November 9, 2025

Pulut Kuning Daripada Jiran Sebelah Pembinaan Rumah Baru

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada hikmah juga saya tidak balik kampung ke Tampin ikut Emak dan Abah. Tadi masa saya angkat baju tepi rumah ada dengar bunyi kereta hon. Saya abaikan. Kemudian keluar semula untuk kunci pintu tepi dengar orang bagi salam disamping gangguan bunyi kucing mengiau.

Saya ke depan, buka pintu rumah (rumah saya banyak pintu untuk keluar dari rumah, 5 pintu) tengok ada orang depan pagar pegang sesuatu. Ingatkan orang kurier, haha rupanya jiran sebelah rumah yang dalam pembinaan. Saya panggil sebelah rumah bising sebab tengah bising dengan pembinaan. 

Saya minta maaf sebab lambat keluar. Saya nampak bungkusan itu ada nama Abah saya, saya cakap Abah belum balik dari kampung dan saya tanya apa itu (selamba tanya isi kandungan) . Jiran itu cakap pulut kuning sempena harijadi, isteri yang buat. Ucap terima kasih.

Pulut Kuning Dan Rendang Ayam



Alhamdulillah atas pemberian. Maaflah saya tidak kenal sangat jiran-jiran saya ini. Ada saya kenal tapi hujung jalan setentang. Sebenarnya jiran ini kira baru 2-3 tahun tinggal sini. Sini sebenarnya buat rumah. Macam saya tulis sebelah rumah tengah pembinaan rumah. Maknanya saya akan ada jiran baru. Jiran depan saya pula baru 4-5 bulan masuk, sebelum itu orangnya sudah pindah.

Korang macam mana, kenal semua jiran ke?😅