بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Tahun ini sakan makan buah durian. Durian melimpah-ruah. Tidak habis-habis gugur. Minggu lepas selang sehari Abah balik Tampin untuk ke kebun dan jemput adik-adik Abah datang makan durian. Adik perempuan pula ajak bapa dan emak mertua datang. Itupun masih banyak lagi durian.
Minggu lepas ceramah fardu ain lepas Maghrib, Emak sediakan bubur kacang hijau durian. Tinggal sedikit untuk rumah. Saya sekarang sudah suka makan bubur manis terutama ketika berbuka puasa. Saya perlukan lebih gula waktu berbuka walaupun bubur Emak kurang manis tapi saya suka!
Minggu ini bacaan Yasin. Ramai hadir. Alhamdulillah. Jiran satu jalan dari Sarawakpun ada. Bawah ialah whatsapps untuk taman.
*💓PROGRAM BACAAN YASSIN SURAU AL FALAH 💓*
*" اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ*
*📋Tarikh*: Khamis 9 July 2026
*🕓Masa*: Lepas Maghrib
*🕌Tempat* : Surau Al Falah
👳♂️Imam: Hj Sharif
😋 Jamuan Disediakan
Muslimin & Muslimah dijemput hadir
*🤲جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا🤲*
Sekian Terima Kasih
Rezeki nasi putih, ikan sambal dan sayur kobis masak lemak makan di rumah lepas solat Isyak. Kenyang. Alhamdulillah.
P.S: Lambat kemaskini blog sebab wayar pengecas untuk telefon yang ada gambar bubur kacang hijau durian tertinggal di kampung. Pengecas jenis Micro USB untuk telefon lama. Telefon sekarang banyak guna wayar jenis C. Sekarang saya di kampung.



Alhamdulillah..banyak rezeki durian dapat berkongsi dengan yang lain. Puas makan durian macam-macam menu boleh olah. Saya suka bubur kacang hijau kalau tak manis sangat. Boleh makan ulang-ulang. Kalau ada durian pun suka.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteMerasa semua kan, rezeki Sana sini durian
Tahun ni sgt meriahh rasanya
Kat kl ni merata rata lori jual durian
tahun ni semua dapat merasa makan durian..rezeki musim panas agaknya semua pokok berbuah lebat
ReplyDeleteAlhamdulillah ramai dapat menikmati durian sepuas hati musim kali ni.
ReplyDeleteSedapnyaaa bubur kacang hijau.. Ramai update tentang durian kalini.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Durian banyak gugur, boleh dikongsi sesama keluarga. Sukanya saya tengok bubur kacang durian. Sudah lama saya tak makan. 😋
ReplyDeleteItulaaah, saya pun puaaaas pas kemarin ke Malaysia. Makan durian di Johor. Sayang lah suami tak ikut. Nanti December 2 Minggu di Malaysia, tp saya rasa dah tak banyak durian 😄😅.
ReplyDeleteBubur kacang hijau pakai durian sedaaaap kak 😍😍. Mama pun dulu sering buat. Pakai daging durian supaya lebih wangi
Alhamdulillah .. sedapnya bubur durian. Saya dalam bulan ni saja dah 3 Kali beli durian
ReplyDeleteAlhamdulillah berkongsi rezeki. Meriah dgn durian sampaikan boleh jadi macam2 menu
ReplyDelete