Wednesday, July 1, 2026

Hadiah World Cup 2026 Tumbler

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat sampai termos Piala Dunia FIFA 2026. Sebenarnya saya tidak ikuti sangat Piala Dunia ini sejak Miroslav Klose bersara. Kurang semangat hendak sokong Jerman. Pasukan Jermanpun macam tidak sekuat dahulu.

Apapun terima kasih Cik Notie sebab anjurkan pemberian termos percuma sempena Piala Dunia. 

Parcel yang diterima berwarna hitam.

Mari buka.

Parcel Keriangan



Tengok deskripsi parcel ada tulis  WC2026 Tumbler Florian Wirtz 30 Top Player. Hehe tidak kenal siapa. Terpaksalah google pemain no 17 ini. Takpelah tidak popular buat masa ini. Mana tahu akan datang awak akan popular dan sehebat Klose. Umurpun baru 23 tahun. Klosepun masa mula main pada tahun 2002 (umur 24) saya tidak berapa kenal. Lepas itu popular banyak jaringkan gol tapi namanya masih tidak segah pemain lain. Pelik jugalah. Lantaklah asal banyak jaringkan gol.

17 Florian Wirtz



Lepas itu marilah kita cuba isi air panas dalam ini. Isi berhati-hati. Terfikir macam manalah hendak nampak suhu air terkini. Rupanya kena tekan bahagian tengah bulatan hitam lama-lama. Haha kasihannya baru tahu.



Suhu Air Panas 97°C



Tq Cik Notie. Semoga murah rezeki.


18 comments:

  1. tahniahnyer., me pon dpt tumbler jugak., hehe

    ReplyDelete
  2. Cie punya pun dah dapat. Tahniah.

    ReplyDelete
  3. Baguuuus Ih tumblernya kak. Yg saya suka Krn ada penunjuk suhu 😍😍.

    ReplyDelete
  4. Cantik...SA pun dapat tapi gambar CR...semoga dimurahkan rezeki Kak Notie

    ReplyDelete
  5. Tahniah NA dapat hadiah tumbler canggih 👏🏻

    ReplyDelete
  6. Tahniah Kak NA.. Comey tumbler nya...

    ReplyDelete
  7. Tahniah Na 👏🏽
    Seronok guna ya sebab boleh nampak suhu semasa.

    ReplyDelete
  8. Tahniahhh
    Alhamdulillah
    Lawaaa la kalernya

    ReplyDelete
  9. Tahniah juga.. meriah nampak tumbler sana sini

    ReplyDelete
  10. tahniah kerana dimurahkan rezeki dpt tumbler comel mcm ni. Keep it up!

    ReplyDelete
  11. Tahniah, NA. Wah, siap test letak air panas. Saya belum guna untuk air panas lagi.

    ReplyDelete
  12. Cantik tumbler dan ia pasti sinonim dengan musim bola world cup sekarang ini...tahniah dapat rezeki yang menarik.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..Tahniah kak Wina. Best tu ada bacaan suhu sekali kan. Saya pun ikut sikit-sikit je. Sejak tak ada Giroud kat France, tak tahu nak support team mana. huhu...

    ReplyDelete
  14. Tahniah NA. Elok aihh tumbler tu. Siap ada papar suhu.

    ReplyDelete
  15. Tahniah dapat tumbler. Ok jugak tumbler macamni sebab boleh tengok suhu. Btw, jemput follow blog saya ya https://www.spacemaya.com/

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.