Monday, February 6, 2023

Kenduri Aqiqah Dan Doa Selamat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tanggal 4 Februari/ 13 Rejab bersamaan Sabtu berlangsung kenduri aqiqah dan doa selamat di rumah emak saudara di Taman Lenggong, ampin.

Majlis bermula 10:30 pagi. Sarapan disediakan seperti lemang dan rendang ayam dan daging campur hati serta kuih-muih seperti kuih bom, lepat dan donut. Saya tidak makan sebab simpan perut untuk makan tengahari.

Sebahagian Khemah. Ini Khemah Untuk Ahli Marhaban Dan Doa Selamat

Kuih-Muih Yang Adik Perempuan Ambil Untuk Anak-Anaknya




Rendang Ayam

Rendang Daging Dan Campur Hati



Majlis dimulakan dengaan berzanji. Kemudian barulah bacaan doa selamat. Lama juga. Hampir ke tengahari barulah baca an doa selamat selesai. Haha lapar tahan makan. Ambil semua lauk. Nasi putih, teluk itik masak lemak, sambal jawa, kari daging, ayam sambal letak daun kari, ulam-ulam, sambal belacan, ikan masin. Penuh pinggan. Air teh o dan mineral.

Nasi Putih+ Telur Itik Masak Lemak+Sambal Jawa+Ayam Sambal Daun Kari+Kari Daging+Ulam+Sambal Belacan+ Ikan Masin



Lupa adik ada bawa keju keju Oreo ambil satu masa ambil air. Gambar tiada sebab makan. Memandangkan saya ahli keluarga tuan rumah jadi makan dalam rumah duduk di permaidani. Tiadalah makan di khemah. Laku habis lemang dan rendang dan kuih-muih. Tidak dapat tapau makanan tersebut. Majlis habis dalam pukul 2 petang tapi kami ahli ada masih lepak tolong Mok petik pucuk maman untuk buat rendang maman. Banyak daun maman yang kena ambil. Kerja renyah sebab itu ramai tidak buat rentang maman. Kalau buatpun harga mahal sedikit daripada rendang biasa. Sampai pukul 5 petang lebih baru selesai petik. Bersedia ke rumah Desa Permai buat majlis kejutan Mak Lang dan Uncle Duan. Mak Lang 31 Januari dan Uncle Duan 5 Februari.

Waktu ini sudah penat jadi tiada ambil gambar. Makan lagi. Kali ini makan nasi goreng dengan sambal paru dengan teh tarik. Ambil sedikit. Balik badan rasa lenguh sampai keesokannya. Menyesal minum teh.

25 comments:

  1. sedap sangat tu lauk2 kampung...saya pernah makan rendang itik campur maman di nogori Ya Allah sedap sangat teringat2 rasa sedapnya tu...rendang maman NA ni masak dengan apa?

    ReplyDelete
  2. Minum teh boleh menyebabkan lenguh badan ya. Tobat la sy tak mahu minum teh lagi, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe selain itu rasanya faktor petik daun maman itu sambil duduk lama.
      Lama tidak minum teh. Lepas itu minum banyak.

      Delete
  3. Tiba-tiba lapar tengok lauk kampung tu...

    ReplyDelete
  4. nasi goreng sambal paru favorit mbul kak na...kendurinya banyak kuih muihnya...sedap

    daun maman mbul belom pernah tengok...

    ReplyDelete
  5. sedapp nya ada lemang tu
    rendangg.
    Menu n9 Terbaikk sedapp2 semua

    ReplyDelete
  6. Lauk kampung paling best NA. Pembuka selera. ;)

    ReplyDelete
  7. lauk kenduri sedap2 semuanya. rezeki dijamu dalam 2 majlis berbeza. kalau saya agaknya petang tu dah tak larat nak makan apa2 hehe

    ReplyDelete
  8. lauk kenduri sedap2 semuanya. rezeki dijamu dalam 2 majlis berbeza. kalau saya agaknya petang tu dah tak larat nak makan apa2 hehe

    ReplyDelete
  9. sukanya attend kenduri :)
    sedap-sedap semua lauk.
    telur itik masak lemak ada.
    ikan masin.
    rendang ada ati ayam, sedapnya!

    ReplyDelete
  10. Sedapnye lauk lauk, moga semuanya dalam rahmatNya

    ReplyDelete
  11. Sedap sedap lauk pauk tu ye.. Memang favourite...Oh..ada ye nama makanan maman..baru kutahu 😅

    Apa pun, Alhamdulillah majlis selesai sudah..

    ReplyDelete
  12. itu yang mahal harga rendang maman. Renyah prosesnya.

    ReplyDelete
  13. Sedapnya suka makan makanan kampung..

    ReplyDelete
  14. amboiiiii penuh pinggannya tuuu...👍👍👍

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Sedap-sedap menu dia..

    ReplyDelete
  16. Sedap2 semua menu breakfast & lunch..tak pernah lg mkn rendang yg cmpur maman...dulu masa kecik, arwah ayah suka mkn jeruk maman..

    ReplyDelete
  17. Sedap-sedap menunya.
    Baca entri ini teringat minggu depan ada jemputan kenduri aqiqah anak buah.

    ReplyDelete
  18. Dah lama saya tak menghadiri acara seperti ini 😄. Sedap2 masakannya kak. Rendang memang selalu hadir dalam acara Yaa, di sinipun kalo ada acara nikah atau apapun, pasti ada kuliner rendang 😄

    ReplyDelete
  19. Dah lama saya tak menghadiri acara seperti ini 😄. Sedap2 masakannya kak. Rendang memang selalu hadir dalam acara Yaa, di sinipun kalo ada acara nikah atau apapun, pasti ada kuliner rendang 😄

    ReplyDelete
  20. kdg2 angin juga teh tu kan.. kena hati2 dh umo gini jaga kesihatan ye

    ReplyDelete
  21. Telur itik masak lemak, dan sambal jawa, sedapnya! Hehe.. sekali sekala, NA.

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah.. sedap nampaknya lauk2 yg ada

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.