Thursday, January 25, 2024

Beli Luna Sarung Set Jelita 6 Helai Saiz L Hingga XL Jenama Hijabees

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selalunya saya tidak teracun dengan iklan tudung masa main Candy Crush Saga tapi entah mengapa ada satu malam tertarik dengan satu jenis tudung ini.  Mungkin promosi harga atau saya pernah terpakai tudung adik ipar masa keluar ambil parcel. Rasa selesa dan saya cam jenis kainnya. Masalahnya saya tidak suka tudung sarung tapi kemudahannya ialah mudah dan terus sarung tapi tidak buatkan rupa saya comel. Bolehlah buat duduk rumah yang kalau ada orang datang terus pakai. Juga terfikir Ramadan hampir tiba. Boleh guna waktu solat Terawih. Saya guna ya tudung dalam telekung waktu solat.

Maka atas alasan itu sayapun membeli. Pejam mata harga RM100 dan kos pos RM10. 6 helai pula itu. Takpelah sedapkan hati untuk cantik mengadap Allah. Sebenarnya ada 3 set tapi saya pilih set Jelita. Tudung jenis Ribbed (berjalur timbul) Pilih sebab hendak warna hitam dan hijau zamrud. Lain itu tidak kisah. Tidak boleh pilih. Ini beli di hijabees.com

Saya ini lemah kain jenis berkotak-kotak, geometri, garis lurus. Biasa saya cari kain lepas itu hantar jahit tepi buat tudung. Tudung kegemaran tudung 4 segi. Nantilah tunjuk contoh tudung kegemaran yang dihantar jahit tepi atau beli sedia ada. Pakai tudung ini memang buat saya nampak ok. Tapi itulah keburukannya tudung itu jenis kena pin dan seterika.

Alhamdulillah selamat sampai tadi.

6 HelaI Tudung Dalam Beg Berzip



6 Warna Berbeza- Hitam,Hijau Zamrud, Kelabu, Koko, Gula-Gula, Merah Muka



Set Jelita - Black, Candy, Coco, Emerald, Grey, Blush



Terus buka dan cuba warna hitam. Longgar sedikit tapi itu lebih baik daripada ketat. Tidak sabar guna untuk solat dan buat basahan untuk keluar rumah ambil barang, buang sampah, pergi jalan laju. Hehe saya tiada lagi tudung untuk bersenam.

Rasmikan Tudung Warna Hitam



Lepas itu saya dapat kupon RM10. Kalau korang hendak promo kod boleh komen. Siapa komen hendak itu saya bagi atau siapa yang hendak beli tudung. Korang boleh belek. Kalau ada berkenan untuk beli boleh komen minta promo kupon RM10. Bolehlah jimat RM10. Promo ini sampai 4 Februari 2024.

Cepat Sampai Dengan Ninja Van





P.S: Semangat beli untuk terawih.
Janganlah beli lagi lepas ini.

Kemaskini 1 Mei: Kain jahit tepi berbulu selepas dibasuh beberapa kali.

Kemaskini 4 Mei: Tudung mula ada berbulu. Jadi iklannya tidak berapa tepat. Rasa hendak bagi sahaja yang belum pakai pada orang kain. 



33 comments:

  1. warna hitam dan hijau zamrud cantik hijabnya kak na...semoga nanti tarawih bertambah semangat ^^

    ReplyDelete
  2. Kita samaaaa, saya pun pakai hijab yg langsung masuk macam ni, kurang pantas di wajah. Ntah kenapa tak sesuai. Saya LBH suka hijab segi4 walo pakainya agak repot Krn harus pin kan. Tapi itu yg sesuai dengan bentuk wajah saya 😄

    ReplyDelete
  3. Terserlah keselesaannya tu. Sy pun ada 1,2 helai tudung sarung utk masa2 terdesak.
    Sebut pasal terawih.. tros rasa mcm bahang2 ramadhan kian terasa. Ibarat mcm keyword utk buat sy happy.


    ReplyDelete
  4. saya pon x suka tudung sarung..hehehe

    ReplyDelete
  5. tudung sarung mmg mudah...okla tu 6 helai rm 100

    ReplyDelete
  6. buang sampai? Buang sampah, ye? Hehe..
    Lawa tudung. RM100, dapat 6 tudung, ok sesangat. Teringin nak tengok muka NA pakai tudung sarung. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dah betulkan perkataan.
      Haha rupa tidak cantik pakai tudung sarung.

      Delete
  7. Replies
    1. Kain jenis RIBBED PREMIUM Elegant. Ada jalur timbul

      Delete
  8. Saya ada pengalaman beli kain & jahit sendiri tudung. Bahagian tepi/luar tudung tu hantar kedai utk 'jahit tepi'. Sekarang ada lagi service macam tu? Lama dah tak buat sendiri tudung, lebih selesa dgn tudung bawal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama juga tidak hampir. Kali terakhir tahun 2014/2015.

      Delete
  9. Assalamualaikum dan salam Jumaat!
    Saya datang bawa berita!
    Jom!
    Jemput ke pos SENARAI PEMENANG GIVEAWAY PERFUME SR

    ReplyDelete
  10. orang perempuan memang senang tergoda dengan iklan tudung. ok lah tu ada hari-hari malas memang berguna tudung sarung

    ReplyDelete
  11. Tak pa.. kite beli nak pakai.. :D...

    ReplyDelete
  12. Sejak ada anak ni banyak pakai tudung sarung je. Nak pakai lilit lilit hanis senget tudung sebab dukung anak. Hehe...

    ReplyDelete
  13. Memang sedap pakai tudung Hijabees ni. Dah beli beberapa helai.

    ReplyDelete
  14. Wah sis, betul2 persediaan awal raya ni. Adakah saya akan turut terjebak sama?

    ReplyDelete
  15. waahhhh murah jugak tu utk 5 helai! waduhhhh bahayaaa ni hehehe

    ReplyDelete
  16. Sepertinya untuk persiapan nanti shalat tarawih, Mbak.
    Ah iya sebentar lagi bulan suci Ramadhan datang. Semoga kita disampaikan usia pada masa itu dan diberi kesehatan untuk menjalankan ibadah puasa.

    Salam,

    ReplyDelete
  17. Kadang tergoda juga tengok iklan lalu lalang kan. Takpe, ada kegunaan beli lebih takpe. Boleh tukar tukar pakai.

    ReplyDelete
  18. Oo namanya tudung sarung ya sis kalau di situ, maksudnya yang langsung pakai ya😀memang lebih praktis kalau terburu", di rumah pun saya sedia tudung sarung kalau ada tamu langsung cepat pakai😁

    ReplyDelete
  19. Murah tu Na, RM100 dapat 6 helai.
    Saya pun lebih rasa yakin bila pakai tudung 4 segi.
    Tapi baru-baru ni saya tukar gaya, dah mula pakai tudung sarung jenis awning bawal.
    Alasan sebab mudah cuma pin bawah dagu dan material tudung yang tak mudah nampak renyuk.

    ReplyDelete
  20. x apa.. alah membeli menang memakai. semoga selesa dan cantik bila dipakai!

    ReplyDelete
  21. hehehe
    biasa laa tu
    nama pun org pompuan
    benda kecik comel pun dia boleh tergoda...
    hehehe

    ReplyDelete
  22. Senang hijab camni. Masuk je muka tak payah nak pin ke apa ke.....

    ReplyDelete
  23. Samalah Mrs. A pun kurang gemar tudung sarung.
    Pakai hari-hari malas aje heehhee.
    Tapi kalau bersukan kena jugak pakai tudung sarung jenis sport tu

    ReplyDelete
  24. It okay...reward untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  25. nampak cantik dan selesa kainnya yg penting menutup aurat

    ReplyDelete
  26. harga dia berpatutan juga tu. seronok belik mcm2 warna terus boleh match byk baju

    ReplyDelete
  27. Akak pun kurang gemar tudung jenis sarung ni..Senang tapi bila akak pakai rasa macam muka tak baper cun..hehe...Akak suka tudung jenis shawl sbb akak specky..Rasa lagi sesuai...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.