Nuffnang

Thursday, January 25, 2024

Beli Luna Sarung Set Jelita 6 Helai Saiz L Hingga XL Jenama Hijabees

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selalunya saya tidak teracun dengan iklan tudung masa main Candy Crush Saga tapi entah mengapa ada satu malam tertarik dengan satu jenis tudung ini.  Mungkin promosi harga atau saya pernah terpakai tudung adik ipar masa keluar ambil parcel. Rasa selesa dan saya cam jenis kainnya. Masalahnya saya tidak suka tudung sarung tapi kemudahannya ialah mudah dan terus sarung tapi tidak buatkan rupa saya comel. Bolehlah buat duduk rumah yang kalau ada orang datang terus pakai. Juga terfikir Ramadan hampir tiba. Boleh guna waktu solat Terawih. Saya guna ya tudung dalam telekung waktu solat.

Maka atas alasan itu sayapun membeli. Pejam mata harga RM100 dan kos pos RM10. 6 helai pula itu. Takpelah sedapkan hati untuk cantik mengadap Allah. Sebenarnya ada 3 set tapi saya pilih set Jelita. Tudung jenis Ribbed (berjalur timbul) Pilih sebab hendak warna hitam dan hijau zamrud. Lain itu tidak kisah. Tidak boleh pilih. Ini beli di hijabees.com

Saya ini lemah kain jenis berkotak-kotak, geometri, garis lurus. Biasa saya cari kain lepas itu hantar jahit tepi buat tudung. Tudung kegemaran tudung 4 segi. Nantilah tunjuk contoh tudung kegemaran yang dihantar jahit tepi atau beli sedia ada. Pakai tudung ini memang buat saya nampak ok. Tapi itulah keburukannya tudung itu jenis kena pin dan seterika.

Alhamdulillah selamat sampai tadi.

6 HelaI Tudung Dalam Beg Berzip



6 Warna Berbeza- Hitam,Hijau Zamrud, Kelabu, Koko, Gula-Gula, Merah Muka



Set Jelita - Black, Candy, Coco, Emerald, Grey, Blush



Terus buka dan cuba warna hitam. Longgar sedikit tapi itu lebih baik daripada ketat. Tidak sabar guna untuk solat dan buat basahan untuk keluar rumah ambil barang, buang sampah, pergi jalan laju. Hehe saya tiada lagi tudung untuk bersenam.

Rasmikan Tudung Warna Hitam



Lepas itu saya dapat kupon RM10. Kalau korang hendak promo kod boleh komen. Siapa komen hendak itu saya bagi atau siapa yang hendak beli tudung. Korang boleh belek. Kalau ada berkenan untuk beli boleh komen minta promo kupon RM10. Bolehlah jimat RM10. Promo ini sampai 4 Februari 2024.

Cepat Sampai Dengan Ninja Van





P.S: Semangat beli untuk terawih.
Janganlah beli lagi lagi lepas ini.



33 comments:

Mbul Kecil said...

warna hitam dan hijau zamrud cantik hijabnya kak na...semoga nanti tarawih bertambah semangat ^^

fanny_dcatqueen said...

Kita samaaaa, saya pun pakai hijab yg langsung masuk macam ni, kurang pantas di wajah. Ntah kenapa tak sesuai. Saya LBH suka hijab segi4 walo pakainya agak repot Krn harus pin kan. Tapi itu yg sesuai dengan bentuk wajah saya 😄

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Terserlah keselesaannya tu. Sy pun ada 1,2 helai tudung sarung utk masa2 terdesak.
Sebut pasal terawih.. tros rasa mcm bahang2 ramadhan kian terasa. Ibarat mcm keyword utk buat sy happy.


anakdenesor said...

saya pon x suka tudung sarung..hehehe

mama tisya said...

tudung sarung mmg mudah...okla tu 6 helai rm 100

Nur said...

buang sampai? Buang sampah, ye? Hehe..
Lawa tudung. RM100, dapat 6 tudung, ok sesangat. Teringin nak tengok muka NA pakai tudung sarung. :)

NA said...

Ok dah betulkan perkataan.
Haha rupa tidak cantik pakai tudung sarung.

dear anies said...

ni guna material apa NA?

Puan Hazel said...

Saya ada pengalaman beli kain & jahit sendiri tudung. Bahagian tepi/luar tudung tu hantar kedai utk 'jahit tepi'. Sekarang ada lagi service macam tu? Lama dah tak buat sendiri tudung, lebih selesa dgn tudung bawal :)

Syazni Rahim said...

Assalamualaikum dan salam Jumaat!
Saya datang bawa berita!
Jom!
Jemput ke pos SENARAI PEMENANG GIVEAWAY PERFUME SR

NA said...

Lama juga tidak hampir. Kali terakhir tahun 2014/2015.

NA said...

Kain jenis RIBBED PREMIUM Elegant. Ada jalur timbul

SalbiahM said...

orang perempuan memang senang tergoda dengan iklan tudung. ok lah tu ada hari-hari malas memang berguna tudung sarung

LadyBird said...

Tak pa.. kite beli nak pakai.. :D...

uncle gedek said...

faktor terawih tu insyaalah berkat

nanieydotcom said...

Sejak ada anak ni banyak pakai tudung sarung je. Nak pakai lilit lilit hanis senget tudung sebab dukung anak. Hehe...

Mulan said...

Memang sedap pakai tudung Hijabees ni. Dah beli beberapa helai.

Wak Lat said...

dh nak bulan puasa., aminn

Warisan Petani said...

yang penting selesa dipakai

Rini Ismail said...

Wah sis, betul2 persediaan awal raya ni. Adakah saya akan turut terjebak sama?

anamizu said...

waahhhh murah jugak tu utk 5 helai! waduhhhh bahayaaa ni hehehe

Titik Asa said...

Sepertinya untuk persiapan nanti shalat tarawih, Mbak.
Ah iya sebentar lagi bulan suci Ramadhan datang. Semoga kita disampaikan usia pada masa itu dan diberi kesehatan untuk menjalankan ibadah puasa.

Salam,

Azhafizah MN said...

Kadang tergoda juga tengok iklan lalu lalang kan. Takpe, ada kegunaan beli lebih takpe. Boleh tukar tukar pakai.

MRENEYOO said...

Oo namanya tudung sarung ya sis kalau di situ, maksudnya yang langsung pakai ya😀memang lebih praktis kalau terburu", di rumah pun saya sedia tudung sarung kalau ada tamu langsung cepat pakai😁

Ujie Othman said...

Murah tu Na, RM100 dapat 6 helai.
Saya pun lebih rasa yakin bila pakai tudung 4 segi.
Tapi baru-baru ni saya tukar gaya, dah mula pakai tudung sarung jenis awning bawal.
Alasan sebab mudah cuma pin bawah dagu dan material tudung yang tak mudah nampak renyuk.

Abam Kie said...

x apa.. alah membeli menang memakai. semoga selesa dan cantik bila dipakai!

dear anies said...

hehehe
biasa laa tu
nama pun org pompuan
benda kecik comel pun dia boleh tergoda...
hehehe

Ezna Khalili said...

Senang hijab camni. Masuk je muka tak payah nak pin ke apa ke.....

Mrs. A said...

Samalah Mrs. A pun kurang gemar tudung sarung.
Pakai hari-hari malas aje heehhee.
Tapi kalau bersukan kena jugak pakai tudung sarung jenis sport tu

mrhanafi said...

It okay...reward untuk diri sendiri..

Nina Mads said...

nampak cantik dan selesa kainnya yg penting menutup aurat

mamapp said...

harga dia berpatutan juga tu. seronok belik mcm2 warna terus boleh match byk baju

Fieza Sani said...

Akak pun kurang gemar tudung jenis sarung ni..Senang tapi bila akak pakai rasa macam muka tak baper cun..hehe...Akak suka tudung jenis shawl sbb akak specky..Rasa lagi sesuai...