بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
26 Julai 2025/ 1 Safar 1447 Sabtu, kenduri kesyukuran Atok Rosli sebelah rumah Uwan. Kali ke-2 untuk tahun ini. Sebelum ini saya ada tulis kenduri pertama tahun ini di sini. Saya selalu teruja dengan kenduri kesyukuran Atuk Rosli sebab tahlil dan doa-doa yang dibacakan. Kali ini doa kesejahteraan dan kesejahteraan untuk semua termasuk yang datang. Amin.
Orang memang ramai tapi tersusun dan beratur ketika mengambil makanan. Makanan macam biasa sedap terutama kuih/kek tradisional dan moden pelbagai jenis. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki Atok Rosli dan Wan Safiah.
Memandangkan saya duduk di bahagian wanita ketika tahlil dan doa, saya dapat kotak begini.
Isinya kain batik, duit kenduri dan sekeping penanda buku doa agar dihapuskan sifat mazmumah dalam diri. Semua bermanfaat. Insya Allah akan digunakan.
Gembira. Kali ini saya makan di khemah berbanding sebelum ini saya makan dalam rumah duduk bersila makan.
Alhamdulillah, sy pun teruja dgn kotak kegembiraan tu... semoga murah rezeki atok rosli dan wan safiah
ReplyDeleteAlhamdulillah...siap ada goodies tu..
ReplyDeleteDuit kenduri tu utk semua tetamu ke? Semoga luas rezeki tuan rumah
ReplyDeletebestnya dapat goodies bag berisi duit juga
ReplyDeleteWah, pergi kenduri kesyukuran pun dapat goodies. Elok pulak tu dalam kotak cantik.
ReplyDeleteSaya pun lebih selesa makan ada meja. Mudah nak suap makanan.
kotak dia memang cantik laa dari segi corak dan finishing nya
ReplyDeletepegi kenduri dpt kotak kegembiraan tu..mmg happy la
ReplyDeleteAlhamdulillah, byk kebaikan di majlis ini, ada doa utk semua, dpt bersilaturahim, dpt makan, dpt door gift yg best..
ReplyDeletedapat eratkan hubungan silaturrahim bila berkumpul dalam kenduri macam ni
ReplyDeletekain batiknya cakep
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat cenderahati dari tuan rumah. Semoga murah rejeki tuan rumah.
ReplyDelete