Nuffnang

Monday, July 28, 2025

Kenduri Kesyukuran

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

26 Julai 2025/ 1 Safar 1447 Sabtu, kenduri kesyukuran Atok Rosli sebelah rumah Uwan. Kali ke-2 untuk tahun ini. Sebelum ini saya ada tulis kenduri pertama tahun ini di sini. Saya selalu teruja dengan kenduri kesyukuran Atuk Rosli sebab tahlil dan doa-doa yang dibacakan. Kali ini doa kesejahteraan dan kesejahteraan untuk semua termasuk yang datang. Amin.

Orang memang ramai tapi tersusun dan beratur ketika mengambil makanan. Makanan macam biasa sedap terutama kuih/kek tradisional dan moden pelbagai jenis. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki Atok Rosli dan Wan Safiah. 

Memandangkan saya duduk di bahagian wanita ketika tahlil dan doa, saya dapat kotak begini.

Kotak Kemik Sedikit Sebab Letak Belakang Atas Kerusi Takut Lupa Ambil



Isinya kain batik, duit kenduri dan sekeping penanda buku doa agar dihapuskan sifat mazmumah dalam diri. Semua bermanfaat. Insya Allah akan digunakan.

Kotak Kegembiraan- Isi Di Dalam



Gembira. Kali ini saya makan di khemah berbanding sebelum ini saya makan dalam rumah duduk bersila makan.




11 comments:

Kakmim said...

Alhamdulillah, sy pun teruja dgn kotak kegembiraan tu... semoga murah rezeki atok rosli dan wan safiah

adnil linda said...

Alhamdulillah...siap ada goodies tu..

Puan Hazel said...

Duit kenduri tu utk semua tetamu ke? Semoga luas rezeki tuan rumah

AMIIZAA@Mieja said...

bestnya dapat goodies bag berisi duit juga

Ujie Othman said...

Wah, pergi kenduri kesyukuran pun dapat goodies. Elok pulak tu dalam kotak cantik.

Saya pun lebih selesa makan ada meja. Mudah nak suap makanan.

MOHAMAD TAUFIK said...

kotak dia memang cantik laa dari segi corak dan finishing nya

mama tisya said...

pegi kenduri dpt kotak kegembiraan tu..mmg happy la

nohas said...

Alhamdulillah, byk kebaikan di majlis ini, ada doa utk semua, dpt bersilaturahim, dpt makan, dpt door gift yg best..

Mznimnwr said...

dapat eratkan hubungan silaturrahim bila berkumpul dalam kenduri macam ni

Penghuni 60 said...

kain batiknya cakep

Tot said...

Alhamdulillah, dapat cenderahati dari tuan rumah. Semoga murah rejeki tuan rumah.