Wednesday, January 14, 2026

Terima Kain Ela Renda Daripada Blog Saje Suka-Suka

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Hadiah ke-3 terima tahun ini daripada dunia blog. Kali ini daripada Sis Notie- Blog Saje Suka-Suka. Tq sebab anjurkan pemberian 'Give Away Baju Raya Berlace'.
Tidak sangka cepat dapat. Keputusan diumumkan 9 Januari, parcel dapat 14 Januari 11:50 pagi.


Parcel PosLaju



Mari kita buka, tengok isi dalam. 

Depan- Renda

Kain licin! Jenis renda yang saya dapat.



Belakang- Warna Pic



Belakang. Warna pic berbeza yang saya bayangkan. 

Perbandingan Warna Pic

Ini bandingan tanpa lampu cuma lampu daripada telefon bimbit.

Saya ada baju kurung kain licin warna pic tapi berbeza bayang (shade) dengan kain renda kosong pic yang diterima. 

Perancangan saya hantar buat jubah. Tengoklah kalau ada yang terima kain ini untuk buat raya tahun ini. Kalau tidak mungkin buat lewat untuk raya tahun depan.

Semoga Allah melimpah rezeki yang berkat untuk Sis Notie.

P:S: Tidak sabar tengok kain ela blogger lain dapat.

 

15 comments:

  1. Kain jenis valentino. Lace tu boleh bubuh kat hujung tangan atau kalau baju kurung depan baju. Semuga dapat melaram kain baru ye.

    ReplyDelete
  2. wahhh tahniah kak... cantik kainnya

    ReplyDelete
  3. Dah terbayang cantiknya kalau dibuat jubah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..rezeki NA nampaknya..cantik kain tu...sempat x nak tempah untuk raya tu?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah sampai ye ... Kain sy belum sampai. Tak sabar pulak hehe ... Cantik² kain ela yg Kak Notie kirimkan ni

    ReplyDelete
  6. Wah…baru bulan Januari dah macam-macam Na dapat. Tahniah ya!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tahniah dapat kain tu.. cantik warna nya..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, cantik renda dan warna kain pilihan kak notie.. Lepas jahit nanti jangan lupa share.. Tahniah NA..

    ReplyDelete
  9. waahhh bestnyaaa dpt kain psg dr sis notie!

    ReplyDelete
  10. Saluuut dengan teman2 yg masih sering tempah baju di tailor... Saya tak pernah lagi sejak menikah 😂. Trakhir tuh pas jahit baju nikah lah.

    Tapi ini cantiiiiik motif renda dan warna kain kak. 👍👍. Memang sesuai utk baju kurung ya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.