Monday, January 19, 2026

Terima Hadiah Kerana Menjadi Kamu Yang Mesra Untuk Tahun 2025

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Hadiah ke-4 untuk tahun ini. Alhamdulillah. Kali ini menjadi antara kamu yang mesra 2025 untuk blog Titian Perjalanan-- ujieothman.blogspot.com. Maknanya saya antara paling banyak komen.

Maaf buka lambat kotak. Hujung minggu yang sibuk dengan kenduri dan program. Terkejut dapat emel Puan Ujie pada hari Ahad. Tengok pada status barang eh dalam proses penghantaran. Cepat betul J&T ada buat penghantaran hari Ahad. 

Sampai Rumah Hampir 10:30 Malam- Parcel Dalam Pagar



Hehe waktu tunggu barang, barang ditangguh hantar, hantar hari biasa tapi waktu tidak tunggu cepat betul sampai.

Buka Kotak Disapa Dengan Plastik Gelembung



Mari kita tengok isi di dalam.

Stokin Kaki Naelofar, Beg Tangan Gugu Dan Beg Untuk Barang Runcit



Saya dapat stokin kaki Naelofar, beg tangan Gugu dan beg untuk beli barang runcit.

Isi Dalam Beg- Ada Tali Pendek, Tali Panjang



Alhamdulillah terima kasih Puan Ujie sebab bersusah payah sediakan hadiah untuk mereka yang mesra. Saya terima dengan tangan terbuka. Tidak sabar untuk rasmikan.

Sebelum ini saya pernah menjadi kamu yang mesra. Boleh klik SINI- 2021, SINI- 2023 dan SINI- 2025. Kiranya saya dah dapat kali ke-4 untuk tahun 2026. Masya Allah.


11 comments:

  1. Alhamdulillah…dah selamat diterima oleh NA.
    Terima kasih kembali sebab sudi memeriahkan blog saya 💙

    Saya pun terkejut sebab baru je pos tengah hari Sabtu, tak sangka esoknya terus sampai jauh ke Melaka 😀

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah..seronok tengok rakan blogger dapat hadiah :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. tahniah kak NA... suka design bag Gugu Closet tu, belum pernah beli je.. tunggu bulan 9 lah.. hadiah birthday untuk diri sendiri.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Tahniah, NA! Rezeki NA, banyak dapat hadiah. 👏👏

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah NA... Semoga terus mesra :)

    ReplyDelete
  6. wah dh byk kali menjadi kamu yg mesra kt blog ujie...tahniah..adiah pn meriah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Tahniah NA! Rajin datang singgah blog dan tinggalkan komen di blog kawan2 👏🏻

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.